3 Air Terjun Yang Wajib Korang Singgah di Negeri Sembilan


Sempena dengan arahan Perintah Kawalan ini, abam ingin kongsikan beberapa tempat menarik untuk korang plan setelah tempoh kawalan gerakan kita selesai. Abam lebih memilih tempat semulajadi untuk berehat, tenangkan minda, dan melihat kehijauan berbanding kesibukan di kotaraya.

Awal bulan March 2020, abam bersama team media sempat berkunjung di Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan untuk meneroka beberapa tempat menarik yang ada sekitar sini sempena program #Back2Nature . Boleh rujuk link sini untuk aktiviti penuh terokai Taman Negeri Kenaboi ( SINI )

JERAM TOI

Jeram Toi tidak jauh dari bandar Seremban ( 40 km ) . Di sini merupakan tempat rekreasi umum yang agak popular di kalangan penduduk Negeri Sembilan. Kami datang hari biasa ( weekday ) pun ada pengunjung , bayangkan hari minggu pula.

Terdapat 4 tingkat air terjun. Kami singgah setiap tingkat untuk menikmati kejernihan air terjun Jeram Toi sendiri. Buat mereka yang ingin buat camping , boleh juga bawa group disini kerana terdapat kemudahan tandas & surau di bahagian bawah sekali.

Sambil-sambil beriadah, berkelah bersama keluarga, dapat juga menikmati pemandangan hijau.

LATA KIJANG

Air terjun TERTINGGI di Negeri Sembilan tidak lain tidak bukan iaitu Lata Kijang. Sebab apakah di panggil Lata ? Keadaan permukaan disini lebih kepada air mengalir pada batu-batu. Pastikan korang memakai kasut yang sesuai untuk aktiviti air.

Jangan keliru kerana di Perak ada juga nama seakan sama, iaitu Lata Kinjang. Cuma kali ini abam kongsikan Lata Kijang bertempat di Daerah Jelebu Negeri Sembilan.

Untuk sampai ke dalam, anda akan di bawa menggunakan kenderaan 4WD, dek kerana keadaan permukaan jalan yang tidak rata. Pastikan anda simpan stamina secukupkan kerana anda perlu hiking sedikit untuk sampai ke kawasan air terjun.

JERAM BERUNGUT

Jeram Berungut antara lokasi yang kurang diteroka oleh orang awam. Bila abam bercerita dengan kawan yang asalnya dari Negeri Sembilan pun rata-rata belum sampai ke sini.

Pengalaman abam yang terpaksa melalui jalan darat , kemudian melalui jalan air (sungai). Pastikan anda memakai safety kits dari Jabatan Hutan, lebih2 lagi jika air deras. Kepuasan yang abam dapat apabila hampir tiba ke kawasan air terjun. Cantiknya kawasan itu Subhanallah.

Anda berpeluang untuk belajar tentang cara hidup ‘survival’ di dalam hutan di Survival Camp. Ianya bertempat di penghujung jalan darat sebelum memasuki jalan air.

Jeram Toi, Jeram Berungut, serta Lata Kijang merupakan antara air terjun yang masih dijaga dibawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (Taman Negeri Kenaboi).

Seperti mana kefahaman kita, Taman Negara mahupun Taman Negeri adalah kawasan yang dijaga oleh kerajaan demi mengekalkan ekosistem hutan Malaysia. Berminat dapatkan permit ? Terus sahaja hubungi :

Untuk Maklumat Lanjut, Boleh hubungi

Nina – 013 346 7967 (Pen. Pengarah Taman Negeri) @

Tom – 013 614 8044

Dibuka setiap hari dari Jam 7 pagi – 5 petang

Laman web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan: 
 
Laman facebook: 
 
Instagram: 

#Back2Nature #HutanKitaNadiKita #JPNNS #DiscoverJelobu #VM2020 #VisitMalaysia2020 #TamanNegeriKenaboi #JeramBerungut  #LataKijang #JeramToi #TakeMeAnywhere

 

Facebook Comments
Previous Taman Negeri Kenaboi - Antara Lokasi Semulajadi Wajib Diterokai
This is the most recent story.

3 Comments

  1. Avatar
    March 20, 2020
    Reply

    Antara 3 tu, Lita Kijang yang pernah Sis pergi, tapi dah lama dulu laaaa…ni lama giler tak pergi memana air terjun..harap masih kekal laaa kehijauan dan kebersihannya

  2. Avatar
    March 20, 2020
    Reply

    Tengok yang latar Kijang tu memang terpegun giler cantik dan juga tempat masih terpelihara tak pernah sampai lagi air terjun kat belah sana hehehe nanti boleh bawa kita pergi bercuti-cuti Malaysia…

  3. Avatar
    March 21, 2020
    Reply

    Moga musibah yang melanda dunia kini cepat selesai. Boleh la kita menikmati kurniaan Ilahi semula setelah semuanya aman kan

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *