Taman Negeri Kenaboi – Antara Lokasi Semulajadi Wajib Diterokai


Antara lokasi menarik yang masih di jaga habitat flora dan fauna tentu sekali abam cadangkan ialah Taman Negeri Kenaboi . Ia terletak di daerah Jelebu , Negeri Sembilan.

Selain mempunyai keluasan 9,045 hektar , Taman Negeri ini dijaga rapi sehinggakan ada kawasan yang tidak boleh di masuki kenderaan 4WD demi menjaga struktur tanah dan pokok-pokok.

Abam berpeluang mengikut program #BacktoNature pada 3/3/2020 – 6/3/2020 yang lepas di mana kami didedahkan tentang lokasi yang menarik serta aktiviti yang korang boleh buat di dalam hutan ini , antaranya termasuklah :

  1. Air Terjun Lata Kijang
  2. Jeram Berungut
  3. Tree Climbing
  4. Water tubing
  5. Sesi Karaoke & BBQ 
  6. Water Confident
  7. Aktiviti survival di Survival Camp
  8. Lawatan Kampung Orang Asli Tohor
  9. Lawatan ke Kampung Gagu
  10. Muzium Adat
  11. Atv & motorcross ( akan datang )

Taman Negeri Kenaboi terkenal dengan Jeram Berungut, Air Terjun Lata Kijang (paling tinggi di Negeri Sembilan) , dan Gunung Besar Hantu (merentasi 3 negeri).

AIR TERJUN LATA KIJANG

Lata Kijang ini terkenal sebagai air terjun PALING TINGGI di negeri sembilan (80meter). Anda boleh “ootd” disini sambil bergambar di spot2 tertentu berlatarbelakang air terjun. Buat mereka yang ingin menghinap di sini, terdapat hostel, kuarters, kantin, tandas, surau, ruang khemah muatkan seramai 300 pax.

Sebab apa di namakan Lata Kijang?

  • Bila air mengalir di atas batuan = lata
  • Air mengalir di atas pasir = Sungai
  • Air mengalir dalam gua = guguk

Perjalanan ke Lata Kijang memerlukan kenderaan 4wd (disediakan oleh jabatan hutan) . Jalan yang agak mencabar , demi mengekalkan keadaan hutan yang sebenar.

TAPAK KHEMAH

Di atas merupakan serba sedikit keluasan tapak perkhemahan serta ruang untuk bersantai di malam hari. Abam cadangkan untuk mereka yang ingin buat team building, motivasi diri, dan kem kepimpinan untuk datang sendiri mencuba lokasi di Taman Negeri Kenaboi ini.

JERAM BERUNGUT

Jeram Berungut antara tempat ‘fevret’ abam semasa bercamping beberapa hari disini. Anda perlu melalui jalan darat (20 minit) serta jalan air ( 40 minit ) untuk tembus ke air terjun di Jeram Berungut. Cuaca semasa abam pergi agak terik menyebabkan air sungai surut , jadi mudah untuk kami melawan arus.

Jeram Berungut juga akan dijadikan santuari kelah merah,dalam usaha mengelakkan spesis itu daripada pupus. Kami berpeluang menyaksikan aktiviti perlepasan ikan lampam sebanyak 20 ribu ekor pada hari tersebut oleh Tuan Haji Saleh Bin Awaludin selaku Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

TREE CLIMBING

Buat mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti wall climbing, abselling . Korang patut cuba tree climbing juga sesuai dengan konsep #BacktoNature . Anda boleh request untuk aktiviti ini disediakan oleh pasukan dari jabatan hutan.

Abam belajar juga cara pemasangan tali ( static ropes & dynamic) , cara moden mereka pasang tali terus ke atas pokok (gunakan lastik) dan teknik tree climbing menggunakan tali & kaki sahaja tanpa menyentuh pokok.

WATER TUBING

Water tubing ini adalah level 1 (rendah) , sesuai untuk perkelahan keluarga dan sekolah-sekolah. Boleh dikatakan agak santai & boleh diadakan permainan tambahan (team building).

AKTIVITI BBQ & KARAOKE

Pada malam hari, kami dihidangkan dengan kambing bakar serta pelbagai lagi masakan western Seterusnya ialah aktiviti karaoke  di ruangan terbuka kantin . Bab makan disini anda jangan risau, setiap waktu ada saja makanan yang disajikan. Bila datang ke Negeri Sembilan, wajib juga mencuba masak lomak cili api & lain-lain masakan nogori.

Sememangnya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk merapatkan silaturrahim disini.

AKTIVITI SURVIVAL DI SURVIVAL CAMP

Ini juga adalah ilmu tambahan baru yang abam belajar semasa di sini. Bagaimana caranya untuk ‘survive’ sekiranya anda terperangkap atau menghinap di dalam hutan tanpa sebarang teknologi terkini, cuma gunakan bahan semulajadi daripada hutan

Belajar juga cara menghidupkan api gunakan cara tradisional sehinggalah ke moden.

KAMPUNG ORANG ASLI TOHOR

Selesai 3 hari 2 malam kami di dalam hutan, kami meneruskan perjalanan untuk melawat kampung orang asli Tohor. Kami disambut meriah dengan tarian tradisional kaum asli Tohor . Mereka juga adakan lakonan acara pernikahan mengikut adat orang asli disini.

Selain itu, abam dipelawa untuk merasa air herba asli , sireh , dan teh. Pelajari sendiri bagaimana mereka mampu melakukan kerja-kerja berat hanya dengan menjaga kesihatan dalaman mereka. Acara terakhir tak lain tak bukan ialah sumpit yang menjadi sinonim dengan masyarakat orang asli

LAWATAN KE KAMPUNG GAGU

Kami di bawa melawat ke tempat perkampungan tradisional minangkabau. Tersergam indah dikelilingi sawah padi, kolam ikan, serta pokok getah mengelilingi kawasan tumpuan.

Singgah juga makan tengah hari di Kedai Lapau Makmok yang menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan. Serius sedap masakannya, terasa nak bawa bungkus pun ada. Ohh ya, dihadapan kedai makan ini juga merupakan kediaman Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Tan Sri Rais Yatim.

MUZIUM ADAT

Kami terus menuju ke pekan Jelebu untuk melawat Muzium Adat . Dikhabarkan disini adalah satu-satunya muzium yang menghimpunkan semua adat-adat di Malaysia dalam satu muzium.

Sempat juga tambah ilmu pengetahuan tentang adat agama lain, fahami keunikan mereka dan paling best mengenang salasilah Raja-Raja di Malaysia. Boleh tahan besar muzium ni ( 4 tingkat),

 

Itulah serba sedikit perkongsian trip abam kali ini. Paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman tidur dalam khemah setelah berbelas tahun huhu. Line internet okay tak? Celcom sahaja dapat line .

Oh ya, buat yang berminat untuk permit hiking (Gunung Besar Hantu), berkhemah, dan merasai sendiri pengalaman seperti abam, korang boleh contact nombor di bawah terus ya (Jabatan Perhutanan)

Untuk Maklumat Lanjut, Boleh hubungi

Nina – 013 346 7967 (Pen. Pengarah Taman Negeri) @

Tom – 013 614 8044

Dibuka setiap hari dari Jam 7 pagi – 5 petang

Laman web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan: 
 
Laman facebook: 
 
Instagram: 

#Back2Nature #HutanKitaNadiKita #JPNNS #DiscoverJelobu #VM2020 #VisitMalaysia2020 #TamanNegeriKenaboi #JeramBerungut  #LataKijang #JeramToi #TakeMeAnywhere

 

 

Facebook Comments
Previous 15 Tempat Menarik Hanya di Perlis
Next 3 Air Terjun Yang Wajib Korang Singgah di Negeri Sembilan

1 Comment

  1. Avatar
    Puan Wanarasta
    March 18, 2020
    Reply

    Maklumat yang lengkap..satu usaha yang baik dalam mempromosikan pelancongan domestik di Malaysia!good job bloggerbar!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *