15 Tempat Menarik Hanya di Perlis


Setiap kali terbayangkan negeri Perlis, mesti kita ingat Padang Besar , Gua Kelam & Ikan Bakar Kuala Perlis kan? Perjalanan abam kali ini, meneroka tempat tarikan di Perlis yang mungkin menarik minat anda ke Perlis.

Abam kongsikan di bawah ialah tempat makan yang terkenal di Perlis, tempat menarik untuk dilawati ,serta hotel yang ada sekitar negeri Perlis.

 

  1. Restoran Anjung Keli

Perlis & Kedah sememangnya terkenal dengan makanan yang dijual murah serta lazat. Antaranya ialah restoran Anjung Keli.Disini terdapat pelbagai aneka lauk-lauk masakan melayu, dan juga makanan special ialah ‘ikan keli’.

Kedai ini dibuka setiap hari (kecuali jumaat) , dari jam 10pagi – 4 petang sahaja.

Lokasi : Restoran Anjung Keli , Jalan Padang Behor , 01000 Kangar , Perlis

Hubungi : 013-5083344

2. Ladang Nipah Khipli , Perlis

Buat mereka yang ingin menikmati minum petang di tepi sawah padi, sambil menghirup nira nipah yang asli terus dari pokok, abam cadangkan korang untuk terus ke sini. Suasana damai di bawah pepohon nipah, di tambah pula dengan kawasan untuk bergambar kenangan.

Disini selain dijual air nira, juga terdapat makanan seperti nasi ayam, bihun sup, pulut ayam dan lain2 lagi. Terdapat lebih 2,000 pokok nipah boleh didapati hanya di Ladang Nipah Khipli.

Lokasi : Ladang Nipah Khipli , No 282 Kampung Tanah Timbul Kuala Sanglang, 02800 Sanglang Perlis

Waktu operasi :

Hari Biasa: 1.30 petang – 7.30 malam

Jumaat: 2.30 petang -7.30 petang

Hubungi : 017-4306245

3.  Chortiez & Co Cafe , Kangar

Antara kedai ‘steakhouse’ paling laku keras di Perlis , terutamanya di Kangar. Chortiez & Co Cafe menyediakan barisan makanan barat & juga nasi goreng. Kedai ini berkonsepkan hipster dan sangat sesuai buat mereka yang gemar berselfie kerana terdapat beberapa lokasi untuk ‘ootd’

Sambil-sambil menjamu selera, anda disajikan dengan alunan muzik secara busking disudut utama cafe.

Lokasi : Chortiez & Co , Jalan Sena Indah , 01000 Kangar , Perlis

Hubungi : 017-440 7703

4. Mee Udang Dalinda

Buat yang ingin mengubah selera makan malam ,apa kata anda cuba sendiri resipi rahsia dari Dalinda Mee Udang Perlis ni. Dihidangkan bersama udang segar (portion besar) , dan juga terdapat masakan goreng.

Lokasi : No 752 Kuala Sungai Padang 02800 Sanglang , Perlis

Hubungi : 012-5856690

5. Restoran Suri – Masakan melayu asli

Lokasi ini antara yang sentiasa penuh dengan kunjungan pelanggan. Selain menyediakan masakan melayu asli, turut dijual dessert (coconut shake) dan buah-buahan di bahagian hadapan kedai. Abam nasihatkan anda mai awal disini jika ingin merasa semua lauk yang tersedia.

Lokasi : Restoran Suri , Jalan Kampung PondokKangar 01000, Perlis

Hubungi : 017-5779232

6. Restoran Nostalgia Hani – Sajian Kasih Sayang

Serius sedap daging bakar disini (daging tempatan lembut isinya) .Menu utama disini ialah Daging Bakar nasi minyak. Menariknya di sini, anda hanya perlu bayar harga untuk daging bakar sahaja, manakala nasi minyak/nasi putih adalah PERCUMA. Bermaksud anda boleh tambah seberapa banyak yang anda inginkan.

Air kordial (seperti di dalam gambar) juga adalah percuma. Konsep berniaga sambil bersedekah ini menjadikan perniagaan kedai ini bertahan lebih dari 5 tahun. Daging bakar dari Restoran Nostalgia Hani ini adalah yang PERTAMA dibuka di Perlis. Tidak perlu susah-susah masuk sampai ke Danok semata-mata untuk merasai daging bakar.

Daging bakar biasa – RM7 / Special (daging lebih) – RM12 . Buat yang tidak makan daging, ayam bakar turut dijual. Untuk anak-anak berusia bawah 7 tahun, boleh dapatkan ‘Set Bertenang’ secara PERCUMA. 

Lokasi : Lot Kedai 4B 5A 5B, Bangunan Automart Kawasan Industri, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Hubungi : 017-5021902

7. Restoran Kak Su Laksa – Beras Asli & Segar

Restoran yang menjadi pilihan TV3 ini sememangnya menjadi carian yang banyak di google. Jika anda datang waktu ‘peak’ , mungkin ada terpaksa menunggu kerana laksa kak su menjadi antara kawasan tumpuan sekiranya mencari laksa menggunakan beras asli. Selain menu utama laksa, terdapat juga kuih spera, pulut udang, keropok lekor, dodol dan juga dadih.

Buat mereka yang ingin bungkus (perjalanan jauh ke kl), boleh request “laksa kilo” . 1/2 kg = RM6 sahaja , balik cuma perlu panaskan kuah sahaja.

Lokasi : No. 97, Jalan Siakap 1, 02000, Kuala Perlis, Perlis

Hubungi : 012-5500365 / 014-2483133 / 019-5111464 / 019-4667700

LOKASI MENARIK SEKITAR PERLIS UNTUK DIKUNJUNGI 

8. Street Art 2.0 – Kangar

Dahulunya lorong sepi (belakang CIMB Bank) , kini street art Kangar sudah mencapai fasa 2.0 . Pastinya ditambah baik dengan jumlah 25 lukisan  setakat ini dari para pelukis dari “Persatuan Pelukis Negeri Perlis“. Street art 2.0 baru dilancarkan awal februari 2020 , sentiasa tidak lekang dengan pengunjung walaupun hari berkerja.

Terdapat banyak sudut menarik untuk bergambar, ditambah pula lukisan 3D yang menjadi kegilaan remaja kini. Kami juga berpeluang berjumpa terus dengan pelakon/Presiden Persatuan Pelukis Perlis iaitu Encik Yaakob.

Lokasi : Lorong Seni, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

9. SuperFruits Valley

Merupakan ladang buah tin TERBESAR di Asia Tenggara, dan satu-satunya pengeluaran lemon kuning di Malaysia. Kami sempat berkunjung di ladang buah-buahan seluas 65 ekar ini yang baru dibuka sekitar pertengahan Februari 2020 untuk orang awam.

Mulai ditanam sejak 2016 , ladang “Superfruits Valley” ini juga terkenal dengan pengeluaran buah gac, buah tin, buah markisah dan juga lemon. Mereka juga turut mengeluarkan minuman & makanan berasaskan buah (rujuk gambar). Buat anda yang tinggal jauh , namun teringin merasai barangan mereka, boleh terus buat carian di Shopee , atas kedai frutara

Lokasi : Superfruits Valley , 02450 Padang Besar, Perlis

Hubungi : 012-3283280

10. Rimba Herba Perlis

Sesuai dengan nama tempat ini, terdapat lebih 1,000 special pokok herba di sini. Buat mereka yang ingin mengenali flora dengan lebih dekat, Rimba Herba Perlis antara tempat yang wajib masuk dalam list.

Anda boleh walk in Rm1 seorang, boleh berjalan-jalan di dalam hutan yang berkeluasan 12 ekar ini sendirian (boleh scan barcode untuk dapat info terus dari handphone), ataupun perlukan khidmat Pak Hashim untuk berikan penerangan terus kepada anda. Masa yang diperlukan sekitar 2-3 jam , atau boleh pilih jalan singkat sekitar 100m (30 minit).

Jangan lupa untuk mencuba rawatan minyak herba (rendamkan kaki) disini. Sebelum keluar, dapatkan produk seperti teh misai kucing & teh belalai gajah untuk dibawa pulang.

Lokasi : Rimba Herba Perlis , 01000 Kangar, Perlis

11. Galeri Diraja Perlis , Arau

Galeri ini terletak berdekatan dengan stesen ktm Arau. Galeri Diraja Perlis juga merupakan tempat pengumpulan harta Raja Perlis (atau dikenali sebagai stor). Kita boleh belajar salasilah keluarga Raja Perlis, melihat hadiah pemberian dari negara-negara lain seperti kiswah kaabah (original), topi samurai dari maharaja Jepun, dan banyak lagi disini.

Galeri Diraja Perlis tidak dibuka untuk orang awam, namun sekiranya ada kumpulan yang berminat untuk melawat, boleh kemukakan surat permohonan , dan atas perkenan Raja Perlis baru diberi kebenaran.

Permohonan lawatan Galeri Diraja Perlis :

Setiausaha Sulit Kanan kepada DYMM Tuanku Raja Perlis,

Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis,

02600 Arau, Perlis

Hubungi : 04-9864835

 

12. Muzium Kota Kayang

Melihat sendiri sejarah negeri Perlis dari zaman dahulu kala, semestinya di Muzium Kota Kayang. Bahagian luarnya terdapat kesan-kesan arkeologi , gua, dan makan raja. Rajin-rajinkanlah bertanya tentang sejarah disini, banyak cerita menarik tentang kehidupan raja yang boleh kita amati.

Lokasi : Muzium Kota Kayang , 02000 Kuala Perlis, Perlis

Hubungi : 04-977 0027

 

13. Masjid Al Hussain Perlis (Masjid Terapung Perlis)

Terletak bersebelahan dengan jeti Kuala Perlis, pastinya menjadi kunjungan buat pelancong dan penduduk setempat untuk menunaikan solat fardhu disini. Destinasi utama jeti Kuala Perlis adalah ke Langkawi, jadi pengunjuk tak kira agama akan singgah berjalan disini (bahagian depan masjid ada taman).

Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari tanah arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid. Suasana yang tenang disini menghadap laut, ditambah pula tandas yang dijaga bersih.

Lokasi : 1, Persiaran Putra Timur, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Hubungi : 011-3545 1301

14. Bukit Cenderawasih Perlis

Antara lokasi hiking sesuai untuk beginner adalah menuju ke puncak cenderawasih. Disini, korang boleh nikmati pemandangan bandar Perlis. Sangat cantik jika dapat layan sunrise & sunset disini.

Walaupun track tidak tinggi ( cuma 107m/30minit) mendaki bukit cenderawasih agak cerun. Pastikan anda lakukan renggangan badan betul-betul sebelum hiking. Bukit Cenderawasih juga menjadi lokasi pengambaran filem “Jangan pandang belakang congkak”, di bahagian bawah gua.

Lokasi : Puncak Gua Cenderawasih , 01000 Kangar, Perlis

15. Hotel Putra Regency , Kangar

Antara hotel yang terdapat di Perlis ialah Putra Regency Hotel. Lokasinya agak strategik di tengah-tengah bandar Kangar. Jika ingin makan malam , boleh jalan kaki sahaja atau pun gunakan perkhidmatan e-hailing Grab. Di Perlis pun dah ada ‘foodpanda’ taw , mana tahu anda lapar di malam hari.

Harga bilik juga berpatutan, ada fasiliti seperti cafe, swimming pool, & dewan. Kebanyakan syarikat yang ingin adakan kursus, rata-rata akan memilih Hotel Putra Regency. Selain hotel ini, terdapat juga hotel Seri Malaysia Perlis & juga hotel Brasmana Kuala Perlis.

Lokasi : 135, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis

Hubungi : 04-9767755

Dua gambar dari bawah ialah bilik jenis premium & suite

Pesta Angin Timur Perlis 2020

Antara tarikan pelancong saban tahun di negeri Perlis ialah “Pesta Angin Timur” yang diadakan setahun sekali. Tahun 2020 merupakan edisi ke-8 PAT (Pesta Angin Timur) diadakan.

Selain daripada permainan tradisional, turut dibuka ialah booth makanan seperti  ‘Bihun Sup Meletop’ dan ‘Laksa Kebabom’ yang sinonim dengan masyarakat Perlis.

Buat mereka yang gemar bergambar, Jerami Kingdom mungkin jadi pilihan anda. PAT 2020 telah melabuhkan tirainya bermula 28/2 – 1/3/2020 . Moga kita berjumpa lagi tahun hadapan, InsyaAllah

Facebook Comments
Previous 13 LOKASI MENARIK sekitar Royal Belum & Pengkalan Hulu, Perak
Next Taman Negeri Kenaboi - Antara Lokasi Semulajadi Wajib Diterokai

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *