15 Tempat Menarik Sekitar Kuala Kangsar & Lenggong, PERAK


Kuala Kangsar & Lenggong merupakan antara tempat tarikan pelancong sekiranya berjalan-jalan di negeri Perak. Makanan warisan & seni yang masih dijaga & di pelihara sehingga ke hari ini buatkan ramai pelancong luar negara memilih untuk berjalan di sekitar Kuala Kangsar. Overall trip kami mencari lokasi menarik sekitar Kuala Kangsar & Lenggong BERJAYA 100%.

  1. HOMESTAY LABU KUBONG

Selain korang dapat bersantai bersama keluarga & kawan2 tepi sawah padi, Tuan Haji Meor (tuan rumah), ada sediakan tentatif yang boleh korang ikut termasuklah :

  • berjalan-jalan ke sekitar kampung dengan menaiki TRAM (kereta golf) ,
  • melewati kebun-kebun buah, tali air,
  • melintasi rumah “kak limah” 
  • singgah sebentar di ladang kecil madu kelulut (milik anak buah tuan rumah)

Sekiranya korang bernasib baik ,boleh juga menikmati durian kampung di sana

Lokasi : No. 15, Kampung Labu Kubong, 33010 Lubuk Merbau, Perak

Tempahan : Tuan Haji Meor (019-5773471)

  2. HOMESTAY : RUMAH TIANG 16

Sinonim dengan setiap negeri, akan ada rumah tradisional gunakan perkataan “tiang”. Begitu juga di Lenggong Perak ini. Encik Nasir (owner rumah), akan menyambut korang dengan berpantun . Jika gagal jawab, tak boleh masuk (gurau je). Jika ingin rasai pengalaman tinggal rumah atok nenek kita. Rumah Tiang 16 mungkin jadi pilihan korang

Lokasi : Lot 12, Kampung Kubang Jambu , 33400 , Perak

Hubungi : Encik Nasir Jalaludin (019-3368807)

 3. D’Village Hotel, Karai 

Konsep hotel ini abam suka sebabkan masih mengekalkan bahasa-bahasa loghat asli perak. Makanan yang dihidap juga mengekalkan konsep warisan , iaitu menggunakan talam. Kuih kundas juga antara yang kami cari disini. Susah nak cari dekat KL beb.

Biliknya pula berkonsepkan seakan ‘chalet’ & paling unik tilam dibilik adalah dari kekabu dan pangkin. D’Village Holel ini diusahakan oleh perusahaan keluarga, bermula dari senibina sehinggalah ke pihak pengurusan.

Lokasi  :Lot 1380 Karai. Enggor, Perak, Malaysia

Hubungi : 05-757 6101

 4. RUMAH REHAT LENGGONG

Berehat sebentar di pekan Lenggong , kami singgah di rumah rehat Lenggong. Disini suasana nyaman waktu pagi, kurang dari kesibukan seperti di bandar. Biliknya pun boleh dapat serendah RM80/malam. Breakfast nasi lemak sini sedappp

Lokasi : Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Negeri Perak

Hubungi : 05-653 1004

 5. VICTORIA BRIDGE, KARAI

Ini adalah tempat wajib datang sekiranya ke Kuala Kangsar. Bekas tapak keretapi lama, yang menjadi lokasi wajib instafemes untuk bergambar. Di samping itu, korang boleh juga kenali sejarah semasa perang jepun & british disini. Replika2 sejarah masih lagi ada disini seperti kubu jepun dan british.

Jambatan ini pernah dibom oleh pihak British bagi mengelakkan pihak jepun mara ke arah karai. Lokasi Victoria Bridge ini betul-betul sebelah D’Village HotelSelain itu, bagi mereka yang berjaya sampai ke hujung jambatan , anda akan terima sijil (khas buat mereka yang menghinap di D’Village Hotel sahaja)

 6. DULANG BONDA

Penat berjalan-jalan sekitar bandar Kuala Kangsar, kami singgah makan di Dulang Bonda dulu. Mengekalkan lauk tradisi dan lauk-lauk satu talam RM20.  Ruangan makan di Dulang Bonda muat sehingga 150 orang dalam satu-satu masa. Walaupun baru beroperasi sekitar 3 bulan, namun ada juga tempahan untuk majlis perkahwinan & lokasi ini pernah dipilih untuk santapan pengantin.

Lokasi : Dulang Bonda, 911 Warisan Tohe, Jalan Bukit Kerajaan  Kuala Kangsar

Masa : 11.30 pagi – 3 petang ( Khamis Jumaat cuti)

Hubungi : 010-764 2383

  7. TERATAK WARISAN KAMPUNG

Restoran Teratak Warisan Kampung merupakan antara kedai yang sentiasa penuh dengan penduduk setempat untuk menjamu makanan tengah hari. Lauk-lauk yang ada boleh dikira meriah dan banyak sangat pilihan. Ikan Loma yang di rebus 2 hari , ini adalah menu yang sentiasa habis.

Pernah terima anugerah RESTORAN TERBAIK (MASAKAN MELAYU) 2017. Lokasi ini turut menjadi kunjungan television dan media untuk buat liputan. Rugi tak maiii

Lokasi : Persiaran Bendahara 2, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar, Negeri Perak

Hubungi : 016-558 4955

  8. TEKAT BENANG EMAS DI AZYDAR ENTERPRISE

Kami turun sendiri untuk melihat perusahaan menekat benang emas di Kuala Kangsar. Puan Wan Azizah Adam yang sememangnya terkenal (sering masuk surat khabar) , sudah menekat lebih 40 tahun. Dahulunya hanya bermula menekat untuk dijual kepada Sultan Perak.

Sehingga kini, masih diteruskan oleh warisan anaknya untuk menekat gunakan geligin. Abam baru maklum designer adalah dari istana, hantar terus ke Azydar Enterprise untuk kerja-kerja menekat benang emas.

Lokasi : No 57A, Kg Padang Changkat Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Hubungi : 012-560 9597

  9. KZ KRAF – LABU SAYONG ASLI

Pembuatan labu sayong yang terkenal ialah di KZ KRAF Enterprise. Sebab apa dipanggil labu sayong , adalah kerana nama tempat ini sayong. Encik Pareb sudah mengusahakan labu ini sejak 3 keturunan yang lalu.  Ruang kilang yang luas dan bersih ditambah pekerja yang mahir , buatkan labu disini selalunya kena tempah awal.

Jika anda nak walk in pun boleh. Harga yang diberi adalah direct kilang . Anda juga berpeluang tengok sendiri mereka menghasilkan satu-satu labu ikut permintaan pelanggan. Labu kebiasaannya digunakan untuk menyimpan air & sejukkan air dalam 30 minit sahaja.

Labu disini ada pelbagai kegunaan , termasuklah digunakan sebagai bekas air, letak barang perhiasan, tanaman dan lain2.

Lokasi : No 20 Kg Kepala Bendang, Kuala Kangsar

Hubungi : 017-565 2164

 10. SENTUHAN REBANA ASLI WARISAN ( SRAW ENTERPRISE)

Di kuala lumpur mungkin sinonim dengan kompang. Namun di Kuala Kangsar, seni warisan masih lagi mengekalkan rebana sebagai alat muzik mereka. Apa beza rebana dan kompang ?

Rebana menggunakan kayu helban dan gunakan keluasan 10 nisbah 7. Kayu yang digunakan lebih panjang berbanding kompang, namun masing-masing masih menggunakan kulit kambing sebagai kulit.

SRAW Enterprise adalah pembuat beduk bagi rancangan television Pencetus Ummah. SRAW (Sentuhan Rebana Asli Warisan) Enterprise yang diusahakan Mohd Sapri dinobatkan sebagai pengusaha kraftangan terbaik negeri Perak bagi 2017 menerusi Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2017.

Hubungi : Encik Sapri  019-317 0936

 11. MARIWASA KRAFTANGAN ( KILANG PEMBUATAN PINGAT)

Perusahaan Mariwasa antara nama gah milik bumiputera yang terkenal dengan pembuatan pingat dan darjah kebesaran. Antara produk BMF yang patut dibanggakan kerana menempa nama yang besar seperti pengeluaran piala FA CUP Malaysia.

Lokasi : Lot 522, Kawasan Perusahaan Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Hubungi : +605 776 5888 / 0214 / 0215

  12. DATARAN LEMBAH SAYONG

Antara lokasi untuk membeli belah barangan kraf tangan dan hasil seni warisan Perak. Harga barangan pula masih murah jika dibanding dengan luar , dan korang boleh tawar menawar.

Lokasi ini sesuai untuk minum petang dan dinner. Suasana sebelah tasik lembah sayong yang pernah alami banjir teruk tahun 2014 , kini makin cantik & terjaga. Datang hari minggu disini , penuh dengan lautan manusia.

 13. KIAH PEKASAM

Korang mesti biasa dengar nama Kiah Pekasam kan? Mana tidaknya dulu pernah ada telefilem meletop lakonan Rozita Che’ Wan sebagai cik kiah. Adaptasi dari kisah Puan Kiah sendiri sebenarnya.

Premis Kiah Pekasam ini merupakan kilang mereka memproses ikan dari siang , peraman, goreng beras dan juga packaging. Ambil masa juga untuk peraman iaitu 7 hari itu antara rahsia ramai yang mencari pekasam kiah ini. Nah abam belanja sikit gambar di kilang Kiah Pekasam. Dengar kata, mereka akan berpindah ke kilang lebih besar dalam masa terdekat.

Lokasi : Kampung Pengkalan, 33030 Lenggong, Perak (Tasik Raban)

Hubungi : 012-4377906 ( Puan Kiah ) & 012-5609567 ( Pn Yg Zaharah)

 14. HUTAN LIPUR LATA KEKABU

Terletak di Lenggong, antara tempat tumpuan yang dijaga cantik untuk rekreasi air terjun. Turut disediakan ialah Chalet (aircond) , surau dan toilet. Bagi abam , tempat ni cantik dijaga, tak jumpa pula monyet, banyak pokok yang dijaga serta dilabel sepanjang perjalanan masuk.

 15. GALERI ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG

Disini kami didedahkan dengan beberapa tempat yang diiktiraf sebagai TAPAK WARISAN DUNIA OLEH UNESCO. Kami pelajari juga bagaimana zaman pra sejarah hidup dari zaman Paleolitik , Neolitik dan Logam (maseolitik tidak ada di Malaysia).

Di dalam galeri ini juga terdapat rangka asal PERAKMAN , iaitu rangka lengkap pertama di Asia Tenggara (rujuk gambar). Purata orang zaman paleolitik hidup adalah 20-30 tahun , manakala PERAKMAN adalah 40-45 tahun.

Antara tapak warisan dunia UNESCO : 

  1. Kota Tampan
  2. Gua Harimau
  3. Gua Teluk Kelawar
  4. Gua Kajang
  5. Gua Gunung Runtuh
  6. Bukit Bunuh
  7. Bukit Jawa

  •  Gua Kajang – Ceritera rakyat dimana manusia & haiwan yang disumpah menjadi batu oleh sang kelembai. Jika lihat dari ukiran gua ada seakan T-rex , dan juga kerbau.

Gua Kajang juga menjadi laluan singkat Raja dan gundik menyeberangi. Disini sempat di diami oleh orang paleolitik dan neolitik. Juga diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco.

  • Bukit Jawa – Dahulunya disini adalah tepi sungai. Kira-kira hampir 250,000 tahun yang lalu, sungai sedang mengecik 5 kali. Ini dahulunya dipercayai adalah “kilang pembuatan alat batu” , lebih kuno dari bukit tampan

Jika dilihat pada lubangnya, boleh dilihat kerusi orang zaman dahulu serta tempat kerjanya.

  • Bukit Bunuh – 1.83 juta tahun dahulu, meteor telah melanda di Lenggong. Percikan surveit telah terkena batu-batu di kawasan ini lalu bercantum. Batu ini kini dilindungi oleh pihak bertugas dari dicuri. Batu ini mempunyai daya tarikan magnet (ada besi).

Anda boleh membawa sendiri alatan uji kepadatan batu disini. Pastikan dapat kebenaran dari Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ya sebelum ke sini.

  • Bukit Sapi – Ini pula adalah percikan gunung berapi toba. Dipercayai kehadiran debu toba disini boleh digunakan sebagai bedak sejuk dan sebagai facial.

Debu volkanik hasil letusan Toba, Indonesia (75 000 tahun dahulu). Hal ini mungkin mengakibatkan kepupusan masyarakat prasejarah Kota Tampan.

Banyak lagi tempat sejarah yang belum kami sempat teroka di Lenggong. Buat yang berminat untuk mendapatkan tour guide (oleh orang kampung sini) , boleh rujuk terus nombor di bawah.

Lokasi : Galeri Arkeologi Lenggong, Jabatan Warisan Negara, 33400 Lenggong, Negeri Perak

Hubungi : 05-767 9700

 

 

Facebook Comments
Previous Encore Melaka - Tarikan terbaru di Melaka berkonsepkan teater
Next 13 LOKASI MENARIK sekitar Royal Belum & Pengkalan Hulu, Perak

5 Comments

  1. Avatar
    January 20, 2020
    Reply

    Menarik betul lah Kuala Kangsar & Lenggong ni untuk dilawati! Makanan pun sedap2! Tak sangka! Thank u so much for sharing! Give me so many inputs!

  2. Avatar
    January 20, 2020
    Reply

    Tu dia banyak tempat menarik dekat kangsar…homestay tepi sawah tu menarik..keretapi tu pun best buat photoshoot

  3. Avatar
    January 21, 2020
    Reply

    banyak juga tempat best kat sana. pastu aktviti pun boleh tahan. makan kat tepi bendang tu paling rare. org KL mesti suka ni

  4. Avatar
    Aliza Sara
    January 22, 2020
    Reply

    Terasa macam nk pergi Perak. Bnyk lagi tmpt nk melawat dekat dalam negara sendiri ni. Vibe Perak macam nostalgic sngt.

  5. Avatar
    February 3, 2020
    Reply

    next cuti sekolah boleh dah rancang ke Perak pula, 15 tempat menarik ni cukup nak padatkan dalam jadual 3hari 2 malam di sana.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *