Encore Melaka – Tarikan terbaru di Melaka berkonsepkan teater


Kalau turun jalan2 dekat Melaka, mesti kita terbayang Jonker Street, Menara Taming Sari Melaka , Asam Pedas Kota Laksamana, Naan Chees Pak Putra & banyak lagi tempat bersejarah di Melaka.

Tapiiiiii, korang pernah dengar tak Encore Melaka ? Teater berkonsepkan digital menceritakan tentang keunikan Melaka termasuklah perjalanan pahlawan kita iaitu Parameswara , Cheng Ho , perkahwinan Baba & Nyonya dan pelbagai lagi keunikan yang menyebabkan Melaka di iktiraf sebagai bandar BERSEJARAH oleh UNESCO

Apa yang membuatkan Encore Melaka ni unik bagi abam ialah mereka gunakan high-tech untuk persembahan mereka, termasuklah 3D projection mapping :

  • 75 minit tayangan TANPA HENTI
  • 360 degree rotating (screen akan berpusing setelah tamat satu-satu babak) 
  • 200 peserta terlatih terlibat
  • 5 bahasa terlibat

Jika dapat lihat gambar-gambar di bawah, mereka gunakan 3D untuk menunjukkan mereka bergerak dari masa sekarang ke masa lampau. Yang lagi tertarik , ada pancutan air dan wap air SECARA LANGSUNG.

Sempena 2020 merupakan tahun melawat Malaysia, korang boleh letakkan Encore Melaka sebagai destinasi untuk bawa keluarga dan juga rakan-rakan ketika turun di Melaka. Tengok melalui gambar pun dah nampak meriah kan? Tapi nak datang kesini oleh book awal. Nak diskaun ? Terus ke website mereka di bawah.

Antara tujuan membawa keluarga ialah untuk memupuk semangat perpaduan tak kira bangsa yang patut generasi kita terapkan , supaya perpaduan Malaysia kekal jitu sampai bila-bila. Pelbagai bangsa, etnik , bahasa turut dimainkan di dalam teater Encore Melaka . Bahasa yang terlibat termasuklah :

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mandarin
  4. Tamil
  5. Dialek tempatan

Waktu tayangan sehari DUA KALI SAHAJA

Isnin – Sabtu : 5.30pm & 8.30pm

Ahad : 2.30pm & 5.30pm

Berapa harga tiket Encore Melaka ?

Harga satu tiket standard = RM 148/pax

Premium = RM 248/pax

VIP Seat = RM 568/pax

Wheel Chair Seat = RM 98/pax

Tunggguu duluuu, untuk promosi Chinese New Year (16 Januari – 15 Februari 2020)

Tiket standard = RM 168/ untuk dua orang

Premium = RM 198 / untuk dua orang

Boleh terus buat pembelian tiket Encore Melaka di website &

untuk dapat lagi discount 5%, masukkan promotion code = EMBLGFADZIL

Ohh ya, incoming promotion untuk Februari pulak, Encore Melaka ada sediakan promotion sempena Valentine’s Day. Details korang boleh tengok dekat bawah, atau terus ke website https://encore-melaka.com dan masukkan code promo = EMBLGFADZIL

Abam lebih suka pilih waktu tayangan 5.30 petang. Keluar sahaja dari teater jam 6.45petang, korang boleh lepak santai tepi pantai pulak. Sambil-sambil layan sunset. Lokasi Encore Melaka ini betul-betul dekat pantai (gambar di bawah).

Abam kebetulan stay di Hotel The Pines , dapat extra dua tiket standard untuk show di Encore Melaka. The Pines juga ada sediakan bus shuttle secara PERCUMA untuk ke Encore Melaka. Jom booking sementara promosi ini masih berjalan

Facebook Comments
Previous Pengalaman cuba sendiri Yee Sang di GrandBluewave Shah Alam
Next 15 Tempat Menarik Sekitar Kuala Kangsar & Lenggong, PERAK

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *