Filem ‘superhero’ Gundala – Selubungi kisah miskin indonesia


Diharapkan Marvel dapat tengok sendiri filem Gundala ni. Mana tahu Gundala dapat sertai pasukan Marvel. Walaupun kuasanya menyamai THOR iaitu dari kilat. Untuk filem adiwira Gundala ni abam beri rating 8/10. Satu filem yang membanggakan , walaupun bukan dari Malaysia, kita kan serumpun hehe. Layan dulu trailer filem GUNDALA 2019

Amacam trailer filem Gundala ? Awesome kan. Trailer Gundala sahaja di Youtube dah mencecah 15 juta view.

REVIEW FILEM GUNDALA 2019

Rupanya filem Gundala diambil dari komik juga seperti filem Marvel. Komik lama yang pernah terkenal berbelas tahun dahulu sekitar tahun 1969. Boleh dikatakan pengarah filem Gundala iaitu Joko Anwar bijak mengolah jalan cerita Gundala ni.

Filem ini berdasarkan kisah hidup rakyat miskin Indonesia yang sering ditindas oleh orang kaya.Banyak ujian mereka timpa. Bandar mereka pula sekarang terkenal dengan jenayah seperti peragut, merompak dan membunuh.

Ini adalah superhero yang memegang watak Gundala iaitu SANCAKA (nama watak). Pada mulanya dia tak mahu campur tangan masalah orang lain kena rompak atau lain2 sebab pernah dapat warning “Jangan masuk campur urusan orang lain, jika tidak mahu masalah”

Boleh tahan watak yang dibawa SANCAKA ni , nampak cool dan steady. Babak berlawan pun cantik, cuma ada beberapa scene yang nampak pening & tak logik seperti babak bergaduh di landasan keretapi, dan bergaduh di pasar (kamera angle bergoyang2).

Bront Palarae pun berlakon watak antogonis (jahat) iaitu Pengkor. Pandai director bawa masuk pelakon Malaysia, untuk tarik traffic dari Malaysia juga hehe.

Oh ya, walaupun babak bergaduh banyak , namun filem ini sesuai untuk bawa anak-anak dan sekeluarga ke wayang (P13). Banyak hikmah dan pengajaran boleh kita tunjuk dekat anak2 yang menonton selain bergembira. Jom serbu pawagam mulai 26 December 2019.

Pastikan korang check jadual tayangan, setakat ni TGV hadkan beberapa tayangan sehari tidak seperti filem international yang lain.

Facebook Comments
Previous KUL Biennale 2020 : Bakal tiba mulai 1 September 2020
Next Order printing baju direct kilang lagi murah - Asia Apparel

3 Comments

  1. Avatar
    December 27, 2019
    Reply

    Tak tahu pon ada citer gundala ni kat wayang. Jalan cerita macam best.

  2. Avatar
    December 28, 2019
    Reply

    Wah cerita indonesia pun dh main superhero.. Tak oernh tau pun ade cerita ni.. Macam menarik.. Perkara biasa cerita kalau ditindas ni.. Selalu ada ajaib2..ni superhero.. Hehhew

  3. Avatar
    January 11, 2020
    Reply

    Nak sangat tengok cerita ini. Malangnya tak banyak cinemas yang masukkan cerita ini mungkin di GSC TGV ada.

    Tapi di MMCineplexes, Super Star Cinema takdoooo. Geram den.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *