KUL Biennale 2020 : Bakal tiba mulai 1 September 2020


Buat mereka yang gemarkan seni seperti Street Art , Ukiran Marble & lain2 seni warisan , pastinya anda adalah salah seorang yang WAJIB HADIR ke Kuala Lumpur Biennale 2020. Ini adalah kali  kedua di adakah di Malaysia selepas tahun 2017 yang bertemakan “Belas”.

Biennale ini merupakan acara yang diadakan setiap 2 tahun dan dipelopori oleh Venice melalui Venice Bienanale. Sejajar dengan tahun melawat Malaysia 2020, KUL BIENNALE turut sertai untuk menarik pelancong-pelancong luar dan tempat untuk lihat sendiri hasil seni dari karyawan tempatan & juga luar negara.

KUL BIENNALE (dahulu dikenali sebagai KL Biennale) , perkataan KUL sendiri diambil berdasarkan kod penerbangan Kuala Lumpur (KUL) ,jadinya acara kali ini buat julung kalinya disertai oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan sudah tentunya anjuran Balai Seni Negara (NAGM)

ROUTE TO KUL BIENNALE 2020 

19 Disember 2019 lalu, abam telah menghadiri sendiri pelancaran “route to KUL BIENNALE 2020” , bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah. Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya iaitu YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (IG @bakhtiarm ) .

bersama YB Tuan Muhammad Baktiar Wan Chik ( Timbala Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia) , Encik Mohammad Nazli Abdul Aziz ( CEO Malaysia Airports Holdings Berhad) , Encik Ismail Ani Arope ( Pengerusi Kul Biennale 2020).

Sidang media KUL BIENNALE 2020 ini turut diadakan bersama Majlis Perasmian Pameran International Marble Art Camp & Night at Langkawi Camp. Ini adalah salah satu acara mengumpul bakat seni dari 19 orang pengukit dari 7 buah negara terlibat iaitu Belgium, India, Indonesia, Itali, Nepal, Perancis dan Malaysia. Camp ini berlangsung selama 2 minggu di Fabilah Marble Craft di Ayer Hangat.

Ini adalah sebahagian hasil seni batu marble yang dibawa & masih dipamerkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Anda boleh melawat sendiri hasil tangan lain yang dipamerkan di “Art Gallery Langkawi” bertempat di Dayang Walk Gallery. Ini adalah cawangan pertama di Malaysia dan baru dibuka , lokasinya berdekatan dengan Langkawi Parade.

Ini adalah sebahagian seni lukisan batu marble yang dipamerkan di Art Gallery Langkawi. Disini ada juga tayangan streets art atau kita kenali sebagai lukisan graffiti.

Fuhh.. kalau ada orang seni atau minat dengan seni, ini adalah tempat anda. Tonjolkan bakat anda dan sertai komuniti penggiat seni.

KUL Biennale 2020 juga sangat dinanti-nantikan bukan sahaja untuk artis, kolector seni, curator, penggiat, peminat dan pengkritik dan pengusaha galeri tempatan, bahkan juga ari seluruh pelusuk ASIA Tenggara.

Antara acara yang sudah berlangsung, dan akan berlangsung di seluruh Malaysia termasuklah :

  • Balik Pulau Festival (Pulau Pinang)
  • Borneo Art Festival (Sabah)
  • Festival Anak Muda (Kuala Lumpur)
  • Bamboo Sculptures by the Sea di Kampung Air (Sabah)
  • Street Art @ Kapit (Sarawak)
  • Temasya Seni Budaya Muo (Johor)
  • The International Marble Art Camp & Night (Langkawi) – LATEST
  • Art With Community (Kelantan) March 2020 – Coming soon

Anda boleh follow instagram @natioanalartgallerymy untuk ikuti event2 terdekat. Aktif juga mereka di Instagram (follower hampir 12k), kini sedang berlangsung Program Kembara NAG Bikes (21-24 Disember 2019).

Antara tempat utama yang dipersetujui bersama MAHB ialah :

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuchinng
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Penang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Jika dilihat, lapangan terbang antarabangsa (international) dipilih, sebab apa ?  Mereka mensasarkan pengunjung lebih ramai kali ini. Lagi-lagi sempena tahun melawat Malaysia 2020. KL Biennale 2017 mendapat kunjungan sekitar 300,000 orang dan diharapkan lebih ramai pengunjung kali ini.

Peserta setakat ini untuk KUL BIENNALE 2020 sekitar 100 orang.

Facebook Comments
Previous Denda RM100ribu jika berniaga di lampu isyarat
Next Filem 'superhero' Gundala - Selubungi kisah miskin indonesia

3 Comments

  1. Avatar
    December 24, 2019
    Reply

    Ada kat Penang International Airport. Bolehlah Sis singgah nanti. Sekali sekala tengok pameran seni.

  2. Avatar
    December 24, 2019
    Reply

    Wah sekarang pameran berada di Penang Airport, terlanjur ke situ boleh singgah tengok menarik pameran ni. nnt sy sharekan info in dengan rakan2 yea

  3. Avatar
    December 26, 2019
    Reply

    Benda-benda artistic ni kadang-kadang tengok macam cantik je, tapi nak translate tu, belum cukup berseni. HUhu

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *