Denda RM100ribu jika berniaga di lampu isyarat


SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Aiman Burhanudin bersama Razin Abdul Raman (kanan) berjalan sambil menjual roti sandwich "ustazkopi" kepada pemandu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)

Mesti ramai yang pernah lihat situasi ada peniaga menjual asam RM10 dan juga meatball RM10. Cara perniagaannya adalah menunggu di traffic light sehingga merah, dan kemudian berjalan sambil memakai ‘signboard’ di badan mereka. Situasi ini dilihat sudah normal di lembah klang terutamanya di traffic light paling lama di seksyen 13 Shah Alam.

Apa yang abam dengar, perniagaan mereka bertambah maju sekarang & menambah bilangan pekerja. Rata-rata komen netizen ‘respect’ mereka yang gigih mencari rezeki dikala cuaca panas terik diluar. Buat pembeli pula, mereka suka membeli kerana dek kerana bandar Kuala Lumpur yang terkenal dengan traffic jem, mereka dapat mengunyah sesuatu didalam kereta.

Namun lain pula situasi yang berlaku di Terengganu, penjaja yang masih melakukan perniagaan tidak sah ini akan dihukum penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa bersalah oleh mahkamah.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik , memberi peingatan terakhir november 2019 lalu kepada perniaga yang masih berkeras kepala melakukan aktiviti ini. Operasi menangkap penjaja ini akan dimulakan mulai 31 Disember 2019 ini bagi memastikan keselamatan penjaja ini serta keselesaan semua pengguna di jalan raya.

Bagi Terengganu, mungkin mereka tidak biasa dengan keadaan ini, tidak seperti di Lembah Klang, rata-rata menerima & tidak menjadikan ini sebagai isu.

UNDANG-UNDANG

Penguatkuasaan akan dibuat mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993. Operasi ini akan melibatkan banyak pihak dan antaranya ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP).

Sumber : Terengganu Today

Facebook Comments
Previous Penutup filem IP MAN 4 FINALE : Sedih & gembira.
Next KUL Biennale 2020 : Bakal tiba mulai 1 September 2020

2 Comments

  1. Avatar
    December 27, 2019
    Reply

    Bukan nak cakap apa la. Kdg2 kedian tgk dorang meniaga mcm tu dlm keadaan panasnya, tu blm bila hujan turun lagi. Apala salahnya kalau dorang berniaga asalkan xmenyebabkan kemalangan atau sesak. Lainla kalau mintak sedekah.

  2. Avatar
    December 27, 2019
    Reply

    Dulu masa memula nampak orang berniaga kat trafik light ni rasa wahh rajin adik-adik ni berniaga mangga asam boi. Jarang ada anak muda berani dan tak malu untuj buat sesuatu demi sesuap nasi. Tapi cara macam ni ibarat kau buka perniagaan tanpa permit dan lari sana sini. Kita nak berniaga biar ikut undang-undang. sebab pastinya ada kesan yang telah diketahui oleh majlis perbandaran. Selain dari mengganggu pemandu lain, kes jenayah dari cara begini pun ada. Cuma harap org berniaga dan peminta sedekah juga dikenakan tindakan. Kawasan wangsa maju akak tengok ramai. Nak berniaga macam-macam cara ada. Jangan bahayakan diri berniaga di trafik light.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *