Jalan-jalan cari makan di Terengganu


Bila cerita tentang makanan unik, mesti kita terbayang makanan pantai timur kan ( Terengganu & Kelantan). Cuma nak bagi warning, AWAS untuk anda fikir nak berdiet apabila datang ke sini. Rata-rata masakan memang bersantan & berminyak. Sekadar nak merasa tak salah, cuma nanti kita bakar balik lemak tu hehe.

Baiklah perjalanan kali ini kami ke Terengganu ringkas sahaja. Sempat la berkunjung ke beberapa kedai makanan pernah viral dan sedap. Senang cerita, datang Terengganu wajib cuba kedai-kedai ni.

GUDANG MAKANG TERENGGANU

Gudang Makang di Manir Terengganu ni antara kedai yang pernah viral di facebook. Cuma sekarang owner kedai sudah bertukar, jadi mungkin tak banyak makanan unik seperti pisang goreng cheese warna-warni dah ditutup. Jadi kami mencuba beberapa makanan yang ada disini. Antaranya

  • Colek Ayam
  • Dim Sum 
  • Cendol Aiskrim
  • Ayam K-Fry (Korean Food + samyang sauce)
  • Keropok Lekor Pozi ( Jenis jejari goreng)

Seperi gambar-gambar di atas, ini je makanan yang sempat kami cuba. Yang lain rasa semuanya sedap, cuma ayam K-Fry terlalu keras dan kecil. Konsep kedai disini seperti “food stalls” atau foodcourt. Jadi anda boleh pilih minat makan nasi ayam, kunyah-kunyah dan minuman.

NASI GANJA TERENGGANU

Tengok gambar je mesti korang dah terliur kan ? Belum rasa lagi tu. Abam gigih mencari kedai nasi ganja Terengganu ni lepas tengok kawan facebook kongsikan. Lokasi nasi ganja Terengganu ini adalah di Losong (bandar kuala terengganu). Cuma di Losong ada dua kedai ganja. Korang cari je nama Mek Jang Cafe ( Nasi Ganja)

Memang sedap betul nasi + ayam rempah disini. Orang rumah & kak ipar siap tambah ayam lagi. Menurut owner kedai, mereka ada kongsikan resepi mereka di Facebook MEK JANG CAFE

Memang tak kedekut ilmu akak ni. Layanan pula dekat pelanggan mesra. So kedai ni abam bagi 5 BINTANG untuk semua sekali. Oh, lagi best nasi ganja dekat sini RM4 satu pinggan. Murah gilerrrrr

Untuk yang pertama kali dengar nasi ganja, dia lebih kurang nasi kandar je. Cuma nasi, kuah dan ayam di rasa lain sikit. Macam nasi kenduri pon ada

KEROPOK LEKOR 008 KELULUT

Kedai keropok lekor ni bertempat menghadap pantai kelulut/marang. Korang waze je konfirm jumpa. Banyak kali viral & femes dekat carian google. Antara top 5 keropok lekor yang sedap di Terengganu. Korang boleh baca entry KEROPOK LEKOR PALING SEDAP dekat SINI.

PANTAI PULAU KEKABU TERENGGANU

Selesai borong keropok lekor untuk keluarga & kawan-kawan, abam terus lepak tepi pantai pulau kekabu di Marang. Sekitar 5 minit perjalanan dari kedai keropok lekor 008 Kelulut Terengganu.

Pantai ni antara daya tarikan baru di Terengganu. Selain pantai miami beach Terengganu (sekarang tak cantik sebab ombak kuat disana). Kalau korang tengok gambar-gambar di bawah, mesti korang rasa cantik kan.

Memang cantik lagi kawasan ni, mungkin sebab masih belum ramai ke sini. Tapi disini pon angin kuat sekarang, jadi hati-hati bawa si kecil berjalan-jalan ya.

Selesai sudah perjalanan singkat kami mencari makanan unik di Terengganu edisi kali ini. Ada beberapa tempat yang tak sempat kami serbu seperti Kambing Bakar Guangzhou dan Nasi Lemak Bawah Rumah (wumoh) Terengganu. Kedai nasi lemak ni dibuka mulai 12 tengah malam sehingga subuh. Nampak je buka tengah malam, ada orang nak makan ke? Tapi beratur panjang beb. Next time kita serbu.

INFO : Jambatan London Bridge Terengganu sekarang masih lagi RM5 jika ingin naik lift tengok pemandangan, cuma dapat info tahun 2020 akan naik RM25. Baik korang cepattt

Facebook Comments
Previous Keropok Lekor terbaik di Terengganu setakat ini
Next KLIA Express - Tambang confirm paling MURAH lepas guna cara ni

3 Comments

  1. Avatar
    December 17, 2019
    Reply

    Wow!!!!!!! Hebat!!!!!!! Craving I tengok all the food. Terengganu like Kelantan too. A food heaven.

  2. Avatar
    December 18, 2019
    Reply

    kat terengganu mmg banyak makanan sedap dan menarik..dan kalau ke sini tak sah rasanya kalau x pekena masakan ikan patin..memg sedap

  3. Avatar
    December 18, 2019
    Reply

    Banyak tempat maknn sedap dekat Terengganu..nad tak pernah pergi lgi..bestnya dapat bercuti sana

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *