Keropok Lekor terbaik di Terengganu setakat ini


Pasti setiap kali ke Terengganu, makanan wajib anda cari ialah keropok lekor. Ada yang memang gemar keropok lekor jenis goreng, ada yang suka rebus, dan tidak kurang juga yang suka keropok lekor jenis banyak ikan atau banyak tepung. Rata-rata kawan abam dari KL, suka yang jenis tepung (ikan sikit je).

Abam nak kongsikan keropok lekor jenis banyak ikan kali ini. Setakat beberapa tahun yang lepas, memang abam gemar ke kedai Keropok Lekor 008 Kelulut , betul-betul di laluan tepi pantai kelulut/Marang. Jika anda buat carian di GOOGLE, keropok lekor terbaik di Terengganu , pasti anda akan perasan kedai keropok lekor 008 Kelulut.

KEROPOK LEKOR 008 KELULUT TERENGGANU

Kedai keropok lekor 008 Kelulut ni ada jual jenis rebus & goreng. Setakat ni abam bagi kawan-kawan rasa, ramai yang suka jenis goreng. Sedap banyak ikan, cuma rasanya agak2 masin sikit kadang-kadang. Rata-rata minat sos keropok lekor dari kedai ini, siap beli extra sos dalam botol sekali.

Gambar di bawah ada bukti carian di Google tentang keropok lekor 008 Kelulut yang menjadi trending dan carian ramai orang.

Anda boleh waze “Keropok Lekor 008 Kelulut” , pasti jumpa. 

atau lokasi :

Pantai Kelulut 21600 Marang, Terengganu, Malaysia

 

Selesai beli keropok lekor sedap Terengganu, kami terus ke pantai pulau Kekabu Marang (5 minit perjalanan). Dengar kata pantai ini antara tengah trending sebab kawasan pantai yang masih dijaga (walaupun ada makhluk masih buang sampah merata).

WAKTU OPERASI KEDAI KEROPOK LEKOR 008 

8.30 PAGI – 11 MALAM (SETIAP HARI)

PANTAI PULAU KEKABU MARANG TERENGGANU

Untuk makluman, pantai terengganu seperti pantai batu burok & pantai tok jembal Terengganu antara yang menjadi pilihan abam tiap kali turun Terengganu. Pantai Batu Burok Terengganu (dibandar), kerap diadakah aktiviti pantai/pesta dan juga event disini. Kedai makan pun banyak lagi di pantai batu burok berbanding pantai tok jembal.

Pantai pulau kekabu pun masih kurang kedai makan menarik selain di jeti ke pulau kapas. Disini sekadar ingin mencuci mata, rasa angin pantai memang sesuai.

 

 

Facebook Comments
Previous Review filem Black Christmas : Fans filem thriller boleh layan ni
Next Jalan-jalan cari makan di Terengganu

11 Comments

  1. Avatar
    Masitah
    December 15, 2019
    Reply

    Sedak ngak kepok ye kene pulok makang tepi patta

  2. Avatar
    December 16, 2019
    Reply

    teringin pulak nak pegi terengganu ni nak try keropok lekor ori dari sana

  3. Avatar
    December 16, 2019
    Reply

    Pernah cuba keropok lekor Tok Beng kat Kuala Terengganu. Saya rasa keropok lekor kat Terengganu memang sedap. Makan yang siap celur dengan air je pun sedap.

  4. Avatar
    December 16, 2019
    Reply

    I pun suka makan keropok lekor, tapi so far pernah try yg goreng jer, tak tau pulak ada yg rebus hihi

    • Avatar
      December 17, 2019
      Reply

      Sedapnya keropok lekor. Suka makan panas panas dengan sos khas dia

  5. […] dekat carian google. Antara top 5 keropok lekor yang sedap di Terengganu. Korang boleh baca entry KEROPOK LEKOR PALING SEDAP dekat […]

  6. Avatar
    December 17, 2019
    Reply

    keropok lekor wajib beli kalau ke terengganu.
    di sana jer sedap.
    kat melaka ni? hu hu hu hu lebih tepung dari ikan 🙁 sedih!

  7. Avatar
    December 17, 2019
    Reply

    Alaaaa sedapnya keropok lekor. Yang banyak ikan memang fav iza. Kalau pergi terengganu boleh la try beli kat sini pulak.

  8. Avatar
    December 17, 2019
    Reply

    hari tu pergi terengganu ada jugak beli keropok lekor, tapi tak sure yg ni ke yg mana, lupa pulak hehe

  9. Avatar
    December 19, 2019
    Reply

    Sedapnyaa nampak Keropok Lekor tuu, one of my favorite food! The price is quite cheap also. I never go to Terengganu lagi. Maybe if ada peluang next time nak juga ke sana.

  10. Avatar
    December 20, 2019
    Reply

    ni kalo dapat kepok lekor ni mmg sekejap je habis ni….cicah plak dengan sos sedap home made special….mmg tak toleh kiri kanan…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *