Jelajah tempat-tempat menarik di IPOH


Minggu lalu, abam sempat luangkan masa 2 hari 1 malam untuk jelajah satu bandar Ipoh. Ternyata memang tak cukup masa yang ada untuk selongkar tempat-tempat menarik di Ipoh dan mencari keunikan makanan di Ipoh. Tapi abam semptlah merasa nasi ganja original “first in Malaysia” di Ipoh.

TEMPAT PENGHINAPAN KAMI DI IPOH

Selepas kami buat perbandingan di Booking.com dan Agoda, kami tertarik dengan Hotel Putrade Allsuites di RPGC (Royal Perak Golf Club). Kelab yang selalu kerabat di-raja akan turun bermain golf.

Kami check in pada jam 5.30 petang, dek kerana terkejar-kejar dari Langkawi.. Jadi hari pertama kami, sepatutnya jam 6.00 petang, kami dh plan nak ke Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh . Bandar Ipoh ini walaupun banyak kereta, namun tak boleh kalahkan kesesakan di Kuala Lumpur. Jadi setiap tempat yang kami lawati mengambil masa 15 minit – 30 minit perjalanan sahaja.

Disebabkan cuaca hujan petang itu, kami kongsikan ehsan gambar google saja ya. Entrance fee ke Lost World of Tambun sekitar RM80 untuk dewasa.

Ramai yang bagi cadangan, nak masuk Lost World of Tambun, elok masuk sesi petang sampai malam. Lebih meriah & banyak show di dalam sehingga jam 10 malam.

Jadi kami berjalan-jalan sekitar hotel Putrade Allsuites sahaja malamnya.

Bab makanan, memang meriah dekat sini. Dinner di Fairway Restaurant dalam kawasan hotel juga. Senang kata, semua yang anda idamkan, ada di Putrade Allsuites Ipoh. Antara fasiliti yang pengunjung hotel boleh join disini termasuklah Golf (Driving Range), swimming pool & jacuzzi, gymmnasium, tennis & squash courts, snooker room.

Untuk review penuh di Putrade Allsuites, korang boleh terus ke link SINI . Haa.. tekan je perkataan SINI tu.

BOOKXCESS & STREET ART IPOH

Keesokan harinya, selepas sarapan di hotel kami terus gerak di sekitar pekan Ipoh. Disini sesuai untuk mereka yang suka ootd , tangkap gambar, dan tengok bangunan2 lama di Ipoh yang masih dijaga. Kami tertarik untuk masuk ke tempat tarikan baru di IPOH, iaitu BookXCess

BookXCess di Ipoh masih ramai juga tidak perasan kewujudan tempat ini. Untuk pengetahuan korang, tempat ini adalah bawah tanah dan bekas tempat simpanan barang berharga & duit oleh bank lama. Jadi mereka masih kekalkan reka bentuk asal bank. Kalau korang perhatikan, pintu besi bank & ruang simpanan semua masih elok dan kukuh.

Ada apa dekat sini ? Memang nyata ini adalah kedai buku. Pelbagai siri-siri menarik superhero seperti Marvel , Disney korang boleh beli disini. Untuk penggemar buku ,tempat ini memang sesuai untuk korang. Di bawah ini juga ada bilik khas simpanan arwahyarhamah Yasmin Ahmad. Boleh juga tonton dokumentari selama 1 jam di television yang disediakan. Antara filem  yang menaikkan nama Malaysia oleh Yasmin Ahad termasuklah filem SEPET (2005) dan MUKHSIN (2006).

Di street arts Ipoh ini abam saja jalan cuci mata. Tengok barang-barang lama disini. Kalau korang minat barang bersejarah , boleh ke musuem TIME FUNNEL IPOH.  Jalan kaki sahaja dari BookXCess. Entrance sekitar RM8 .

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH

Disini lebih kepada tasik & ada mini zoo . Boleh la cuci mata tengok beberapa haiwan yang dijaga disini temasuk Ostrich. Bawa anak-anak kesini agak seronok untuk beri mereka kenal hidupan lain. Di atas sini jugaklah ada viral kes sekumpulan remaja panjat papan tanda IPOH beberapa tahun lalu.

NASI GANJA ORIGINAL IPOH

Penat habis kami berjalan, kami terus ke pekan lama Ipoh untuk cari nasi ganja yang diperkatakan ramai tu.

Sampai-sampai kedai, memang ramai beb. Beratur panjang sampai keluar (walhal baru jam 11.30pagi). Bila ditanya orang situ, beratur untuk yang nak bungkus sahaja. Jadi terus kami masuk dalam cari meja. Ikut pengalaman kawan-kawan abam, datang sini elok  bungkus saja nasi ganja. Nak bawa keluarga ramai-ramai sini agak tidak sesuai.

Jika sekadar datang berdua. Ada saja tempat , berkongsi meja dengan orang lain. Datang sini, jangan lupa minta kuah lebih ya. Ramai yang kata kuah nasi ganja ni sedap. Last sebelum balik, order sekali pudding caramel. Sedappppp

Datang Ipoh, tak sah kalau tak pekena nasi ganja. Letakkan dalam wishlist korang untuk merasa keunikan nasi ganja ni. Sebab apa dipanggil nasi ganja ? Ada yang cerita, waktu bulan puasa “ada geng plastik hitam disini”. Dibungkus nasi ini dalam plastik, seakan-akan ganja. huhu wallahua’lam

Settle nasi ganja, kami terus ke Hotel Putrade Allsuites untuk check out, dan terus ke stesen bas untuk balik ke Kuala Lumpur. Nantikan entry kami di Langkawi pula hehe

 

 

Facebook Comments
Previous Bercuti di Putrade AllSuites di Ipoh
Next Daftarkan Maybank QRpay anda & terima RM20 tunai

4 Comments

  1. Avatar
    December 14, 2019
    Reply

    Nasi ganja! 2 kali fah aida tapaw. Sedap! Makan situ memang x dpt la. Tapaw and makan at the next nearest rnr, on the way back to melaka.
    Ipoh. Aida lom jejaki lagi byk tempat d Ipoh. Tambun. Ntah bila dpt ke sana…

  2. Avatar
    December 15, 2019
    Reply

    actually Ipoh memang banyak tempat menarik cuma, dari satu tempat le satu tempat yang lain agak sedikit jauh. bab makan toksah cakap, memang heaven !

  3. Avatar
    December 15, 2019
    Reply

    okeih, boleh simpan entry ni untuk rujukan 2020. plan nak ke ipoh tak sure bulan mana yang nak pergi. hehe. thankyou ye.

  4. Avatar
    December 16, 2019
    Reply

    lama tak jalan2 dekat ipoh. kalau ke ipoh pun hanya ke tambun je. in shaa Allah next year boleh jalan2 dkt ipoh.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *