Bercuti di Putrade AllSuites di Ipoh


Minggu lalu, abam dan kawan (Fuad) , berjalan-jalan sekitar Ipoh yang terkenal dengan keunikan makanan unik seperti nasi ganja. Kami singgah 2 hari 1 malam dan bermalam di Hotel Putrade Allsuites di RPGC (Royal Perak Golf Club). Kami pilih hotel ini dek kerana jauh dari kesibukan bandar dan dekat 5 minute dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (IPOH).

Baru abam tahu Putrade Allsuites ni adalah satu-satunya hotel di bawah PWTC dan ianya milik orang melayu bumiputera, dan baru sahaja setahun dibuka. Fuhh, kagum abam lihat fasiliti-fasiliti yang ada di sini , rasa macam tak cukup ambil 2 hari 1 malam.

Putrade Allsuite mesnyediakan 36 bilik , dan dibahagikan kepada 3 jenis iaitu ONE-BEDROOM SUITE (RM280), TWO-BEDROOM SUITE (RM380) , dan THREE-BEDROOM SUITE (RM480). Dekorasi setiap jenis bilik lebih kurang sama sahaja, yang beza bilangan katil & jenis katil. Abam pilih bilik jenis apa ? Disebabkan kami datang berdua, kami pilih One-bedroom suite (gambar di bawah)

ONE BEDROOM SUITE

kondiment wajib setiap jenis bilik (coffee)

transport percuma kami (bugi golf)

Seterusnya kita cari makan dalam hotel dulu , singgah di Fairway Restaurant. Bangunan berhadapan dengan tempat penghinapan kami (cuma jalan kaki). Buat yang nak requet naik bugi golf, ada disediakan betul-betul di hadapan hotel. Boleh minta staff di kaunter lobi untuk bawa anda.

FAIRWAY RESTAURANT PUTRADE ALLSUITES

Buat yang menghinap disini, pasti disediakan breakfast secara PERCUMA. Restoran ini dibuka dari jam 7pagi – 10 malam.

Ini adalah menu yang terdekat sekitar breakfast iaitu secara buffet. Manakala lunch, hi-tea, dan dinner adalah secara ala-carte. Kami sempat dinner di dalam restoran yang sama pada hari pertama, cuma dek kerana ada event, menu yang kami terima limited, tapi sedapppp. Dah cuba 18 kali pun, kali ke 19 abam rasa nak tambah lagi, tapi portion dia , masyaAllah.

mee goreng mamak & nasi goreng cina. Sumpah sedap

Posting ini abam kongsikan dulu apa yang menarik di Putrade Allsuites ya. Sebab nak cerita semua kelebihan disini, tak muat satu page. Posting seterusnya abam kongsi tempat menarik kami lawati di Ipoh termasuk makan di Nasi Ganja original “only in ipoh”.

FASILITI DI PUTRADE ALLSUITES

Tarikan utama yang menyebabkan ramai orang kunjung di sini adalah Kelab Golf (RPGC = Royal Perak Golf Club). Terbahagi kepada dua iaitu golf 18 holes & driving range. Buat yang ingin bermain golf 18 holes, ia hanya dibenarkan untuk ahli kelab sahaja. Manakala driving range & lain2 fasiliti  utk ahli kelab & mereka yang menghinap di Putrade Allsuites. Kayu golf bawa sendiri ya, bola insyaAllah disediakan.

SWIMMING POOL & JACUZZI (proper attire)

kolam mandi kanak-kanak

kolam mandi dewasa

Jacuzzi (air panas)

GYMNASIUM 

games room (snooker)

squash courts

Oh ya, disini juga ada disediakan ruangan dewan untuk disewa. Kebiasaannya majlis kahwin dibuat di sini, termasuk juga kursus-kursus kerajaan dan swasta. Harga pula berlainan, boleh nego sampai jadi. hehe

JUBILEE BALLROOM

Ballroom di Putrade Allsuites boleh muat sehingga 700 orang dalam satu-satu masa. Buat yang berminat adakan kursus, pihak hotel ada maklumkan ada special rate untuk sewaan bilik sekali.

Untuk makluman lanjut tentang sewaan BILIK, DEWAN, korang boleh hubungi terus PUTRADE ALLSUITE di talian :

05-2380022 atau fax ke +6052380021

website : www.putradeallsuites.com

email : inquiry@putradeallsuites.com

 

 

 

 

Facebook Comments
Previous Knives Out 2019 - Lakonan James Bond memang kreatif giler
Next Jelajah tempat-tempat menarik di IPOH

1 Comment

  1. […] review penuh di Putrade Allsuites, korang boleh terus ke link SINI . Haa.. tekan je perkataan SINI […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *