Pengalaman di Capsul Hotel Langkawi – TUBOTEL


Pengalaman menghinap di hotel jenis capsul TUBOTEL LANGKAWI , memang tak mungkin abam lupakan. Suasana yang sangat santai, sambil menghirup udara pantai. Pastinya buatkan korang yang datang kesini, teringat-ingat seperti yang abam alami sekarang. Paling best di TUBOTEL LANGKAWI, tandas & bilik mandi betul-betul dijaga bersih dan wangi.

PENGALAMAN BERHARGA DI TUBOTEL LANGKAWI

Terus terang abam kongsikan, hotel jenis capsul tidak sesuai dihinap oleh keluarga, ia lebih kepada backpakers, kawan-kawan yang nak bonding, dan mereka yang bujang. Sebab utama tidak sesuai untuk keluarga, tandas berada di luar bilik , buatkan anak nak kencing malam-malam huhu.

Bilik capsul (seaview) – RM94

Bilik yang terdapat di TUBOTEL LANGKAWI 

Capsul SEAVIEW : RM94

Capsul GARDENVIEW : RM80

Hostel ( Girls Only ) : RM25 

Bilik yang kami pilih Capsul SEAVIEW : Bilik adalah menghadap laut. Bayangkan bangun-bangun pagi, terus tengok laut. Pakej ini termasuk BREAKFAST PERCUMA. Cuma ia bukan jenis buffet, korang kena pilih ala-carte (ada 6 menu kalau tak salah).

SEBAB PALING SERONOK DI TUBOTEL LANGKAWI :

  • Port lepak malam tepi pantai bersama rakan-rakan (lihat gambar di bawah)
  • Mostly yang datang sini MAT SALEH, jadi mana tahu berjodoh ke ? haha
  • Jauh dari kesibukan bandar ( pantai cenang ) , terletak di hujung pantai cenang.
  • Bilik yang agak selamat (dibuat dari simen , bukan tin/plastik seperti yang lain2)
  • Untuk yang datang dengan grab/kereta sewa, di bahagian luar ada teksi menunggu untuk bawa anda berjalan-jalan ke pekan
  • Surau disediakan bahagian luar bilik (berdekatan dengan lobi)
  • Makanan halal dimasak oleh orang melayu Malaysia
  • Malam makan luar hotel ( ada gerai masakan melayu sampai 10 malam , jalan kaki je)
  • WIFI lajuuuuuuuuuuu ( Unifi beb) – Malam-malam lepak area lobi layan wifi sambil tengok movie (big screen)

Bila datang berjalan di Langkawi, banyak sangat pilihan hotel. Jadi harga yang ditawarkan kebanyakannya murah. Jadi anda boleh buat perbandingan hotel mana yang anda minat. Nak booking bilik di TUBOTEL LANGKAWI ? Boleh rujuk gambar di bawah. Pastikan korang buat perbandingan di Booking.com , Agoda & Traveloka .

Jika ingin rasa suasana tepi pantai, pilih hotel di pantai cenang (mahal sikit)

Jika ingin berjimat, terus ke pekan kuah ( sesuai untuk yang mencari keunikan makanan Langkawi )

 

 

 

Facebook Comments
Previous Buffet ala2 gerai - Setiap hari sabtu Sahaja (Grand BlueWave)
Next Jumanji 2019 : The Next Level HAMBAR??

5 Comments

  1. Avatar
    December 12, 2019
    Reply

    best nya. dah la mengadap laut. murah pulak tu. siap dapat breakfast. takyah kalut2 cari breakfast

  2. Avatar
    December 12, 2019
    Reply

    cantik lah. kalau ke langkawi boleh ‘tumpang’ kat sini juga nanti. satu tempat tarikan yang unik. cantik nak shoot gambar.

  3. Avatar
    December 12, 2019
    Reply

    Unik sangat untuk pergi bercuti dengan kawan-kawan. Betul la kalau family prefer bilik air kat dalam bilik je.

  4. Avatar
    December 12, 2019
    Reply

    Colourfulnya Tubotel ni. Last month baru pergi Langkawi. Hehe. Next time pergi nak try ddk Tubotel ni la.

  5. Avatar
    December 14, 2019
    Reply

    best sangat kot hotel capsule ni..memng elok untuk bujanga tau backpakers..untuk family kureng..tapi menarik depan laut pulak tu..fuh..lain dari yang lain ni

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *