Bateri Iphone 11 ku bertahan 2 hari 18 jam


Terlebih dahulu, abam kenalkan diri sebagai pengguna setia Iphone sejak tahun 2012 iaitu zaman belajar di Universiti. Abam Mula guna ip4, ip5, ip 7+, dan latest Iphone 11. Baru-baru ini abam terbaca rumors ada yang mengatakan Iphone 12 bakal diperkenalkan tahun depan, dan ramai yang tersinggung “Eh baru beberapa minit beli kot” dan yang paling best “Aku tengah kumpul duit nak beli Iphone X , korang dah cakap pasal 12″.

Artikel penuh tentang Iphone 12 DISINI

Tak mustahil untuk mereka keluarkan produk terbaru. Zaman kini bukan apple sahaja, android lagi laju berlumba-lumba keluarkan model terkini dengan spec yang berlainan & improve. Tujuannya untuk apa ? Target lain market/segmen, dan ofcoz mereka perlu fikirkan sales company.

Pendapat peribadi abam, korang jangan terlalu kejar teknologi , penat nanti. Teknologi akan sentiasa berubah sama ada anda mahu atau tidak, Cari handphone berdasarkan keperluan. Abam dari dulu penggemar apple sebabkan tahan lama. Satu hanphone guna 2-3 tahun , berbanding android hehe

Jom kita sembang tentang bateri Iphone 11

Firstly abam nak ucapkan tahniah kepada APPLE, kerana kian lama, makin upgrade spec Iphone, walaupun sedikit lambat berbanding android. Berkenaan tajuk entry kali ini, bateri Iphone 11 ku tahan 2 hari dan 18 jam

Abam dah buat kajian sendiri , bagaimana kapasiti bateri ini bertahan walaupun penggunaan medium ( guna facebook, video, whatsapp). Walaupun bateri tahan lama, diingatkan juga nak cas pun lama (guna cable original – ambil 2-3 jam). Fuhh, kali ini abam jaga betul kadar cas handphone , disebabkan iphone cable charger original masih belum ada function CUT OFF apabila penuh cas.

WIDE KAMERA IPHONE 11

Ini juga function yang abam suka dekat iphone 11. Walaupun 2 kamera belakang , tidak seperti iphone 11 pro max (3 kamera belakang). Namun untuk harga & kualiti kamera sudah bagus & mencukupi. Size iphone 11 ni acceptable juga. Penat pegang handphone bersaiz besar seperti iphone 11 pro max.

Untuk youtuber, blogger dan yang suka bergambar. Boleh pertimbangkan kamera dari iphone 11. Orang kata tak perlu beli kamera dslr , senang pakai phone bawa ke mana-mana. hehe (bawah ni contoh gambar wide angle iphone 11)

5 BEZA IPHONE & ANDROID YANG ABAM PERASAN

Iphone

  1. Handphone tak lag , smooth. Kecuali dah guna 2 tahun ke atas
  2. Untuk tujuan video editing, ramai yang suka guna iphone (imovie)
  3. Harga apple makin menurun, dah jadi mampu milik (Iphone 11 sekitar Rm3ribu sahaja berbanding dulu)
  4. Branding APPLE yang mahal, nak jual balik second-hand pun harga masih mahal,
  5. Sesuai untuk tujuan kerja , presentation & social. Main games konfirm batery cepat rosak & handphone panas

Android

  1. Handphone selalu lag (masalah sama setiap orang) . Abam banyak kali tukar android phone seperti samsung tablet, samsung note, nokia , blackberry, sony, huawei, asus, dan pocophone
  2. Editing gambar & video ramai guna android juga , sebab software banyak yang free & boleh root
  3. Harga android sentiasa lagi murah dari apple (mampu milik)
  4. Cuma harga bila nak jual balik akan jatuh teruk. Melainkan brand yang kuat
  5. Sangat sesuai untuk gaming , tonton movie. Spec android dari segi grafik, memori dan bateri sentiasa lagi tinggi & sentiasa improve

Akhir kata, apa-apa ikut ikut minat & kemampuan masing-masing juga kan. Abam pun belum kaya, demi dapatkan Iphone 11 ni kumpul berapa lama, sebabkan memang cari phone yang tahan lama & tak lag. Dannnnn. Bila guna produk APPLE ni, rasa seperti ‘high konfident’ dan ada yang kata berlagak.hahaha

Nak cari handphone gaming , korang boleh tengok artikel ni. Dengar kata ada function sejukkan handphone waktu main games

Vivo Nex 3 mampu bersaing dengan model spec tinggi yang lain?

Huawei Bangkit Perkenal Model HP Huawei Nova 5T

 

Facebook Comments
Previous Perisik Charlie's Angels Kembali beraksi selepas 16 tahun
Next Puas hati dapat juga rasa Grilled Butter Chicken balik

5 Comments

  1. Avatar
    November 15, 2019
    Reply

    terima kasih atas perkongsian. tengah usha iphone 11 ni. tapi tak tahulah masih dalam simpanan bajet. susah jugak guna android kalau laptop guna macbook kan.

  2. Avatar
    November 15, 2019
    Reply

    Android main game best and so far pakai android xde la lag jugak unless pakai yg ram rendah and memory full penuh. Anyway tak mampu pon pakai iphone ni.. hahaha

  3. Avatar
    November 16, 2019
    Reply

    Sorry saya Android user wakakak tak berapa tahu sangat pasal iPhone ni tapi bila tengok kat sini baca baru dapat sikit pengetahuan pasal jenama iPhone ni hehehehe…

  4. Avatar
    November 16, 2019
    Reply

    AM mmg AM Android user.. Tapi mmg merancang utk beli iPhone juga sbb tgk pada kualiti pic yg setanding DSLR tue yg buat AM berkenan.. Jadi ada dua hp lagi mudah buat kerja blog plus keje hakiki

  5. Avatar
    November 16, 2019
    Reply

    mek sokong. ini lah kenapa mek terus menggunakan iphone walaupun sekarang masih lagi menggunakan 6. tunggu dah tak boleh update kita tukor lah. huhu.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *