Filem GERAN – Mengangkat kembali filem Malaysia


Rating filem GERAN : 7/10. Secara keseluruhan filem Geran boleh dikatakan lebih menarik berbanding filem SANGKAR. Kerana apa ? Aksi ‘fighting’ dalam filem GERAN nampak seakan lebih terlatih & banyak berbanding filem sangkar. Rating filem GERAN mungkin boleh tinggi lagi jika beberapa element itu di ambil berat (abam komen di bawah). Jom layan trailer FILEM GERAN 2019 :

Rata-rata review filem GERAN menunjukkan reaksi positif dan sokongan ramai pihak terhadap filem keluaran tempatan dari pengarah Areel Abu Bakar. Ada juga yang samakan filem GERAN seperti filem ONG-BAK dari thailand. Sebab apa ? Satu je abam rasa korang pun mesti setuju, aksi berlawan yang nampak seakan ‘real’ ini buatkan kita tak senang duduk di dalam wayang.

Apa yang cuba ditonjolkan melalui filem GERAN ini adalah teknik berlawan silat, yang menjadi warisan turun temurun kita.

(Lakonan : Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah, Feiyna Tajudin )

SINOPSIS FILEM GERAN 2019

Mengisarkan tentang seorang budak bernama Mat Arip yang melarikan geran tanah pusaka keluarga mereka, semata-mata ingin pajak untuk berjudi. Mat Arip juga meminjam duit yang banyak dari Haji Daud , seorang ceti berpangkatkan HAJI. hehe. Jadi untuk membela nasib Mat Arip, keluarga mereka berlawan habis-habisan menentang budak-budak Haji Daud.

Jalan cerita agak ‘klishe’ kan ? Lagi satu yang mungkin pengarah boleh ambil berat tentang teknik rakaman visual filem ini. Agak nampak kabur & tak jelas . Ofcoz abam tengok beli tiket di wayang , bukan download cetak rompak. Akhir sekali, ada dua kali laps ( screen gelap) dalam filem ini. Mungkin boleh tambah baik kualiti filem ini. Overall, good job FILEM GERAN 2019

Facebook Comments
Previous Pengalaman 'check in' Tiga Hotel Oyo PERCUMA - Anda pun boleh
Next Vivo Nex 3 mampu bersaing dengan model spec tinggi yang lain?

8 Comments

  1. Avatar
    October 17, 2019
    Reply

    wow lain dr yg lain!! mmg x cliche lnsg n sy pun rs xpnh lg tgk movie theme mcm ni boleh ajk housemate g tgk nnt ni!!

  2. Avatar
    October 17, 2019
    Reply

    Wah , satu filem baru yang mungkin boleh mengangkat perhatian masyarakat Malaysia kalau dah kata lebih best dari cerita Sangkar ni. Ada masa nanti boleh tengok. Dah lama tak pi cinema sebenarnya , yet xada teman juga.

  3. Avatar
    October 17, 2019
    Reply

    Rawlins masih belum lagi menonton Geran tapi dah baca a few reviews yang menyatakan Geran nie filem wajib dan ramai yang menyatakan ianya lebih elok dari Sangkar.

  4. Avatar
    October 18, 2019
    Reply

    Bagusla ceriat mcm ni..ramai caka bagus crita ni..nanti nak tengokla..ceriat melayu sekarang lebih elok berbanding dulu asyik rempit je. Sangkar pun nad tak tengok lagi

  5. Avatar
    October 18, 2019
    Reply

    Baca review pasal Geran ni banyak yg bagus gak. Tapi last tgk wayang pun Sangkar hari tu time cuti, anak-anak sekolah. Haha. Kena tggu ada cuti lagi baru leh gi cinema huhu

  6. Avatar
    October 18, 2019
    Reply

    Ada juga banyak baca review positif movie ni. Nak pergi tengok tapi sebab ada baby dah lama la tak pergi cinema

  7. Avatar
    October 19, 2019
    Reply

    NAMPAK BEST JUGAK TAPI ITULAH MASANYA TAK ADA NAK PERGI TENGOK ..RASANYA LEPAS CERITA SANGKAR TU RAMAI YANG MULA BERMINAT BALIK NAK SUPPORT FILEM MELAYU

  8. Avatar
    October 20, 2019
    Reply

    oh. macam best jugak ceritanya. boleh kot layan nanti keluar kat tv. thankyou ye.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *