Urutan Selebriti, bayar harga SEIKHLAS HATI


Abe Zul, 51 tahun yang menetap di Bangsar. Merupakan antara tukang urut tradisional lelaki yang jujur, kini makin dicari-cari terutamanya artis seperti DJ Radio, penyampai berita , wartawan tv. Walaupun sekarang sudah agak sibuk dek kerana temujanji urut penuh, yang paling abam seronok ialah bayaran dikenakan adalah SEIKHLAS HATI.

Biasanya urutan tradisional Abe Zul adalah sekitar 2 jam, dan kebetulan 4 tahun lepas abam di zaman sedang berjimat, abam bayar RM30 untuk urutan 2 jam. Nampak agak melampau kan urut lama2, bayar RM30. Tapi Abe Zul terima saja , asalkan ikhlas. Buat yang di luar sana ingin mendapatkan khidmat urutan tradisional Abe Zul, kalau boleh beri lebih. Sebab urutan dia memang terkesan dekat abam. Dari terseliuh, terus jadi boleh jalan. ( ni waktu abam sakit main gym dulu).

Abe Zul nama diberi. Mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun mengurut secara sambilan. Beliau mempunyai kerja tetap dekat KTMB. Ikut pengalaman Abe Zul, pelbagai bangsa termasuk cina,india,melayu & banggali datang mengurut dengan Abe Zul.

Dari kerja biasa-biasa, sampai la Dato’ pun turun ke bangsar untuk mengurut. Lokasi urut adalah di rumahnya sahaja ye.

Buat yang sakit-sakit badan akibat main gym,main bola dan sebagainya. Anda boleh datang ke sini untuk betulkan urat-urat badan anda. Doktor sendiri pun akan sarankan anda cari orang yang boleh mengurut. Ada juga kes seorang lelaki ni ‘tempang‘, selepas mengurut dengan Abe Zul (dengan izin Allah), pulih boleh siap berlari.

Jangan terus percaya ye. Anda kena datang sendiri rasai urutan tradisional Abe Zul. Jika rasa tak sedap, tak puas hati. Bagi la upah RM10 atau tak bayar. Tapi setakat ni tak ada yang buat macam ni, sebab semua puas hati siap bagi duit extra lagi.

PENGALAMAN ABAM MENGURUT

Sebagai seorang yang giat bersukan, dan banyak aktiviti luar. Memang abam akan terdedah dengan risiko lenguh kaki, krem, sakit-sakit leher ( drive kereta lama sangat). Memang abam mencari orang yang betul-betul pandai mengurut. Bukan sekadar ambil upah, lepas tu rasa sama je macam tak ada beza

Ramai sangat tukang urut abam dah jumpa. Tapi sejak 4 tahun lepas, ada kawan kenalkan dekat abam tentang urutan Abe Zul. Abam tahu kawan abam sorang ni memang injured kaki (ACL) sebab main bola, selepas urut, terus set masa untuk main bola padang semula. Lepas abam mengurut disini, tak pernah terlintas nak cari orang lain untuk mengurut.

Sebabkan puas hati dengan urutan tradisional ni, abam nak kongsikan dekat korang yang lain. Rezeki anda la terbaca page ni kan.

URUTAN BATIN LELAKI

Untuk lelaki-lelaki yang nak kahwin pun, Abe Zul ada sediakan urutan batin tradisional untuk korang. Kebiasannya memang lelaki akan cari urutan batin, sebab rata-rata orang ASIAN ni lemah tenaga batin. Ini apa yang Abe Zul kongsikan dengan abam la

Sampaikan ada satu tahap, seorang isteri telefon Abe Zul untuk set masa mengurut bagi suaminya. Suaminya malu katanya. Bab bagi nafkah dekat isteri, jangan malu bang. Banyak kes cerai diluar sana disebabkan lemah tenaga batin la.

Untuk makluman lagi, Abe Zul mengurut lelaki sahaja ya. Jangan risau dia bukan gay, sudah berumah tangga pun. Memang Abe Zul ada pengalaman urut lebih 30 tahun untuk anda. Yang paling best, harga ikut KEIKHLASAN HATI korang. Kalau mampu RM20, RM30 , terpulang kepada anda.

ABE ZUL , Tukang Urut Tradisional Lelaki – 019 395 2648

Facebook Comments
Previous Filem Joker menerima kritikan hebat/pujian ?
Next Pengalaman 'check in' Tiga Hotel Oyo PERCUMA - Anda pun boleh

2 Comments

  1. Avatar
    October 5, 2019
    Reply

    bab mengurut tu bagus tapi yang batin tu erkkk. huhu. tapi baguslah kalau dapat berurut dengan abe zul.

  2. Avatar
    October 7, 2019
    Reply

    wah boleh tahan banyak servis yang ada kalau nak buat urutan sesetengah bahagian badan senang pergi satu tempat je

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *