Filem Joker menerima kritikan hebat/pujian ?


Filem Joker ini sangat slow, bosan, “lame”. Satu lagi mungkin sebab DC yang terbitkan, bukan MARVEL. Ini mungkin antara komen yang korang akan nampak setelah menonton filem Joker. Mereka yang komen macam ni sememangnya tak pernah mengikuti kisah joker sejak dari filem batman lagi. Tapi buat yang mengikuti filem terdahulu, JOKER 2019 ini adalah sebuah filem epick & tragik bagaimana Joker ini wujud. Inilah filem Joker “Origin”. Filem DC yang patut anda layan selepas AQUAMAN

Bayangkan, trailer Joker 2019 sahaja di youtube sudah mencecah 43 juta tontonan untuk satu video. Cuba tengok berapa banyak lagi video lain. IMDb , sebuah portal review filem yang agak terkenal juga memberikan rating 9.4/10 . Jaranglah IMDb beri rating lebih dari 6/10

Mesti ramai gadis yang kecewa, kenapa bukan Joker dari filem Suicide Squad ( Dua dari kanan ) yang muncul kali ini. Kerana watak dia begitu digilai ramai perempuan. Joaquin Phonenix yang memegang watak Joker kali ini (kanan sekali) berjaya bawa watak dengan begitu baik sekali. Bayangkan filem kali ini slow, tapi ramai masih menunggu & fokus sehingga habis filem – tengok2 ramai yang bagi 10 bintang untuk Joker 2019

REVIEW FILEM JOKER 2019

Abam beri rating untuk filem Joker ini 9/10. Walaupun abam adalah peminat tegar filem keluaran MARVEL, namun abam rasanya Joker keluaran DC ini disusun cantik jalan ceritanya begitu teliti. Dikisahkan bagaimana Joker (nama watak ialah Arthur : Lakonan Joaquin Phoenix) , berubah dari niat asalnya ingin menghiburkan orang sekeliling dengan menjadi badut. Namun penduduk GOTHAM CITY tidak menerima kehadiran beliau, sebaliknya membuli, memukulnya.

Joker ini adalah filem origin , menceritakan tentang kisah Joker sahaja. Sudah semestinya Batman tidak muncul dalam filem ini. Cuma ada babak Batman sewaktu muda (Bruce Wayne). Kalau korang perasan filem batman sebelum ini, dapat lihat watak Joker ni sudah tua kan ? Jadi kenalah jalan cerita Joker mula jadi terkenal sejak muda.

Ramai yang review filem Joker kali ini sedih , termasuk abam sendiri. Ada nilai-nilai murni yang boleh kita belajar selain dari teruja melihat bagaimana Joker mula membunuh dengan kejamnya. Sebab apa dia berani bunuh ? Semestinya kerana dia ada penyakit misteri. Haaa.. Spoiler la pulak

Buat yang belum menonton filem Joker, anda boleh mula terjah wayang berdekatan anda. Filem berdurasi 2 JAM 1 MINIT mula ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia dari 2 OKTOBER 2019.

Untuk yang sudah terima tiket percuma menonton filem JOKER dari BLOGGERBAR MEDIA ONLINE,  tahniah diucapkan. Banyak sungguh penyertaan kali ini. Next movie, InsyaAllah abam akan belanja lagi tiket percuma filem. Teruskan support page kami

INSTAGRAM : bloggerbar / fadzil2901

FB FANPAGE : https://www.facebook.com/bloggerbarweb

Facebook Comments
Previous MyNews Terus Melebarkan Sayapnya Di Malaysia
Next Urutan Selebriti, bayar harga SEIKHLAS HATI

10 Comments

  1. Avatar
    October 3, 2019
    Reply

    Anak dara akak ada ajak tengok citer ni..akak plak jenis x minat genre mcm ni..ada gak baca review cakap citer ni slow..kang kalau tengok buat rugi tiket je sebab x menarik kan…thanks for reviewing..boleh bg tau anak dara akak nanti

  2. Avatar
    October 3, 2019
    Reply

    Kawan-kawan saya pun ramai juga yang puji tentang filem Joker ni. Memang rasa nak tengok juga di pawagam sebab iyalah, orang kata lebih baik kita nilai sendiri daripada mendengar cakap orang semata-mata kan. hehe. Lagipun ada series DC yang menarik juga. 😀

  3. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    Alah tak tengok lagi movie joker ni. Tapi hero dia lain kan bukan dari suicide squad kan. Kalau free time memang nak layan movie ni.

  4. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    nampaknya dapat rating yang tinggi. maknanya best jugak lah tu. mungkin boleh dipertimbangkan untuk mek tengok nanti.

  5. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    best ni, boleh pi tengok

  6. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    Wow.. tinggi rating tu untuk filem ni. Kena pergi tonton la macam ni. Ada masa nanti nak tonton jugalah Joker.

  7. Avatar
    October 4, 2019
    Reply

    Suami suka movie joker. Hehe. Boleh la layan cerita ni sama. Sebab bila cakap die ada sikit misteri tu nampak macam best. Tengok trailer kena buli tu pon dah sedih.

  8. Avatar
    October 5, 2019
    Reply

    Betul joker yang gambr no 2 best..tengok muka pun dh seram..hehee..okla nanti ade masa nak tengok…spoiler sikit takpe..hehee

  9. Avatar
    October 6, 2019
    Reply

    Lama juga utk tayangan 2 jam. Tapi ramai yg bagi feedback cerita ni best ditonton. Cuma sesuai tontonanorg dewasa shj

  10. Avatar
    October 6, 2019
    Reply

    Husband duk ajak tengok jugak filem ni. Tapi tak sempat lagi nak pi tengok, hehe. Tengok la nanti next weekend kot kalau tak ke mana-mana, boleh pi tengok filem ni.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *