Review Crawl 2019 – Buruan sekumpulan buaya penuh suspen


Patutlah ramai kritik filem Crawl 2019 ni. Banyak betul unsur suspen yang buatkan abam maki sepanjang tonton filem ni. Rasanya memang director Crawl (Alexandre Aja) sengaja wujudkan banyak babak yang buatkan kita maki/kutuk , kenapa dia tak naik tangga menyorok ? Patutnya kalau dia naik awal, cerita ni boleh habis awal. Adehhhh. Overal rating filem crawl abam beri 5.5/10 .

REVIEW FILEM CRAWL 2019

Haaa. Banyak nak ulas untuk movie crawl, sang buaya/gladiator mencari mangsa buruannya. Banyak betul buaya yang muncul sekitar rumah diorang.

Filem ini mengisarkan tentang perjalanan seorang gadis yang mencari ayahnya untuk di bawa pulang dari kampung asalnya. Disebabkan berita sudah keluarkan amaran akan berlaku ribut taufan/banjir di kampung itu. Bayangkan banjir boleh naik tinggi rumah dua tingkat.

Sebab apa abam kata filem ini sepatutnya boleh habis lagi awal ? Tayangan di pawagam sekitar 1 jam 27 minit. Kalau ikut logik, buaya lebih aggresif di dalam air berbanding darat. Jadi permulaan cerita banyak peluang untuk gadis selamatkan diri seperti boleh naik tangga ke atas rumah awal-awal lagi tanpa buaya sedar.

Babak kedua, bila gadis ni cuba untuk dapatkan handphone yang tercicir . Setelah gadis ini berjaya cari, sepatutnya teruslah larikan diri untuk menyorok. Ini terang-terangan nak buat panggilan tengah kawasan bahaya. Babak ketiga yang abam geram, ayah gadis ini dah jumpa tangga sebelahnya sahaja, namun boleh pula termenung mencari anaknya dulu. Naiklah dulu selamatkan diri, setakat tengok2 anak dia bukan boleh buat apa.

Rasanya tujuan director keluarkan filem CRAWL ini berjaya juga sebenarnya. Sebab menguji kita dari duduk diam layan movie seakan bosan. Jadi sekurang-kurangnya kita tak senang duduk sepanjang movie CRAWL ni.

  • Language: English
  • Subtitle: Malay / Chinese
  • Classification: 18
  • General Release Date: 11 Jul 2019
  • Genre: Horror / Thriller
  • Running Time: 1 Hour 27 Minutes
  • Distributor: United International Pictures
  • Cast:¬†Kaya Scodelario, Barry Pepper, Ross Anderson, Anson Boon
  • Director: Alexandre Aja
Facebook Comments
Previous Review Filem Metamorphosis : Roh jahat terus menghantui
Next MyNews Terus Melebarkan Sayapnya Di Malaysia

3 Comments

  1. Avatar
    September 26, 2019
    Reply

    Baru plan nak tengok online. Tapi nampaknya dah baca review cam sengal jer jalan cerita ni baik ku tonton sambil masak atau mop rumah jer…
    Buang masa nak fokus menghayati
    sangat filem ni kannnn? HAhaa…
    Thanks sharing

  2. Avatar
    September 26, 2019
    Reply

    Sinopsis menarik. Debor lain mcm tgk trailer. Takut pun ada. Heheheheeh pape pun tq share cerita sedap² utk di tonton nanti.

  3. Avatar
    September 28, 2019
    Reply

    Seriau le nak tonton cerita macam ni, sis lebih suka cerita seram dari cerita yang mengerikan macam cerita ni. kalau gi tengok pun sebab terpaksa, tapi dalam panggung memanjang tutup mata le..hehehe

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *