Rambo Last Blood : Penutup filem rambo yang sedih


Buat peminat filem rambo sejak tahun 1982 ( Rambo 1 : First Blood) , pasti ada tertunggu-tunggu filem RAMBO LAST BLOOD. Rating abam beri untuk filem ini 9/10. Bagi abam, ia penutup filem rambo yang menarik dan seperti biasa filem rambo tak pernah mengecewakan. Last filem rambo ialah 10 tahun lepas ( Rambo 4 ). Ada juga pihak pertikai filem Rambo Last Blood tidak patut dibuat, kerana peredaran masa. Korang rasa macam mana ? Jom layan trailer Rambo Last Blood dulu

Jika dilihat dari views youtube bagi trailer Rambo Last Blood, sudah mencecah 16 JUTA VIEW bagi satu video. Ini juga petanda filem rambo masih lagi dalam ingatan peminatnya walaupun filem ini dikira agak lama. Mungkin BBNU (budak2 baru nak up) tak kenal pun siapa rambo.

Bagi yang baru ingin mengikuti filem rambo, ketahuilah ini adalah filem ganas seorang askar (komando) dalam memburu mangsanya. Banyak trik/helah yang rambo gunakan terutama di dalam hutan. Dahulu ,kita dapat lihat aksi menyorok dalam lumpur, dalam semak. Bagaimana rambo di seksa, namun filem Rambo Last Blood ini lebih ‘straight forward‘. Tidak terlalu berat & santai sahaja

REVIEW FILEM RAMBO LAST BLOOD

Jelas filem berdurasi 1 JAM 40 MINIT ini terasa begitu cepat dan singkat bagi filem rambo. Ini adalah filem ke lima rambo sejak rambo pertama 1982. Persoalanya , adakah rambo last blood adalah sekuel terakhir rambo ?

Diingatkan filem Rambo Last Blood adalah di ‘classified’ 18 SG. Aksi bunuh geng penjahat Mexico sehingga potong kepala, belah dada keluarkan jantung. Untuk yang lemah semangat, sila bawa pasangan anda bersama yee.

Cerita bermula apabila ‘anak angkat’ John Rambo pergi ke Mexico seorang diri untuk mencari ayah kandungnya. Sifat ingin tahu buatkan dia berani ke sana & klimaks juga apabila kawan lamanya Gabrielle menjualnya kepada kumpulan seludup perempuan Mexico.

Kisah menjadi lebih menarik apabila John Rambo dapat tahu kejadian ini. Terus bersiap untuk mencari anaknya. Perancangan demi perancangan dibuat oleh John Rambo untuk membalas dendam seorang diri. Dengan cara apa ? Of course kaedah lama rambo iaitu perangkap. Pisau rambo turut menjadi senjata utama rambo.

John Rambo tak tayang badan dalam sekuel kali ini seperti mana episod2 sebelumnya. Mungkin faktor usia & badan tidak tegap seperti dulu. Haa.. apa lagi ? Jom terjah pawagam berhampiran kerana baru saja di tayangkan mulai 20 September 2019 di pawagam seluruh Malaysia.

 

 

Facebook Comments
Previous Filem AD ASTRA - Brad Pitt sertai misi pencarian 'sulit' di angkasa lepas
Next Review Filem Metamorphosis : Roh jahat terus menghantui

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *