Review Movie Chhichhore – Aamir Khan Menangis Layan Filem ini


Kalau korang keluar lepas layan filem Chhichhore , korang tak menangis. Memang korang betul-betul anak jantan sejati beb. Haha. Aamir Khan pengarah, pelakon terkenal pun menangis layan movie Chhichhore ni. Filem ini antara filem wajib tonton 2019 dari abam, sebab banyak sangat nilai murni korang boleh dapat. Filem seperti ini yang tonjolkan lebih nilai murni dari pencintaan, lagi seronok ditonton kan.

Mendapat lebih 30 juta tonton di youtube sudah cukup membuktikan ramai tercari-cari filem ini. Pastinya juga ramai yang cari full movie Chhichhore di internet kan ? hehe. Jangan risau kita geng. Baru saja keluar di pawagam seluruh Malaysia pada 6 september 2019

Overall rating untuk filem Chhichhore 2019 ini abam beri 9/10. Ada juga blogger seperti Hans dari Rolla De Pelicula sanggup beri 10/10 untuk jalan cerita yang straight tanpa perlu fikir apa2. Korang yang dah tonton bagi berapa bintang ? best kan ?

SINOPSIS FILEM CHHICHHORE 

Berkisarkan tentang kehidupan pelajar asrama (kolej) engineering yang berjuang habis-habisan untuk menang acara sukan kolej mereka. Selama ini mereka (pelajar kolej H4) di gelar ‘loosers‘ oleh kolej lain termasuk kolej H3. Kehidupan pelajar baru yang seri dibuli oleh senior juga dipaparkan dalam filem Chhichhore ini. Pastinya korang yang pernah rasa pengalaman membesar di asrama, rasa dekat sangat dengan filem ini.

Namun, klimaks cerita ini ada banyak nilai ingin di sampaikan termasuklah nilai persahabatan yang kuat, tidak mengalah apabila diberi ujian, dan jaga terlalu merendahkan diri jika tak capai apa yang dihajati.

Filem ini kurang bab percintaan, menari-nari hindustan. Lebih kepada aksi nakal pelajar kolej yang sentiasa ingin tonjolkan diri. Babak lawak pun banyak , mesti korang terhibur sepanjang tonton filem ni.

Last sekali , pelakon-pelakon dalam filem ini mungkin kurang femes, tapi korang boleh layan juga. Jangan tengok pada cover, lihat pada isinya. Ceewahh.

Bayangkanlah laman web terkenal 1Mdb pun bagi rating tinggi 8.7/10 untuk filem Chhichhore . Kebiasaanya diorang paling susah bagi rating tinggi.

Teringat pula zaman matrikulasi perlis abam dulu. Ada juga contest antara blok C1,C2 & C3. Korang yang pernah lalui zaman ini ,pasti rindu & ingin balik zaman tu. hehe

Facebook Comments
Previous Mencari makanan sedap di Terengganu : BERJAYA
Next Filem AD ASTRA - Brad Pitt sertai misi pencarian 'sulit' di angkasa lepas

6 Comments

  1. Avatar
    September 13, 2019
    Reply

    Terima kasih bro share review sebegini. Sememang Naim tidak follow sangat filem Bolloywood ini. Lepas ini kena cari ..

  2. Avatar
    September 13, 2019
    Reply

    Sekarang filem hindi dah banyak yg berkonsepkan realiti kehidupan. Best. Nur suka filem hindi yg kurang cintan cintun & nyanyi joget guling2 sana sini haha. Tq abam share movie best. Bole laa tengok…

    • Avatar
      September 17, 2019
      Reply

      You make me wanted to watch this movie! It looks really interesting and the story line is unusual from the normal movie too. Thanks for the intro!

  3. Avatar
    September 14, 2019
    Reply

    mek ni dah lah hantu hindustan. kang ajak laki pegi tengok sementara still kat negeri yang ada pawagam ni. thankyou ye untuk suggestion ni.

  4. Avatar
    September 17, 2019
    Reply

    filem hindi sekarang hebat2. mesej yg cuba disampaikan sangat padu dan menusuk. tak rugi tengok. even cerita tamil semakin mendapat tempat dlm hati masyarakat kita. nanti nk tengoklah movie nie. nampak best je trailer dia

  5. Avatar
    September 20, 2019
    Reply

    belum tengok lagi. macam ramai jugak kata filem ni best. nanti boleh la nak pergi tengok. macam menarik untuk ditonton ni.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *