Mencari makanan sedap di Terengganu : BERJAYA


Bila berkunjung ke negeri pantai timur, pastinya korang akan terbayangkan makanan-makanan yang unik & sedap kan? Trip kali ini sangat sekejap, abam sempat luangkan masa mencari makanan terengganu yang viral,sedap, & harga yang murah.

Nasi dagang adalah makanan asas yang bukan sahaja penduduk tempatan minat, orang luar pun serta mat salleh pun akan sentiasa ingat nasi dagang. Banyak kedai nasi dagang di Terengganu sekarang, cuma korang kena tanya penduduk tempatan yang mana satu yang sedap.

  1. NASI DAGANG ATAS TOL : Abam sempat singgah dekat nasi dagang atas tol viral yang mungkin korang juga selalu dengar dan baca di internet. Tidak dinafikan nasi daging atas tol sedap, kuah yang manis, & campur dengan Tea Peng Madu (Teh Ais Madu berbuih) sudah cukup buatkan anda ingat akan Terengganu. Jika perut tetap masih kosong, order kerepok lekor sekali.

Selain nasi dagang, nasi lemak pun ada bagi mereka yang tidak makan nasi dagang. hehe. Nasi dagang atas tol kini sudah ada 4 cawangan termasuklah di kampung atas tol, padang negara, losong & gong badak (tok jembal). 

Sedikit tips kalau nak beli bungkus banyak di kedai ini, abam nasihatkan korang booking melalui nombor whatsapp (013-9847846). Kalau korang larat beratur macam dalam gambar , silakan. Hampir 30 minit juga beratur ni. Kedai nasi dagang atas tol dibuka mulai jam 6.30 pagi – 12 tengah hari. Namun, selalunya 11 pagi dah habis.

Mungkin ada juga berpendapat kedai ni biasa je. Banyak lagi kedai nasi dagang sedap di terengganu, cuma kurang viral & femes jela. Kalau korang tahu tempat lain, share la dekat komen.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pasar Payang Terengganu. Sekarang mungkin dikenali sebagai pasar payang 2 atau pasar payang baru.

Walaupun pasar payang 2 ini adalah sementara (2 tahun 6 bulan ) , sementara pasar payang yang asli habis ‘renovated’ . Rata-rata memang memuji keadaan pasar payang yang baharu ini kerana keadaan yang lebih bersih, lebih teratur, & cantik. Buat pengunjung seperti abam yang selalu cari makanan di sini, bangunan baru nampak cantik. Bangunan lama pasar payang lebih mengekalkan reka bentuk tradisional.

Di mana lokasi Pasar Payang 2 ? Sebelah sahaja dengan pasar payang yang lama. Pasar payang 2 (sementara) beroperasi sejak Julai 2019

Cantik kan Pasar Payang 2 Terengganu ? Mudah nak cari barang yang kita nak. Tapi….. Parking disini memang agak sukar sedikit , lagi-lagi waktu cuti sekolah. Peniaga-peniaga disini syorkan kita parking di bangunan lama pasar payang, sebelah saja dengan pasar payang 2. Parking jenis bertingkat.

Dengar kata sewa kedai disini lebih murah , jadi tidak mustahil harga barang boleh nego lagi kan ? hehe

Penat-penat berjalan dekat pasar payang, kami terus menghala ke hotel di area Gong Badak/Tok Jembal.Kawasan sini dekat dengan airport Kuala Terengganu & UMT serta UNISZA. Kami berhenti singgah di kedai keropok lekor pozi yang agak viral disini.

2. KEROPOK LEKOR POZI

Kedai keropok lekor pozi sebenarnya dah ada banyak cawangan. Kebiasaannya yang datang makan disini orang KL (sementara hantar anak masuk UMT), dan juga student-student. Keropok lekor ikan ( lebih tepung). Mungkin jika anda anak jati terengganu, anda akan cari keropok lekor lebih ikan ( warna gelap sikit).

Tengok warna keropok dah boleh tahu keropok ni lebih tepung ataupun ikan. Lokasi kali ini kami datang di Tok Jembal Kuala Terengganu. Betul-betul berhadapan dengan IPD Polis Gong Badak. Haa, nasi dagang atas tol cawangan gong badak betul-betul sebelah keropok lekor pozi. Cuma dibuka awal pagi 6.15 pagi sehingga 12 tengah hari . Bagi keropok lekor pozi dibuka tengah hari sehingga malam

Menu fevret keropok lekor pozi abam ialah keropok lekor jejari, dan cheezy. Pelik orang terengganu tengok keropok lekor ada cheese ni haha. Selesai makan keropok lekor, kami balik hotel berehat. Sesi malam pula menjelma untuk mencari makanan sedap di Kuala Terengganu.

3. MR. ADIB FOOD HOUSE

Usai berborak dengan penduduk tempatan disini , mereka cadangkan makan di kedai baru Mr. Adib Food House Tok Jembal. Kedai ni baru saja dibuka sejak bulan puasa 2019. Dulu Mr. Adib mulai jual air mango tepi jalan, tapi kini kembangkan bisnes ‘food court’ pula. Bukan kaleng2 gais. hehe

Konsep kedai Mr Adib Food House ni lebih kepada foodcourt. Jadi banyak kedai-kedai di dalam yang ada termasuklah kedai air mango yang asal di bahagian luar.

Jujur abam kongsikan makanan di sini sangat sedap & harga berpatutan. Kami datang waktu maghrib jadi tak ramai orang lagi. Paling favourite abam di sini ialah nasi lemak. Boleh dikatakan nasi lemak paling sedap pernah rasa setakat ni. Korang cubalah, kalau ada yang lagi sedap, share je dekat bawah kami serbu

Antara menu kami cuba ialah spagheti aglio olio chicken (RM8.50), spagheti carbonara, kuey tiaw sup ayam daging (RM5), & nasi lemak (RM2.50). Lepas ni wajib singgah beli nasi lemak lagi disini. Sampai sekarang tak boleh lupa rasanya. Maaflah abam memang ‘nasi lemak hunter’. haha

Sekian sahaja food hunter kami di kuala terengganu untuk sesi yang singkat kali ini. Lepas ni kita serbu tempat lain pula. Banyak lagi makanan unik disini terutamanya kuih-kuih tradisional terengganu. Roti Paung pun antara yang terkenal di Terengganu.

 

 

 

Facebook Comments
Previous Pengalaman bermalam di Hotel Concorde Shah Alam - Hotel 4 bintang
Next Review Movie Chhichhore - Aamir Khan Menangis Layan Filem ini

7 Comments

  1. Avatar
    September 10, 2019
    Reply

    Wahhh.. banyaknya tempat makan yang best kat t’ganu ni.. pernah pegi pasar payang tu sekali je.. lain kali boleh rujuk sini bila nak ke t’ganu.. senang tau mana nak makan nanti.. hehe

  2. Avatar
    September 11, 2019
    Reply

    Baru je ke terengganu sebelum ni. Ada juga makan nasi dagang, mmg sedap! Pastu pgi jugak dkt pasar payang tu. Mmg nmpk tersusun dn bersih.

  3. Avatar
    September 11, 2019
    Reply

    Tak sampai lagi terengganu ni.. Ya amlun bilalh dapat datang sini.. Banyak tempat menarik dn makann yang boleh dicuba dekat sini.. Kene masuk dalam list ni

  4. Avatar
    September 11, 2019
    Reply

    Last pergi pasar payang tu tahun 2017. Alahai rindunya terengganu. Next time pergi nk serbu lah tmpt2 yg abam cerita ni. Tak menahan baca saje. Nak pergi juga…

  5. Avatar
    September 11, 2019
    Reply

    aduhaiii menyesal bukak blog nih…tak tahan oii tengok makanan tradis ganung….teringat ingat sedapnya …nampak gaya kena plan cuti pastu food hunting ke sana…pasar payang tu yang baru ehh

  6. Avatar
    September 11, 2019
    Reply

    nak terjah terengganu weekend ni. boleh lah tengok terengganu yang baru ! kedai makan tu amboiiii. buat orang terliur.

  7. Avatar
    September 11, 2019
    Reply

    Kalau pergi travel mesti akan cari makanan sedap2. Tapi kat terengganu jarang jumpa yg tak sedap. Semua sedap-sedap. Tp yg list dekat atas ni tak pernah try lg. Boleh la try klu pergi lg.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *