IT Chapter Two – Filem badut berdurasi 2 JAM 45 MINIT


Terasa lama pula bila tonton filem horror IT CHAPTER TWO ini. Selalu orang akan rasa lama dalam wayang bila tonton filem tak best, betul tak ? Sabar, dengar dulu jalan cerita di bawah. Mungkin genre badut jahat ini ada yang berkait dengan kisah hidup anda, dan anda rasa dekat dengan penceritaannya.

Rating overall untuk filem IT : Chapter Two , abam beri 6/10. Kita patut beri credit kepada Director IT: Chapter Two iaitu Andy Muschietti. Banyak juga aksi-aksi mendebarkan sepanjang movie yang berdurasi 2 JAM 45 MINIT ini. Lagi-lagi 30 minit terakhir yang penuh tumpah darah. Filem ini 18SG ye, tolong jangan bawa budak bawah umur, dikhuatiri trauma

SINOPSIS MOVIE IT : CHAPTER TWO

Sekual kali ini adalah sambungan dari IT Chapter 1. Rasa macam terlalu dekat pula sambungan filem ini dengan sebelumnya iaitu pada tahun 2017. Kisah kali ini menceritakan lakonan budak-budak yang sama setelah 27 tahun berlalu.

Filem ini lebih kepada flashback sahaja bagi tiap-tiap budak ( 7 orang). Bagaimana Badut Jahat ini menghantui diri masing-masing sejak dari kecil. Jadi mereka kembali kali ini untuk membunuh terus. So persoalan,ada sambungan Chapter 3 pula ? hehe

Filem ini berkisarkan tentang hubungan persahabatan yang kuat. Korang yang pentingkan hubungan ‘friendship‘ , elok layan movie ni. Yang jenis ego , lone ranger. Babai. haha. Seperti IT Chapter 1, cara untuk lawan badut jahat adalah ketepikan perasaan takut dalam diri masing-masing. Itu sifat murni yang abam sendiri sedut melalui filem ini.

Apalah movie itu tanpa nilai-nilai murni yang boleh kita belajar kan ? Filem ini baru mulai ditayangkan hari ini 5/9/2019 (khamis). Selepas tayangan filem badut versi IT. Pasti anda ternanti-nanti badut versi lain kan. Joker yang mula tayangan next month 3/10/2019. Jom layan trailer di bawah. Dengar kata, ramai pengulas movie bagi rating tinggi untuk filem joker . Fuhh layannn

Facebook Comments
Previous Review Filem 47 Meters Down Uncaged - Jerung dari purba
Next Pengalaman bermalam di Hotel Concorde Shah Alam - Hotel 4 bintang

7 Comments

  1. Avatar
    September 6, 2019
    Reply

    WOW LAMANYA FILEM NI TAK APA KITA AMBIL MOOD BARU NAK PERGI TONTON HUJUNG MINGGU NI HEHEHE KITA SUKA CITE SERAM-SERAM MACAM NI NAK JERIT PUAS-PUAS KAT DALAM PANGGUNG WAKAKAKAKA…

  2. Avatar
    September 7, 2019
    Reply

    cite seram kan ni. tak berani sangat nak tengok tapi kalau ada tengok aje ni actually. hahha. kalau nak tengok kat wayang tu rasanya tak.

    • Avatar
      September 9, 2019
      Reply

      Kak mmg suka tgk cite2 seram gini tp blm pun tgk cite sblmnya nti ajak anak tgk skli

  3. Avatar
    September 7, 2019
    Reply

    Tak sempat lagi nk tgok filem ni drpd trailer nampak best. Yg sebelum ni tgok mmg best. In shaa Allah nak tgok minggu depan.

  4. Avatar
    September 10, 2019
    Reply

    Takutnya! Cerita seram memang mouse mommy tak berani tengok. Konfirm mimpi ngeri dan berasa tension.

  5. Avatar
    September 10, 2019
    Reply

    Yg pertama pun tak berani nak tengok ni dah masuk yg kedua. Mmg seram. Besar2 ni pun takut trauma sbb kita mmg seram tengok badut sampai skrg.

    Tengok pun trailer dia tu, mintak2 tak masuk mimpi. Eeeee

  6. Avatar
    Faries
    September 11, 2019
    Reply

    Wow panjangnya cerita ni. Dulu tengok yang first. Die tkot cuba sbb tengok badut ni jenis scary and banyak scene terkejut. Nak kene tgok chapter 2 ni. Thanks for the review. Tak sabarree

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *