Filem Hustle 2019 – Cara bijak untuk tipu orang


Pernah dengar perkataan “coneman” ? Pakar-pakar dalam penipuan demi mendapatkan apa yang diorang ‘aim’. Selalu kita dengar pakar coneman adalah lelaki. Dalam movie The Hustle 2019 lakonan Rebel Wilson & Anne Hathaway ini, perempuan yang mahir & expert dalam perancangan untuk menipu kemewahan lelaki kaya. Di Malaysia ada ke ? hehe

Rebel Wilson (sebelah kiri) , memang terkenal  dengan watak komedi, terdahulu di dalam filem Pitch Perfect 1,2 & 3. 

Review Filem The Hustle 2019

Filem berdurasi 1 jam 33 minit ini (agak singkat) menceritakan tentang perjalanan dua orang wanita, bagaimana mereka dapat menjalani hidup yang mewah hanya dengan mereka-reka cerita sedih supaya lelaki kaya yang mereka jumpa akan hadiahkan sesuatu sebagai hadiah. Ada juga mereka bersepakat dengan dua orang ahli pasukan semata-mata ingin menampakkan jalan cerita itu seakan benar

Bayangkan Anne Hathaway (sebelah kanan gambar di atas) , mempunyai aset & liquiditi lebih dari 25.6 Juta USD. Manakala Rebel Wilson hanya capai 500,000 usd sahaja setakat ini.  Jadi Rebel Wilson menawarkan diri untuk menjadi lebih handal dalam menipu para lelaki

Jalan cerita movie ini menarik. Abam beri 6/10 rating kerana banyak sudut mereka boleh masukkan lagi termasuk babak aksi & komedi. Korang boleh layan di online movie. Dekat mana ? Haa carilah sendiri hehe

Facebook Comments
Previous Lena tidurku guna bantal hotel 7 Bintang ni..
Next GOJEK berjaya luaskan pasaran di Malaysia

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *