Akshay Kumar berjaya mainkan watak di dalam Filem Mission Mangal


Filem berunsurkan motivasi lakonan Akshay Kumar sekali lagi tidak menghampakan peminat-peminatnya termasuk abam. Movie Mission Mangal berjaya menukar fahaman abam dari persepktif impossible (Mustahil) kepada possible (Tak mustahil). Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat (P13). Bagi orang dewasa mungkin akan lebih bersemangat mengejar impian masing-masing, manakala kanak-kanak pula kita boleh tanam cita-cita mereka untuk ke angkasa. Jom layan trailer filem Mission Mangal dulu

Filem #MissionMangal ini membangkit semangat abam yang merudum sedikit seteleh tonton filem seram hantu MAKMUM (review DISINI). Rating untuk filem Mission Mangal abam beri 8.5/10 . Filem penuh dengan cerita, lagu2 joget hindustan macam hampir tiada pun. Rare

Review filem Mission Mangal 2019

Filem Mission Mangal ini berdurasi 2 jam 7 minit adalah berdasarkan kisah benar. Bagaimana kumpulan saintis di India berusaha untuk membuktikan di dunia mereka juga mampu setaraf dengan Amerika Syarikat, Rusia & China dalam misi menghantar roket ke angkasa.

Selepas kejayaan filem Akhshay Kumar sebelum ini yang abam layan berunsurkan motivasi juga seperti The Pad Man, Toilet, Akshay Kumar sekali lagi membawa lakonan yang mantap sebagai seorang ketua saintis dalam menjayakan misi menghantar satelit ke planet Mars (Marikh). India mahu menjadi negara pertama yang menghantar satelit ke sana. Amerika & Rusia sudah mencuba 8 kali tetapi tetap gagal.

Bagaimana India boleh berjaya ? Ini adalah kerana idea giler mereka yang mulanya dipandang rendah oleh satu dunia termasuk media-media. Akshay Kumar membawa ahli pasukan saintisnya yang super junior & mula membentuk mereka menjadi “somebody’. Dalam filem ini , Akshay Kumar pantang dengar ayat IMPOSSIBLE , beliau seorang yang opportunist dalam menjayakan satu-satu impian.

Inilah dua orang saintis yang keluarkan idea diluar kotak. Idea yang tidak terlintas dek akal. Maklum tahu pengembaraan ke angkasa lepas memerlukan perancangan yang terapi, ambil masa yang lama.

Mereka cuma perlukan 2 tahun sahaja untuk terbangkan roket, dengan bajet sangat rendah. Haa, menarik tak ? Penat cerita panjang dekat sini macam full movie da. Haha.. Korang layan pulak ye, abam nak layan Filem Stuber lakonan baptista pula. Tengok trailer macam auumm je

Facebook Comments
Previous Filem Makmum , dikatakan lebih seram dari Annabelle ??
Next Lena tidurku guna bantal hotel 7 Bintang ni..

14 Comments

  1. Avatar
    August 19, 2019
    Reply

    Movie Toilet la Padman tu ada kat Netflix. Nampak promo tapi tak tengok lagi. Sekarang ni suka juga tengok filem Hindustan sebab ada mesej yang disampaikan dan movienya selalu lain dari kebiasaan movie kita.

  2. Avatar
    August 19, 2019
    Reply

    Wah macam menarik ja layan cerita ini. Lepas ini boleh cari dan download. haha

  3. Avatar
    August 19, 2019
    Reply

    Dulu cx tak suka dia berlakon. Hahah dia macam over but since tv2 haritu dok ulang tayang semua cerita lakonan dia. Terus jadi macam okay juga dia ni berlakon. Watak berjaya tanoa ragu² . Terus ok bila dia berlakon skrg. Semua cerita dia best². Watak dan jalan cerita dia hidup

  4. Avatar
    August 19, 2019
    Reply

    suka tengok dia ni berlakon. mesti best. walaupun iza bukan peminat hindustan tapi layan la jugak kadang-kadang. boleh la try tengok cerita ni pulak. nampak macam best je.

  5. Avatar
    August 19, 2019
    Reply

    akshay da berlakon citer gini ekk.
    bagus. menaikkan nama dia juga.
    better citer gini then the love story yg tak real tu.
    padman is best lah. akshay memang terbaik dlm lakonan nyer.
    and this, aida lom tgk. but boleh imagine how good he is.
    akan tgk nanti. now takde time.
    few weeks lagi, anak nak upsr. so tv memang tak brape nak on kat umah 🙂

  6. Avatar
    August 19, 2019
    Reply

    wah dah wajib masuk list untuk nonton ceta ni..thanks tuan..sat g akan cari haha 🙂 Semalam dah layan 2 movie hindustan…malam ni plan nak layan 1 je…esok akan layan ceta Mangal ni la coz dari review tuan nampak macam menarik untuk dilayan..haha

  7. Avatar
    August 20, 2019
    Reply

    Lama dah dia berlakon kan?. Suka tengok lakonan Akhshay Kumar tak kisahlah dia jadi polis ka, lelaki gila2 ka,pemabuk ka. Tapi best dan mantap lakonan dia. Boleh layan movie ni dengan suami sebab dia suka hindustan.

  8. Avatar
    August 20, 2019
    Reply

    Memg dah layn cerita padman dengn toilet.. Boleh bayngkn dekat sna punya sush bil jadi macm tu. Pergh ni cerita baru ke.. Kene lyan ni.. Mcam best je

  9. Avatar
    August 20, 2019
    Reply

    Nur suka juga cerita yg berunsur motivasi. Dan pernah juga tengok Pad Man di TV2 dengan ayah mertua. Sanggup tidurkan anak kejap, lepastu sambung layan sampai habis cerita tu tengah malam. Boleh laa tengok cerita Mission Mangal ji pulak. Mesti best. Tq abam 🙂

  10. Wah dah lama jugak saya tak layan filem hindustan terbaru. Nampak mcm best je dripda trailer tu. Nak kena bgitau satu family ni sbb semua layan hindustan.

  11. Avatar
    August 20, 2019
    Reply

    waaah, akshay kumar ni dah start buat filem luar kotak. bagus bagus. padman dengan toilet tu mek dah tengok and ianya memang bawa india keluar dari apa yang ad sekarang (walaupun ianya hanya filem). Tapi itu berdasarkan kisah benar juga kan. tak sabar nk tengok yang baru ni pulak.

    • Avatar
      August 21, 2019
      Reply

      Memang movie Hindustan best. Dengan gambar dan lokasi mereka yang cantik. Idea cerita yang adakalanya di luar kotak. Cerita ni pun macam best je.

  12. Avatar
    August 20, 2019
    Reply

    Okay pasni nak cari lah tajuk ni…Marsha memang fan of akshay kumar ni. Banyak cerita dia menjadi….rasanya semua diadaptasi dari kisah benar masyarakat disana. Memang layan…

  13. Avatar
    August 27, 2019
    Reply

    well, siapa yang tidak kenal akshay kumar. memang hebat dalam dunia perfileman. suka tengok dia berlakon. smart ! maybe sebab dia tegap dan tinggi kot. nanti nak tgok lah movie nie.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *