Filem Makmum , dikatakan lebih seram dari Annabelle ??


Jangan tonton filem Makmum ini sorang2 , kerana dikhuatiri anda fobia nanti. Filem Makmum dari Indonesia ini baru saja mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 15/8/2019. Jadi peminat2 cerita hantu/mistik, movie Makmum ini mungkin boleh jadi pilihan anda. Filem yang padat dengan unsur suspen ini,diselitkan sedikit saja unsur humor(lawak) buatkan anda kekal suspen sehingga akhir movie

Lepas ternampak review ini, abam terus order tiket Filem Makmum 2019 & tonton di MMCineplax E-Curve Damansara. Laju kan ?? hehe. Sabrina di atas beri review 10/10. Tapi abam beri 7/10 untuk filem ini. Sebab apa ? Durasi filem 1 Jam 35 minit sahaja, terlalu singkat untuk menghantui abam. Namun abam boleh suggest korang untuk tonton di wayang. Jangan download,baru feel bila ramai-ramai menjerit

Review Makmum The Movie 2019

Mengisarkan tentang 3 orang pelajar perempuan (asrama) yang tidak pulang ke rumah semasa musim cuti sekolah. Dek kerana pelajar lain yang sudah pulang, mereka makin kerap diganggu oleh hantu makmum. Kenapa namanya hantu makmum ? Ia muncul tiap kali kita solat seorang diri, akan dapat suara makmum yang muncul tiba-tiba dari belakang. Namun kali ini muncul kerap pula, sehingga merasuk pelajar2 sekolah

Watak antagonis dimainkan oleh pengetua baru mereka iaitu Cikgu Rossa ( boleh tahan lawa). Pelajar-pelajar itu seakan dibuli oleh pengetua dengan alasan ingin mendisplinkan mereka.

Ada sedikit plot twist di dalam Makmum the movie 2019, unsur ganas (18sg) sedikit di bahagian hujung, unsur komedi sedikit, & tiada unsur percintaan/18sx.

p/s : tak faham kenapa ada yang komen mengalahkan annabella & munafik. Bagi abam filem paling seram setakat ni masih lagi chucky the movie.

 

 

Facebook Comments
Previous Hotel Meria Shah Alam RM30 satu malam, tapi....
Next Akshay Kumar berjaya mainkan watak di dalam Filem Mission Mangal

1 Comment

  1. […] Filem #MissionMangal ini membangkit semangat abam yang merudum sedikit seteleh tonton filem seram hantu MAKMUM (review DISINI). […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *