Hotel Meria Shah Alam RM30 satu malam, tapi….


Korang pernah check in hotel, satu malam RM30 ? Haa mesti tak pernah kan. hehe. Sebagai seorang yang kaki ‘check in’ hotel ( bunyi jahat la pulak). Setiap minggu InsyaAllah akan check in atas urusan kerja ye, cuma abam akan pastikan hotel berbeza, sebab sambil-sambil nak merasa hotel yang lain pula. Kali ni abam nak share pengalaman bermalam ni Hotel Meria Seksyen 13 Shah Alam

Haa. Buat yang tertanya-tanya macam mana abam dapat harga RM30 semalam tu, meh sini nak share. Hotel Meria Seksyen 13 Shah Alam kini di kendalikan di bawah OYO Hotel. Jadi korang boleh booking Hotel Meria ni melalui apps Booking.com,Oyo Hotel apps & Agoda. Kena rajin bandingkan mana yang ada promosi ye. Kebetulan OYO buat promosi RM30 satu malam di mana-mana hotel OYO, jadi abam pilih OYO 812 Hotel Meria. Bulan lepas abam check in satu malam RM7 sahaja melalui apps OYO. Boleh refer post yang ini – KLIK SINI

Buat yang terlepas dapatkan promo dari OYO, korang boleh direct walk in juga ke Hotel Meria. Harga pun masih reasonable & murah juga bagi hotel di Shah Alam

Antara kelebihan Hotel Meria Shah Alam Seksyen 13 SHAH ALAM,

  • Lokasi strategik (Kedai Makan malam (Lord 13) & breakfast (Warung Lebai Dollah) dekat – 2 minit perjalanan kaki)
  • Restoran KFC, Burger King, Giant, Masjid sekitar 1-2km
  • Shopping mall (Aeon, Tesco) 2-3 km
  • Berdekatan dengan MSU university, Kolej Ptpl (sesuai untuk majlis convocation/kenduri)
  • Golf Club/Perpustakaan Shah Alam (lawa giler) – Belakang hotel , perjalanan naik kereta/grab 5-7 minit

Restoran Lord 13 Seksyen 13, Shah Alam. Bersebelahan sahaja dengan Hotel Meria

Restoran Lord 13 ini selalu penuh dengan student2 dari MSU, PTPL. Family pun ramai yang makan disini (Tak kira bangsa ada datang). Range makanan pun berpatutan sekitar RM10 sahaja untuk satu2 plate. Gambar di atas antara top sales mereka – Nasi Lemak Sizzling Butter Chicken & Nasi Lemak Sizling Chicken Chop.

Untuk makan malam, anda mungkin boleh cuba Steak House Seksyen 13 Shah Alam . Femes juga bagi penduduk Shah Alam. Chicken Chop & Lamp Chop disitu memang terbaik & lembut isinya

Pilihan untuk breakfast di Seksyen 13, Shah Alam

  1. Antara pilihan fevret abam, Warung Lebai Dollah – Jalan kaki dari Hotel Meria 2 minit sahaja
  2. Nasi Lemak Cinta Sayang pun ada di Seksyen 13, betul2 berhadapan Masjid Seksyen Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam
  3. KFC & Burger King seksyen 13 dibuka 24 jam. Mungkin jika tekak anda nak cuba makanan ala barat gituw

Meh sini abam nak kongsikan pula kekurangan yang abam dapat lihat sekitar menghinap di Hotel Meria Shah Alam.

  • Hotel yang tidak berapa kedap bunyi. Boleh dengar perbulan orang di bilik sebelah
  • Ruang bilik yang terlalu sempit ( Nak solat elok pergi ke surau yang disediakan oleh pihak hotel)
  • Kunci bilik by key (agak kurang safety kerana lock door gunakan kunci manual ,tidak guna kad), jadi pilihan yang anda ada boleh lock guna selak dari dalam
  • Parking tidak disediakan oleh  Oyo 812 Hotel Meria, jadinya anda kena bayar extra untuk parking di dalam. Elakkan parking di luar kerana keadaan disitu pada malam agak sunyi. Sediakan duit extra ye untuk parking. Berbeza dengan Hotel OYO Seksyen 9 Shah Alam, mereka ada sediakan parking betul2 berhadapan dengan hotel

Sekian bebelan abam untuk kali ini. Next week abam review hotel di tempat lain pulak ye. Jika korang ada cadangan hotel yang menarik di Malaysia, boleh kongsikan di bahagian komen. See yaaa !

Facebook Comments
Previous MarryBrown PERTAMA di Rawang gais
Next Filem Makmum , dikatakan lebih seram dari Annabelle ??

10 Comments

  1. Avatar
    Marina
    August 17, 2019
    Reply

    Okla hotel oyo ni. Harga berbaloi dengan service dan facilities dia.

  2. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    happy that you are sharing this, shall let my friends to know too. Do they have the family room too as my friends some has family to bring along.

  3. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    Dah terbiasa dah guna hotel murah coz kerja selalu kat luar. Dulu selalu dapat rate rm30 je untuk hotel bila keja luar. La ni rate dah naik da p rm60 so dapat la hotel yang selesa sikit. Biasanya hotel ni jadi tempat tido je coz keluar keja awal pagi balik pula lewat malam. Biasalah kan kalau keja dengan company.

    • Avatar
      August 18, 2019
      Reply

      Murahnya harga hotel ni. Berbaloi dengan apa yang dapat. Cuma bab keselamatan tu tak boleh amik enteng kan. Kena consider juga kalau dtg sengsorang.

  4. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    Terima kasih share satu tempat yang menarik untuk menginap. Dan makanan pun sedap2 kalau perut lapar lepas ini

  5. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    wa Hotel Meria Seksyen 13 Shah Alam is affordable price! Nice for ppl travelling to Shah Alam. Like that the place is near to eatery.

  6. Avatar
    August 18, 2019
    Reply

    kita pon selalu jugak guna oyo ni kalau ke KL. Tp tengok tempat jugak. btw memang murah guna oyo ni.

  7. Avatar
    August 18, 2019
    Reply

    Wahhh murahnya! Actually utk merehatkan badan i tak kisah pun tdo hotel camni. Pulak2 kalo ada kursus yg perlukan tempat tggl semata2 utk rehatkan badan

  8. Avatar
    August 18, 2019
    Reply

    AM pun penah menginap dkt hotel Oyo area sri rampai.. Masa tue time kena handle event smggu d area berdekatan.. Jadi pilihan stay di Hotel Oyo bertepatan sbb AM xperlu drive ulang alik ke rumah.. Jimat masa n harga berpatutan.. Mmg berbaloi..

  9. Avatar
    August 27, 2019
    Reply

    wow! murahnya harga dia!! deko pun nampak ok… selesa ni bila time bercuti utk jimatkan bajet.. x kisah janji bersih… nanti kalau gi sana boleh timbangkan stay kat sini… tq share

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *