Review Filem Parasite 2019 – Filem korea yang bijak


Filem korea pertama yang abam layan dari awal sampai habis tanpa mengantuk. Overall jalan cerita yang menarik, walaupun agak slow. Namun director Bong Joon-Ho berjaya membawa filem ini ke taraf international. Filem ini diterima baik di seluruh dunia setakat ini, turut memenangi award Palme d’Or di Cannes. Abam beri rating filem parasite ini 7/10. 1mdB rating untuk filem ini pula 8.6/10 (agak tinggi tu)

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada hari ini 15/8/2019. Jadi korang boleh lock sudah jadual korang untuk tonton filem parasite 2019 ini. Sejujurnya memang abam tak minat sangat dengan korea2 ni, muka diorang pun lebih kurang sama je semua, susah nak bezakan huhu

Filem Parasite 2019 ini berdurasi 2 jam 12 minit. Antara pelakon yang menjayakan filem Parasite 2019 ini ialah Song Kang-ho, Lee Sun-Kyun, Jo Yeo-jeong, Choi Woo-Shik, Park So-Dam. Watak yang cool abam beri kepada Lee Sun-Kyun (sebagai Mr. Park). Watak ini pasti digilai wanita di luar sana. Watak antagonis pula abam pilih Song Kang-ho (Mr Kim). Beliau memainkan watak sebagai ayah keluarga miskin di bandar.

SINOPSIS FILEM PARASITE 2019

Baiklah, abam kongsikan sedikit sahaja ye, sebab abam nak korang layan cerita ni betul-betul. Nama pun parasite, bermaksud binatang yang suka tumpang di sebalik binatang yang lain. Jadi filem ini juga memaparkan kehidupan keluarga miskin bandar yang selalu menumpang disebalik kesenangan orang lain. Paling mudah abam bagi contoh , mereka tumpang wifi rumah/kedai orang lain (boleh tengok di trailer)

Kemudian mereka dapat peluang untuk menumpang kesenangan orang kaya bandar iaitu Mr.Park & keluarga. Jadi mereka merancang sehabis mungkin supaya plan mereka berjalan dengan lancar untuk mereka sekeluarga.

Filem ini ada unsur 18sx,18sg sedikit di tengah-tengah & hujung cerita. Ada juga mereka ceritakan cara kehidupan mereka di Korea Selatan. Bagaimana mereka di sana survive untuk teruskan kehidupan, dengan peluang pekerjaan yang susah dicari. Dikatakan dalam filem itu juga, 500 ribu graduan keluar belajar pun belum tentu terima pekerjaan. Ada diselitkan juga keadaan Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan tentera & senjata nuklear.

Filem best lain untuk minggu ini

  1. Boboiboy The Movie 2 (review klik SINI )
  2. Once Upon A Time in Hollywood ( Baru release 15/8/2019, lakonan –  Leonardo DiCaprioBrad Pitt, Margot Robbie)
  3. Dora and The Lost City of Gold
  4. Line Walker 2 : Invisible Spy

 

Facebook Comments
Previous Ayam Goreng 3X Pedas buatkan aku murung sepanjang hari
Next MarryBrown PERTAMA di Rawang gais

12 Comments

  1. Avatar
    August 15, 2019
    Reply

    the film looks great, worth to watch it… nice review… i like korean film… haven’t watch this one though.. gonna watch it..

  2. Avatar
    August 15, 2019
    Reply

    suka filem or drama korea. cerita ni bukan cerita hantu kan haha sebab tak layan cerita2 hantu ni.. dari rating 1mdB bagi tu, so cerita ni mesti menarik juga la.. mesti kena layan cerita ni!

  3. Dah lama jugak saya tak layan movie Korea. Dulu2 ada jugak tengok cerita Korea. Dari sinopsis nampak menarik cerita ni. Bolehlah saya tengok nnti dkt pawagam, nice review.

  4. Avatar
    August 15, 2019
    Reply

    Kalau movie dari negara Korea , secara jujur Naim tidak berapa minati sangat. Akan tetapi dengan review akan cuba mencari selepas ini. Terima kasih ya

  5. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    tak pernah tonton lg cerita ni.. mcm best pulak! lama dh ni x tengok film korea… nnti ada masa nak tengok jugalah.. TQ sbb share

  6. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    Pergh tak suka parasite macam ni..sukati tumpang ambil kesempatan..hahaa..boleh ditengok ni..walaupun jarang tengok drama korea

  7. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    kena layan cite nie nampaknya…jarang juga k mid layan cite korea nie tapi cara abam bagi rating tue membuat k mid teruja pulak nak gi tengok :))

  8. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    Nak kena tengok ni. saya ni memang minat dengan filem bergenre macamni. nak nak kalau filem korea kan. tak pernah mengecewakan.

  9. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    Haha dah lama tak layan movie korea ni..baru semalam dapat download satu movie korea coz rasa lama sangat dah tak tengok. So, dengan adanya review ni bolehlah tambah list cite korea apa yang nak dilayan lepas ni 🙂 Thanks reviewnya ya..

    • Avatar
      August 18, 2019
      Reply

      hehe..download la jugak pirates ni. dh keluar online

  10. Avatar
    August 22, 2019
    Reply

    Lama tak tengok movie Korea. Nampak jalan cerita movie ni menarik dengan pelakon yang hebat. Kalau free memang lia nak layan lah movie ni.

  11. […] Review Filem Parasite 2019 – Filem korea yang bijak […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *