MarryBrown PERTAMA di Rawang gais


Fuhh. Gembira tak terkata-kata bila ada restoran ‘fastfood’ area hulu Rawang iaitu di Sungai Choh Rawang ini. Bagi penduduk sekitar Sungai Choh seperti abam yang tinggal di serendah, pembukaan restoran MarryBrown ini sedikit sebanyak membahagiakan perut-perut kami.hehe

Boleh dikatakan perancangan MarryBrown di Rawang sangat strategik iaitu di jalan utama menghala ke Sungai Buaya, Bukit Sentosa/Bukit Beruntung. Ia terletak betul-betul di Caltex Sungai Choh. Semestinya kemudahan parking yang luas disitu akan menyenangkan pelanggan2 yang ingin menjamu selera.

Senang kan nak cari MarryBrown di Caltex Sungai Choh Rawang. 5 minit perjalanan dari Sungai Buaya, 10 minit dari Serendah & dari bandara rawang juga 10 minit perjalanan.

MarryBrown Rawang baru sahaja dirasmikan pada hari ini iaitu 15/8/2019. Jadi sempena pembukaan MarryBrown pertama di Rawang, mestilah ada promosi kan ? Itu yang ditunggu-tunggu juga sebenarnya.

PROMOSI SEMPENA PEMBUKAAN MARRYBROWN DI RAWANG

  • PERCUMA Nasi Marrybrown untuk 100 pelanggan pertama – 15/8/2019 (Khamis)
  • PERCUMA Burger Ayam untuk 100 pelanggan pertama – 16/8/2019 (Jumaat)
  • PERCUMA Satu ketul ayam crispy untuk pelanggan pertama

Tunggu apa lagi ? Cepat jadi yang terawal untuk rebut promosi ini. Syarat  untuk dapat promosi diatas semestinya kena beli apa2 menu dari Marrybrown dulu ye

Untuk yang terlepas tiga hari promosi MarryBrown di atas, boleh dapatkan kupon vaucer ini di stesen Caltex Sungai Choh atau MarryBrown Sungai Choh itu sendiri. Ini pun limited,sementara stok masih ada.

Antara menu yang menarik perhatian abam di MarryBrown Rawang ini ialah ayam crispy MarryBrown, Burger Ayam MarryBrown, dan juga bubur ayam. Untuk peminat masakan korea, boleh cuba MB Korean Sensasi. Barulah feel ala-ala korean gitu (anasayor)

Sekitar perasmian oleh CEO MarryBrown iaitu Dato’ Joshua Liew

Facebook Comments
Previous Review Filem Parasite 2019 - Filem korea yang bijak
Next Hotel Meria Shah Alam RM30 satu malam, tapi....

16 Comments

  1. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    wah. ke sana juga ye.
    ramai rakan blogger yg attend.
    lama sudah x makan2 di marrybrown.
    dulu, less than 10 minit da tiba marrybrown di melaka mall.
    now, no more lah, da jauh.
    sedap.
    harga pun ok.
    paling anak2 suka sebab ada kerusi buaian. tu yg selalu gi tu.

  2. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    Nice. Dah ada di Rawang, choice baru untuk mereka2 di Rawang tu. Promosi tu macam best je. Cepat2 orang Rawang serbu Marrybrown!

  3. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    Uwahhhh esok last dapat free dgn setiap pembelian laaa. Rugi ni nak grab offer ni. Nur suka MB punya coslow / vegetables salad compare to atok rambut putih punya coslow. Hehe tetiba tekak nak makan coslow MB pulak. Boleh laaa singgah MB nanti 😍

  4. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    Marry Brown ni macam dah tak banyak je tengok. Bagus la dah bukak dekat rawang. Makanan dia sedap je tapi mungkin sebab terlalu banyak fast food yang lebih power marketing. Teringat pulak masa first dating pergi Marry Brown dekat melaka.

  5. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    so long didn’t eat in marrybrown d… but kind of far leh, this branch.. hope they open more branch in near future..

    • Avatar
      August 16, 2019
      Reply

      Tahniah marrybrown untuk cawangan terbaru kat Rawang.

      Wahh. Hari ni siapakah yang bertuah dapat burger percuma tu. Untuk 100 terawal.

      Lama dah Ruby tak makan marrybrown ni. Mungkin boleh singgah lagi lepas ni

  6. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    Ia menjadi tempat utama para mayarakat setempat selepas ini, ia kan memberi kesenangan jika orang ramai tidak sempat masak hehe

  7. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    Terkejut tadi tengok ingat Taufik Batisha tengah Selfie tadi wakakakaka… Best lah orang Rawang hari-hari makan Marrybrown lepas ni hehehe kita suka set nasi Marrybrown tu sedap…

    • Avatar
      August 18, 2019
      Reply

      haha.. jangan mcm2 bro. taufik2

  8. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    Syoknya dapat makan ayam goreng MB. Free pulak tu sempena pembukaan cawangan ni. Untunglah orang2 rawang kan leas ni boleh jadi port lepak lah nampaknya. Besar tgk outlet baru ni

  9. Avatar
    August 16, 2019
    Reply

    wah seronok la orang Rawang ada MarryBrown dekat kawasan rumah. BBL sendiri kadang-kadang suka datang makan ayam goreng kat sini. Harga murah & crunchy kulit ayam tu. tahniah MB semakin berkembang maju

  10. Tahniah untuk cawangan baru ni. Setakat ni saya belum pernah lagi ke mana2 cawangan Marry brown. Teringin jugak sebenarnya, tpi mcm susah nk cari. Bolehlah singgah kt sini nnti.

  11. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    Tahniah marrybrown atas pembukaan cawangan terbarunya di rawang..lepas nie da tak payah nak pergi makan jauh2, dekat sini da ade..sambil2 isi minyak keta, sambil makan..

  12. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    rawang, nama daerah yang akan sentiasa di ingatan. tinggalkan rawang dulu dengan kewujudan aeon. sekarang mungkin dah pesat membangun.

  13. Avatar
    August 17, 2019
    Reply

    sedapnya marry brown…. lama dh tak makan ni.. aduh terliur plak bila tgk… bestnya ada cawangan kat sana… kat tempat sis ni susah sikit. jauhhh

  14. Avatar
    August 19, 2019
    Reply

    wahhh akhirnya marry brown boleh dinikmati di rawang…kita suka ayam greng dia sbb sedap dan lain drpd lain…so turun rawang nanti blhlah singgah

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *