BoboiBoy Movie 2 2019 sangat mencuit hati penonton


Fuh. Penuh pawagan TGV Rawang kali ni beb. No wonder la filem Boboiboy Movie 2 berjaya meraih RM1.18 juta pada tayangan HARI PERTAMA sahaja. Tahniah diucapkan kepada pengarah encik Nizam Abdul Razak kerana berjaya membuat Malaysia sekali lagi berbangga kerana mengeluarkan filem animasi yang tertaraf antarabangsa.

Update : Sehinga hari ke lima tayangan boboiboy the movie 2, mereka telah berjaya meraih RM9.9 Juta beb. Mahu pecah rekod lagi ni. Kipidap

Rating abam beri untuk filem Boboiboy 2 kali ini 8.5/10. #1mDb pun memberikan rating tinggi 8.2/10 . Mengikut statistic google search, 97% penonton menyukai filem ini.

Ini situasi di TGV Rawang pada 13/8/2019 (selasa). Meriah betul dengan lautan manusia. Tempat korang pasti lagi ramai kan ? Alang-alang tengah cuti sekolah seminggu, boleh la bawa sekeluarga untuk menonton filem #boboiboy2 ni. Selain filem ini, mungkin boleh layan Dora and The Lost City of Gold, Fast & Furious Hobbs & Shaw, dan jua Line Walker 2 seperti menarik perhatian abam juga.

Baiklah sedikit komen tentang Boboiboy 2 2019 ini, filem berdurasi 1 jam 50 minit ini penuh gelagat mencuit hati seperti Gopal, gelagat Kebenaran & anaknya. (Kebenaran memang takut bini – tagline).

Bila menonton filem Boboiboy, kita sudah terbayangkan aksi pertarungan kan ? Macam biasa bertarung di angkasa demi menyelamatkan misi & kawan-kawan mereka. Hebat boboiboy ni, kecil2 dah berkerjaya. Jeles abam tengok , zaman kecil mereka dulu masih main beyblade, gasing, daun terop. huhu

Untuk mereka yang merancang nak bawa family, eloklah datang awal. Atau cara paling senang korang booking online siap2 dekat www.tgv.com.my @ menggunakan applikasi TGV. Terpulang mana2 cinema yang korang nak serbu. Abam tengok tiket jam 7 pagi (untuk movie jam 11 pagi) pun dah hampir separuh penuh , terus beli online. Masuk pawagam dah penuh daa

Antara filem animasi Malaysia yang abam minat Boboiboy, Ejen Ali, Upin Ipin. Terasa bangga pula jadi rakyat Malaysia haha.

P/s : Bila masuk pawagam tonton filem boboiboy, jangan nak harap senyap la dalam tu. Konfirm penuh dengan budak-budak. Just  enjoy the film okayyy

Facebook Comments
Previous Ayam KFC Green Chili Crunch kalah dengan mcD
Next Pengalaman bermalam di Extreme Boutique Hotel Kluang Johor

6 Comments

  1. Avatar
    August 14, 2019
    Reply

    wah! baru berkesempatan nak cuba. harap incik asben sudi bawa kita nanti. dengar kata dah dapat rating kutipan tertinggi kan.

  2. Avatar
    August 14, 2019
    Reply

    sangat …anak2 sampai nak tengok lagi sebab katanya best sangat dan kelakar …nanti mungkin nak pergi jugak …

  3. […] BoboiBoy Movie 2 2019 sangat mencuit hati penonton […]

  4. Avatar
    August 15, 2019
    Reply

    alamak, macam kena bawak je budak budak ni pegi. rating lebih tinggi compare to the lion king.

  5. Avatar
    August 15, 2019
    Reply

    anak anak sis pun dah sibuk tanya bila eh boleh tgk movie ni? amboii senang ne diaorg tanya.. kiki.. tapi x leh ckp apa la dh nama pun kanak2 kan.. mmg kena la movie cm ni ngan diaorg..

  6. Avatar
    Ivy
    August 15, 2019
    Reply

    Thanks for the intro… will bring my naughty nephew to watch this Boboiboy… I think he will like it since he is into this type of cartoon now

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *