Percutian ke Hat Yai, Thailand yang awesome


Setiap kali berbual tentang trip ke Thailand, pastinya ramai terbayangkan tempat urut, kan ? Tidak semestinya juga. Di Thailand, mereka juga terkenal dengan pelbagai eco-sistem yang terjaga (natural beauty) , makanan yang unik2 & boleh dikatakan makanan mereka agak murah.

Trip #teambloggerbar kali ini, kami sempat meluangkan masa 3 hari 3 malam di Thailand. Boleh dikatakan masa 3 hari agak singkat untuk menjelahi satu-satu bandar di Thailand. Selain Hat Yai, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk ke Krabi (keadaan pulau yang sangat cantik & terjaga), bagi anda yang minat membeli-belah, mungkin boleh ke Bangkok & Phuket.

Oh ya, untuk masuk sehingga ke Hat Yai,Thailand. Ada tiga jalan sebenarnya. Melalui bukit kayu hitam, padang besar & lagi satu ialah Wang Kelian (jalannya agak gelap). Kami memilih jalan melalui bukit kayu hitam. Stay Tuned !!

Tips Berjimat di Thailand

Tukar matawang Malaysia RM anda ke Thai Bath siap2 sebelum masuk ke sana. Di sana jika baru nak tukar, anda akan membayar lebih mahal. Antara tempat yang di rekemen untuk money changer

  • Mid Valley
  • Aeon Shah Alam
  • KL Sentral
  • 1 utama mall

Sedikit tips untuk berjimat, tukar sekadar keperluan sahaja contoh RM300 pun memadai. Takut dekat Thailand anda rambang mata tengok banyak barangan unik untuk di bawa pulang.

Anda juga boleh gunakan kad debit (big pay)- by air asia . Tidak perlu aktifkan pembelian di luar negara, boleh terus berbelanja di kedai yang ada mesin kad debit ( contohnya 7 eleven). Banyak makanan halal boleh anda dapatkan di 7 eleven sini. Boleh rujuk gambar di bawah. Benefit paling ketara gunakan kad debit #bigpay ialah anda membayar ikut nilai mata wang semasa, tanpa processing fee. Jadi jika dikira balik ,jimat . Tak perlu bayar fee di money changer

Perjalanan ke Hat Yai melalui Bukit Kayu Hitam

Anda perlu melalui pekan Danok dahulu sebelum tiba di Hat Yai. Jarak perjalanan adalah lebih kurang jika anda melalui bukit kayu hitam mahupun padang besar, iaitu sekitar 40 minit-1jam perjalanan. Menaiki van yang disediakan mereka di seberang

Jadi kami memilih untuk berhenti sebentar di Danok semalam di HE JIA GRAND HOTEL. Hotel ini agak murah sebenarnya dengan bayaran RM90 semalam sahaja boleh dapat 3 katil.

Cantik kan gambar hotel ni ? Gambar bilik tak sempat snap sebab masing-masing excited masuk & berehat.huhu.

Untuk pengetahuan korang juga, pekan Danok tak ada tempat menarik pun untuk dikunjungi . Selain dari taman dinosour (yang korang boleh singgah icity Shah Alam) pun ada. Danok memang penuh dengan tempat urut, pelacuran, disko & pub.

Tak perlu cari pun (selain look around wechat) , ada bapak ayam yang akan meronda naik motor offer dekat korang. Jadi malam itu selepas kami cari makanan halal untuk dinner, kami terus pulang ke hotel. Tidur seawal jam 9 malam beb. Fuhh

Jika anda memilih untuk terus ke Hat Yai, selepas melalui imegresen Thailand, anda akan jumpa 7-eleven yang pertama di sebelah kiri anda. Disitu akan ada van shuttle terus ke Hat Yai. Kos 60bath (RM8) untuk perjalanan hampir 1 jam. Kira ok lah kan.

Oh ya, kami parking kereta di kompleks bebas cukai sebelah imegresen Malaysia. Cas hanyalah RM15 semalam. Jika anda pilih untuk membawa kereta, buat insurans kereta di Pekan Changlun siap2 (tak sampai RM50), dan isi minyak kereta penuh2 (harga minyak di Thailand mahal)

 

Bermula lah perjalanan kami dari pekan Danok ke Hat Yai 2 hari 1 malam

Untuk mereka yang berkerja & susah ambil cuti. Boleh la travel weekend sahaja (sabtu & ahad) seperti bakal travel partner kami kali ini. Baru sahaja berjumpa di Hat Yai, terus on the spot plan tempat yang nak di tuju. Niat asal nak jimat naik tuk2, jadi kami plan la naik sekali ke destinasi.

Tuk-tuk (teksi) yang kami dapat agak besar & cantik. Kami dapat pula driver ni , uncle yang tidak berkira. Korang boleh cari teksi nombor 954 di sana. Hati-hati dalam memilih tuk2, banyak kes kawan abam yang kena tekan harga agak tinggi taw. Korang kena pandai nego sampai dia tak nak bawak korang.hehe

Jadi trip kami pada hari sabtu adalah di Floating Market, Asean Night Bazaar Hat Yai & Lee Garden.Setiap satu tempat kami habiskan masa sekitar 1jam 30 minit. Itu pun lewat malam baru kami dapat pulang ke Hotel (trip bermula jam 4 petang)

Floating Market Hat Yai

Tips belanja di Floating Market – Makanan di sini harga agak mahal jugak, tetapi unik. Anda dapat cuba pelbagai masakan disini. Niatkan datang sini sekadar merasa makanan, nak makan kenyang2 di tempat lain. Mungkin korang boleh beli makanan satu jenis untuk kongsi sahaja.

Untuk masuk di floating market tiada bayaran. Bayar hanya bila anda nak makan sahaja. Seterusnya kami ke Asean Night Bazaar Hat Yai. Disini boleh dikatakan syurga membeli-belah (aras bawah) , dan syurga makanan (aras atas). Kedai disini buka sehingga 11 malam sahaja (10 malam dah start tutup)

Pastikan korang pandai nego harga disini. Kalau rasa mahal, jalan je banyak lagi kedai sekitar situ.

Asean Night Bazaar Hat Yai (aras bawah)

Asean Night Bazaar Hat Yai (aras atas)

Inilah travel partner kami kali ini. Suddenly terserempak sahaja. Aida, Nadia, Dieja Kosmetik, Fuad, Faisal, Fadzil. Jangan cuba nak takle yer, mereka sudah berpunya haha.

Last tempat kami kunjungi untuk hari sabtu malam ini adalah ke Lee Garden Plaza

Lee Garden Plaza – kurang menarik

Tidak banyak kedai yang dibuka disini , namun tetap ramai pengunjung. Ramai pelancong memilih untuk menghinap sekitar Hotel Lee Garden Plaza. Kerana ia betul-betul tengah bandar. Banyak tempat boleh lawati, rumah urut pun banyak disini berserta disko. Jadi betullah perancangan kami ambil hotel jauh sedikit dari bandar Hat Yai . Kami menghinap di B2 Hotel (hotel baru juga). 1.5km dari bandar hat yai.

Muka masing-masing agak borink di sini. Tapi boleh la layan sebab ada starbuck,mcdonalds disini. Cuma tak pasti halal atau tidak. Fuad kata kalau yakin makan saja huhu.

Kami pulang terus ke hotel (singgah di kedai tomyam, tapi tak berapa sedap). Sekitar 11 malam banyak kedai dah tutup. Jadi kami singgah di 7-eleven untuk beli makanan untuk dikunyah. Pastikan cari yang ada tanda halal & jangan ragu2.

Air Thailand seperti Thai Tea, Expresso & Coklat antara yang memikat hati, Sedap & manis. Tak boleh diet la kalau ke Thailand ni. Nak juga merasa makanan thailand, join je Thai Feast di Malaysia. Makanan agak pedas. Burger CP menjadi pilihan kami. Sejuk beku, minta cashier panaskan sahaja

Thai Tea = 40bath, burger ayam cheese= 40 bath. Sedap boleh tahan, seperti burger mcd.

Keesokan harinya (ahad) , kami bangun awal sekitar jam 8 pagi sudah bertolak.huhu. Kami menuju ke Dim Sum Chabura  yang pernah viral juga. Selepas itu melawat Masjid Songkla (Alhamdulillah).

Dimsum Chabura HatYai

Dimsum Chabura ni ramai juga pengunjung. Sekadar nak merasa boleh la. Tak boleh lawan dimsum original di melaka (lupa nama kedai). Selain dimsum, ada juga disediakan makanan berat seperti nasi kerabu (boleh try), nasi patkapau (ayam/daging cincang), dan lain2. Seorang habis 200bath juga disini.

Settle makan, terus kita menuju ke jalan yang betul, Masjid Songkla Hat Yai. Reka bentuk seakan taj mahal veris Thailand. Nak datang ke sini elok bangun awal pagi. Kalau tak, merasa la panas macam kami.huhu

Masjid Songkla Thailand

Cantik kan masjid songkla Hat Yai Thailand ni. Sejuk mata memandang. Siapa kata datang thailand ada kedai urut je. Haa kan banyak benda menarik untuk teroka. Next trip kami akan ke phuket/bangkok pula. Yang penting aktifkan dahulu kad BIGPAY anda. Next posting abam tunjuk cara apply. FREE je.

Facebook Comments
Previous Pandu kereta mewah secara PERCUMA dengan SOCAR
Next Bayar di hotel OYO serendah RM7 satu malam

16 Comments

  1. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    Sedapnya makan kt floating market tu.. Fav saya kat situ dia punya mee celop.. Perghhh terang kat woo

  2. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    best baca entri ni. throwback. aida 2 kali da ke hatyai.
    alhamdulillah. one day akan nak gi lagi.
    and time tu nak gi sendiri je. tak nak ikut tour bas lagi.
    sebab dah tau la serba sedikit pasal hatyai kan 🙂
    naik tuk tuk tu, anak-anak aida sgt excited. hulur2 kepala 🙂 ha ha ha ha…
    something yg kat sini takde kan. syok la diorang.

  3. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    Menarik! tak pernah pergi lagi. boleh jadikan rujukan sebab banyak info dan details disertakan.

  4. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    A lot of people are writing awesome review on Hat Yai. I need to visit there in the future.

  5. menarik & suka cara cerita pengalaman. teringin nak pergi hatyai tapi belum ada rezeki. selalu baca pengalaman orang mmg rasa macam nak pergi sangat. terima kasih atas perkongsian ya

  6. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    Bestnya! So far tak pernah sampai lagi ke hatyai. Teringin jugak nak ke sana sebab makanan kat sana sedap-sedap kan? Tapi tu la, nanti lah nak kena plan elok-elok sebelum ke sana.

  7. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    Assalamualaikum bro. Terima kasih review tempat menarik dan suasana di negara Thailand. Dengar kata, nilai Ringgit kita jatuh menjunam, hehe.

    Memang cantik view Masjid, Pabila musafir mesti kena singgah masjid. Solat jangan lupa hehe

  8. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    Belum pernah jejak kaki ke thailand lagi. Hehe. Floating market tu nampak interesting.

    Makanan kat sana pun boleh tahan sedapnya 😊

    • Avatar
      August 8, 2019
      Reply

      Best pergi trip macam ni ramai-ramai. Kinah pun dah sampai ke sini. Banyak juga tempat yang menarik kan. Cuma kinah tak sampai lagi floating market tu sebab masa tak cukup huhu

  9. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    waah bestnya pegi thailand

  10. Avatar
    August 7, 2019
    Reply

    memang best hatyai saya dah pergi dengan kawan tahun lepas , rindu nak pergi lagi terutamanya makan nasi ayam kat kaitot decha …and nak explore lagi tempat makan yg best dan halal

  11. Avatar
    August 8, 2019
    Reply

    Adminnnnnnn. Thank you so much for sharing. selalu ni i pikir hat yai tu satu destinasi yg membosankan & sesuai utk org2 tua shj. This article changed my mind – Floating Market Hat Yai looks amazing!

  12. Avatar
    xul
    August 8, 2019
    Reply

    bestnya bercuti di sana, dah lama teringin nak pergi sebab makanan dekat sana memang sedap dan banyakj pilihan. Thannks for tips jimat, nak prepare sekarang utk cuti hujung tahun ni

  13. Avatar
    August 8, 2019
    Reply

    bestnya tengok pergi hatyai..nad tak pernah sampai lagi..huhu..teringin juga tapi tunggu anak2 besarla..baru seronok..tengok banyak tempat menarik boleh pergi ni

  14. Avatar
    August 9, 2019
    Reply

    Dah pergi hari tu 2006 memang best. Tapi tu la 2006 haha…dah lebih 10 tahun dah..time tu kamera hp masih tak canggih so kebanyakkan gambar masih tak sharp lagi. Terbaiklah perjalanan ke sana.

  15. Avatar
    August 10, 2019
    Reply

    Lia pun suka pi hatyai sebab makanan murah n sedap. Lagipun dekat dengan Penang je 2 jam dah sampai. Lagi satu suka sangat Seven Eleven Thailand, banyak barang murah dan best.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *