Pinjaman Peribadi – Affin Islamic Personal Financing-i


Affin Islamic Personal Financing-i adalah pelan pinjaman peribadi Islamik dengan konsep “Tawarruq” yang ditawarkan oleh Affin Islamic Bank. Affin Islamic Bank Berhad adalah salah satu institusi kewangan Islam di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam patuh Syariah. Pinjaman peribadi Affin Islamic adalah antara pinjaman peribadi Islamik di negara kita dengan kadar keuntungan tahunan terendah.

Pinjaman ini juga dibuka kepada kakitangan GLC (Government Linked Company) dan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan jumlah pembiayaan sehingga RM150,000 dan tempoh pembiayaan yang mencecah 10 tahun, ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang menarik untuk anda mohon.

 

>> Ingin Duit Tanpa Pinjaman? Ini Panduan Lubuk Part Time Yang Perlu Dicuba. <<

 

Walau bagaimanapun, salah satu syarat yang perlu diketahui sebelum anda memohon pinjaman ini ialah anda perlu menyatakan tujuan utama anda membuat pinjaman. Ini kerana pembiayaan ini ditawarkan oleh Affin Islamic untuk kegunaan peribadi yang patuh Syariah, bukan untuk anda berfoya-foya.

Ciri-Ciri & Kelebihan Affin Islamic Personal Financing-i
Pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi patuh Syariah yang lain di Malaysia. Berikut ialah kelebihan yang ditawarkan oleh Affin Islamic Bank menerusi skim pembiayaan peribadi ini.

Patuh Syariah dengan kadar keuntungan tetap – Pinjaman ini menawarkan kadar keuntungan tetap tidak kira berapa jumlah pinjaman yang anda mohon.
Jumlah pembiayaan yang tinggi – Anda boleh memohon sehingga RM150,000 menerusi pinjaman peribadi ini.

Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun – Affin Islamic Bank menawarkan tempoh pembiayaan dari 2 tahun sehingga 10 tahun menjadi pinjaman ini sangat menarik.

Dibuka untuk kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) – Affin Islamic Personal Financing-i adalah antara skim pinjaman peribadi Islamik yang dibuka kepada anggota ATM.

Tiada caj proses – Affin Islamic tidak mengenakan sebarang caj proses jika pinjaman anda diluluskan.

Tiada caj penamatan awal (early termination fee) – Tiada caj dikenakan sekiranya anda ingin menamatkan pembiayaan anda lebih awal daripada tempoh di kontrak.

Pembayaran semula yang fleksibel – Anda boleh membuat pembayaran semula melalui potongan gaji bulanan, auto debit melalui bank (hanya jika gaji dimasukkan ke Affin Islamic Bank), atau dengan kaedah “Standing Instruction/Standing Order” melalui bank pilihan anda.

>> Ingin Duit Tanpa Pinjaman? Ini Panduan Lubuk Part Time Yang Perlu Dicuba. <<

 

Syarat Kelayakan Untuk Memohon
Berikut ialah syarat-syarat yang perlu diambil perhatian sebelum memohon Affin Islamic Personal Financing-i. Syarat kelayakan gaji minimum adalah berbeza untuk kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 58 tahun.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Status pekerjaan adalah tetap.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.
  • Berpendapatan RM2,500/bulan atau RM30,000/tahun.
  • Syarat untuk kakitangan “Government Linked Company (GLC)”

Status pekerjaan adalah tetap.

  • Berpendapatan RM1,500/bulan atau RM18,000/tahun.

Syarat untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

  • Berpendapatan RM1,500/bulan atau RM18,000/tahun.

Tak layak?
Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon pinjaman ini, anda boleh cari pinjaman yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan.

Dokumen Yang Diperlukan
Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i. Untuk kakitangan swasta dan GLC:

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM):

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Salinan kad kuasa tentera depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.

Caj Yang Dikenakan
Terdapat beberapa caj yang dikenakan oleh Affin Islamic jika permohonan pinjaman Affin Islamic Personal Financing-i anda diluluskan. Caj-caj adalah seperti berikut.

Caj setem duti sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
Caj deposit sekuriti – nilai 1 bulan dari jumlah pembayaran semula pinjaman, atau 2 bulan installment ditolak daripada pinjaman yang lulus. Akan dikreditkan semula ke dalam akaun peminjam selepas pembayaran.

Seperti pembiayaan peribadi patuh Syariah yang lain, Affin Islamic tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan dan tiada caj penamatan awal (early termination fee). Walau bagaimanapun, caj lewat bayar (Ta’widh) sebanyak 1% dari baki pinjaman akan dikenakan sekiranya anda gagal membuat pembayaran seperti yang dijanjikan.

Cara Memohon Affin Islamic Personal Financing-i
Tip Sebelum Mohon
Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Affin Islamic Personal Financing-i melalui saluran berikut:

Mohon secara walk-in ke mana-mana cawangan Affin Islamic Bank.

Anda juga boleh mohon Affin Islamic Personal Financing-i secara online sepenuhnya melalui perkhidmatan RinggitPlus. Tak perlu susah payah walk-in ke Affin Islamic Bank Berhad untuk mohon. Baca lebih lanjut di bawah.

>> Ingin Duit Tanpa Pinjaman? Ini Panduan Lubuk Part Time Yang Perlu Dicuba. <<

 

Soalan Lazim Pinjaman Peribadi Affin Islamic Personal Financing-i
Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i

Apakah pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i?
Pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik Tak Bercagar yang ditawarkan oleh Affin Islamic Bank Berhad.

Siapa yang boleh mohon Affin Islamic Personal Financing-i?
Pembiayaan peribadi “Affin Islamic Personal Financing-i” ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang bekerja sebagai Kakitangan GLC, Kakitangan Swasta, Tentera dengan had umur dari 21 hingga 58 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon pinjaman Affin Islamic Personal Financing-i?
Anda boleh mohon sebarang pinjaman kecuali syarat kelayakan pinjaman tersebut menyatakan anda perlu ada rekod pinjaman atau komitmen bulanan untuk mohon.

Saya tak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon pinjaman Affin Islamic Personal Financing-i?
Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya dah lebih 60%, boleh kah saya mohon pinjaman ini?
Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan.

Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji anda lebih 60%, tetapi rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) anda cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon Affin Islamic Personal Financing-i?
Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman dari institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, atau pembiayaan perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang selama 6 bulan sebelum anda mohon pinjaman lain untuk meningkatkan peluang lulus permohonan anda.

Berapa jumlah pinjaman yang boleh saya mohon dengan Affin Islamic Personal Financing-i?
Anda boleh mohon dari RM2500 hingga RM150000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan kepada anda akan ditentukan oleh pihak Affin Islamic Bank Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini?
Affin Islamic Personal Financing-i menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan yang boleh dimohon akan ditentukan oleh pihak Affin Islamic Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon pinjaman ini?
Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Affin Islamic Personal Financing-i di atas .

Berapa lama tempoh yang perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan Affin Islamic Personal Financing-i saya?
Anggaran untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen yang lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Affin Islamic Bank Berhad – Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada pihak Affin Islamic Bank Berhad.

Apa caj yang dikenakan untuk pinjaman Affin Islamic Personal Financing-i?
Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Affin Islamic Bank Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa yang perlu saya bayar setiap bulan jika saya mohon pinjaman ini?
Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah pinjaman yang lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan yang dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Affin Islamic Personal Financing-i .

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran pinjaman ini?
Anda boleh bayar balik pinjaman Affin Islamic Personal Financing-i melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM), Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) dengan pinjaman ini?
Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan Affin Islamic Personal Financing-i.

Saya dah ada pinjaman Affin Islamic Personal Financing-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?
Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada.

Sekiranya anda ingin membuat overlap terhadap Affin Islamic Personal Financing-i, anda boleh berhubung terus dengan pihak Affin Islamic Bank Berhad atau guna perkhidmatan RinggitPlus untuk nasihat dan panduan memohon pinjaman bertindih. Rujuk pada bahagian Cara Mohon Affin Islamic Personal Financing-i di atas di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS anda bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya anda boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah selaan AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Maaf tak boleh. Anda tidak boleh memohon sebarang pinjaman dari institusi kewangan sekiranya anda di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK).

Saya dah mohon Affin Islamic Personal Financing-i. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
Selalunya keputusan permohonan pinjaman anda (lulus atau tidak) akan dimaklumkan oleh oleh pihak Affin Islamic Bank Berhad melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya anda masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Affin Islamic Bank Berhad.

Saya dah mohon Affin Islamic Personal Financing-i tetapi tak lulus. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan pinjaman peribadi tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan pinjaman anda. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya anda cuma akan dapat jawapan “Fail Score”.

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan anda tidak diluluskan oleh pihak Affin Islamic Bank Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan .

Saya ada soalan lagi tentang Affin Islamic Personal Financing-i
Sila tinggalkan soalan anda pada borang reply/komen di bawah. Pihak kami akan cuba menjawabnya seberapa segera yang mungkin.

>> Ingin Duit Tanpa Pinjaman? Ini Panduan Lubuk Part Time Yang Perlu Dicuba. <<

 

Facebook Comments
Previous Pinjaman Peribadi - AEON iCash Personal Financing
Next Mencari makanan halal di Bandong, Indonesia

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *