Pinjaman Peribadi – AEON iCash Personal Financing


First Mobile Self-Checkout System To Be Launched By AEON in Malaysia

AEON iCash Personal Financing adalah skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad. Pinjaman AEON iCash adalah antara pinjaman peribadi yang paling popular di Malaysia.

Apa yang membuat pinjaman peribadi AEON ini sangat diminati adalah kerana syarat-syarat yang diletakkan oleh AEON untuk memohon pinjaman AEON iCash. Anda hanya perlu mempunyai gaji minimum tahunan sekurang-kurangnya RM18,000, iaitu RM1,500 sebulan. AEON Credit juga menawarkan skim pembiayaan peribadi ini kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengambil kira jenis pekerjaan. Tak kira anda bekerja di sektor awam, swasta, atau bekerja sendiri. Pesara dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga boleh memohon AEON iCash.

>> Ingin Duit Tanpa Pinjaman? Ini Panduan Lubuk Part Time Yang Perlu Dicuba. <<

Faktor-faktor ini membuatkan pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing adalah antara pinjaman peribadi bank yang sering dimohon di Malaysia.

Ciri-Ciri & Kelebihan AEON iCash Personal Financing

Berikut ialah kelebihan pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing berbanding pinjaman peribadi bank lain di Malaysia.

  • Pinjaman peribadi Islamik patuh Syariah dengan konsep Bai Al-Inah.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel, iaitu serendah RM1,000 sehingga RM100,000.
  • AEON iCash menawarkan kadar faedah terendah iaitu dari 7.92% hingga 14.4%.
  • Tempoh pinjaman/pembiayaan yang fleksibel – dari 6 bulan sehingga 84 bulan (7 tahun).
  • Mereka yang berpendapatan rendah, iaitu RM18,000 setahun atau RM1,500 sebulan boleh memohon.
  • Had umur bermula dari 18 tahun sehingga 65 tahun.
  • Sesiapa sahaja boleh memohon, tak kira anda kakitangan awam, swasta mahupun berniaga atau bekerja sendiri.
  • Tak perlu penjamin.
  • Tak perlu pengesahan majikan.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
  • Kelulusan pantas – antara 1 hingga 3 hari bekerja.
  • Kelebihan-kelebihan ini membuatkan pinjaman peribadi AEON iCash antara pinjaman yang popular di Malaysia.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing. Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.
  • Syarat untuk kakitangan awam
  • Status pekerjaan ialah tetap.

Syarat untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas.

 

>> Ingin Duit Tanpa Pinjaman? Ini Panduan Lubuk Part Time Yang Perlu Dicuba. <<

 

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon pinjaman ini, anda boleh cari pinjaman yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan. Dokumen Yang Diperlukan; Berikut ialah dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON i-Cash. Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank):

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar tunai):

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).
  • Untuk kerja makan gaji (tiada potongan EPF):
  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata bank 6 bulan terkini.

Untuk kerja sendiri:

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.

 

Caj Yang Dikenakan

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Bank di Malaysia, AEON Credit Service (M) Berhad mengenakan beberapa caj jika permohonan pinjaman anda lulus. Berikut ialah caj-caj yang dikenakan terhadap AEON iCash.

  • Untuk pinjaman berjumlah RM1,000 hingga RM10,000 – caj pemprosesan sebanyak 4% dari jumlah pinjaman.
  • Untuk pinjaman berjumlah RM10,100 hingga RM100,000 – caj pemprosesan sebanyak 2% dari jumlah pinjaman. Caj maksimum dihadkan kepada RM400.

AEON Credit tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh kontrak (early termination fee). Walau bagaimanapun caj lewat bayar dikenakan antara RM18 hingga RM40, bergantung kepada syarat dan terma. Caj-caj ini mungkin berubah tertakluk kepada terma & syarat oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

Cara Memohon AEON iCash Personal Financing

Tip Sebelum Mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh memohon pinjaman AEON iCash Personal Financing dengan mengunjungi mana-mana cawangan AEON terdekat.

Anda juga boleh mohon AEON iCash Personal Financing secara online sepenuhnya melalui perkhidmatan RinggitPlus. Tak perlu susah payah walk-in ke AEON Credit Service (M) Berhad untuk mohon. Baca lebih lanjut di bawah.

>> Ingin Duit Tanpa Pinjaman? Ini Panduan Lubuk Part Time Yang Perlu Dicuba. <<

 

Soalan Lazim Pinjaman Peribadi AEON iCash Personal Financing
Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing

Apakah pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing?
Pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing adalah pinjaman peribadi Islamik Tak Bercagar yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

Siapa yang boleh mohon AEON iCash Personal Financing?
Pembiayaan peribadi “AEON iCash Personal Financing” ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang bekerja sebagai Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara, Tentera dengan had umur dari 18 hingga 65 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon pinjaman AEON iCash Personal Financing?
Anda boleh mohon sebarang pinjaman kecuali syarat kelayakan pinjaman tersebut menyatakan anda perlu ada rekod pinjaman atau komitmen bulanan untuk mohon.

Saya tak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon pinjaman AEON iCash Personal Financing?
Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya dah lebih 60%, boleh kah saya mohon pinjaman ini?
Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan.

Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji anda lebih 60%, tetapi rekod kredit dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) anda cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon AEON iCash Personal Financing?
Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman dari institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, atau pembiayaan perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang selama 6 bulan sebelum anda mohon pinjaman lain untuk meningkatkan peluang lulus permohonan anda.

Berapa jumlah pinjaman yang boleh saya mohon dengan AEON iCash Personal Financing?
Anda boleh mohon dari RM1000 hingga RM100000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan kepada anda akan ditentukan oleh pihak AEON Credit Service (M) Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini?
AEON iCash Personal Financing menawarkan tempoh pembiayaan dari 6 bulan hingga 84 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan yang boleh dimohon akan ditentukan oleh pihak AEON Credit Service (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah pinjaman, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon pinjaman ini?
Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon AEON iCash Personal Financing di atas .

Berapa lama tempoh yang perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan AEON iCash Personal Financing saya?
Anggaran untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen yang lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak AEON Credit Service (M) Berhad – Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada pihak AEON Credit Service (M) Berhad.

Apa caj yang dikenakan untuk pinjaman AEON iCash Personal Financing?
Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak AEON Credit Service (M) Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa yang perlu saya bayar setiap bulan jika saya mohon pinjaman ini?
Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah pinjaman yang lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan yang dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik AEON iCash Personal Financing .

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran pinjaman ini?
Anda boleh bayar balik pinjaman AEON iCash Personal Financing melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) dengan pinjaman ini?
Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan AEON iCash Personal Financing.

Saya dah ada pinjaman AEON iCash Personal Financing yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility) untuk pinjaman ini?
Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada.

Sekiranya anda ingin membuat overlap terhadap AEON iCash Personal Financing, anda boleh berhubung terus dengan pihak AEON Credit Service (M) Berhad atau guna perkhidmatan RinggitPlus untuk nasihat dan panduan memohon pinjaman bertindih. Rujuk pada bahagian Cara Mohon AEON iCash Personal Financing di atas di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS anda bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya anda boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Pinjaman ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah selaan AKPK. Bolehkah saya mohon pinjaman ini?
Maaf tak boleh. Anda tidak boleh memohon sebarang pinjaman dari institusi kewangan sekiranya anda di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK).

Saya dah mohon AEON iCash Personal Financing. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
Selalunya keputusan permohonan pinjaman anda (lulus atau tidak) akan dimaklumkan oleh oleh pihak AEON Credit Service (M) Berhad melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya anda masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak AEON Credit Service (M) Berhad.

Saya dah mohon AEON iCash Personal Financing tetapi tak lulus. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan pinjaman peribadi tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan pinjaman anda. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya anda cuma akan dapat jawapan “Fail Score”.

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan anda tidak diluluskan oleh pihak AEON Credit Service (M) Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan .

Saya ada soalan lagi tentang AEON iCash Personal Financing
Sila tinggalkan soalan anda pada borang reply/komen di bawah. Pihak kami akan cuba menjawabnya seberapa segera yang mungkin.

>> Ingin Duit Tanpa Pinjaman? Ini Panduan Lubuk Part Time Yang Perlu Dicuba. <<

 

Facebook Comments
Previous Jawatan Kosong Public Bank Terkini
Next Pinjaman Peribadi - Affin Islamic Personal Financing-i

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *