Filem Anna 2019 menarik perhatian


Buat yang masih tercari-cari genre filem untuk ditonton di pawagam minggu ini, anda mungkin boleh berikan perhatian kepada filem Anna 2019 ini. Antara movie berunsur action (18SG) yang menarik perhatian abam.

Minggu ini tak banyak movie yang begitu menarik perhatian , selain filem The Lion King 2019, Spiderman-Far From Homes, Dilan 1991 , & The White Storm 2 (ni pun agak menarik). Filem Anna 2019 ini baru saja ditayangkan pada 25/7/2019. Jadi abam antara yang terawal tengok . Mula-mula saja nak test sebab kebosanan, tapi……..

Bila kawan-kawan tanya filem apa yang best minggu ni ? Abam terus suggest filem Anna 2019. Diorang kata “Bukan cerita hantu ke” ? haaa. Tengok dari poster mungkin nampak seperti filem hantu, tapi sebenarnya adalah filem aksi. Filem ini berkisarkan tentang seorang ejen perisik perempuan yang bernama ANNA – lakonan Sasha Luss sebagai anna (gambar di bawah)

Filem yang merujuk kepada dua negara iaitu Rusia & Amerika yang sememangnya terkenal dengan agen perisik mereka. Jalan cerita yang tersusun bagaimana Anna bermula & berakhir sebagai agen. Filem ini tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak (18SG) kategori ganas. Banyak juga aksi bunuh, potong kepala. Tapi percayalah anda tidak akan mengantuk tonton filem berdurasi 120 minit ini

Selain aksi, ada diselitkan juga percintaan oleh Anna bersama pasangannya. Tetapi jangan risau, adegan yang mungkin anda tunggu telah dipotong siap2 oleh TGV.hehe.

Antara watak penting & menghiburkan di dalam filem Anna. Walaupun 1mdb memberikan 6.7/10 rating, abam berani bagi 8/10, kerana jalan cerita yang begitu tersusun, aksi , dan ada juga unsur humor. Tunggu apa lagi ? Pergilah layan movie ini. Serius berbaloi !!!

Facebook Comments
Previous Mencari makanan halal di Bandong, Indonesia
Next Pandu kereta mewah secara PERCUMA dengan SOCAR

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *