Abam ni sejenis malas keluar makan luar melainkan ada makanan baru yang ramai cadangkan suruh cuba sebab sedap atau viral. Jadinya, abam terus ajak family cuba makan di The Chicken Rice Shop (TCRS) IOI Putrajaya.
Dahulunya tiap kali masuk shopping mall untuk tengok wayang, mesti abam cari restoran yang hidangkan nasi ayam, dan pilhan paling senang dan mudah semestinya TCRS ini sebab banyak cawangan dan makanan yang dihidangkan panas-panas dan sedap.
MENU TERBARU TCSR – FLAMING KOLI
Apa yang membuatkan abam terus bergegas cuba menu terbaru ni, adalah komen-komen dari rakan yang mengatakan “KAU WAJIB TRY MENU NI”
Keduanya adalah sebab ianya adalah untuk masa yang TERHAD iaitu bermula 21 September 2020 – 15 November 2020 SAHAJA. Abam tak nak jadi yang terakhir mencuba, sebab tengok gambar je dah menyelerakan.
Menu Flaming Koli ni adalah gabungan dari masakan India yang menggunakan ramuan rempah ratus mereka sendiri. Rasanya ada pedas-pedas sedikit dan rangup texture sambalnya. Portion ayam agak besar sebenarnya untuk seorang makan (rujuk gambar), rata-rata mereka yang dah cuba komen puas hati dengan hidangan baru ini .
Harga untuk set Flaming Koli atau korang boleh cuba set Lunch dengan upgrade sahaja kepada Flaming Koli dengan tambahan RM6.
Menu baru ini TERHAD pada masa tertentu sahaja, sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi.
“Deepavali adalah masa untuk memberi dan berkongsi bersama yang tersayang. Perayaan ini melambangkan kegembiraan dan oleh itu, TCRS tidak sabar untuk meraikan perayaan ini dengan menyediakan hidangan khas Deepavali untuk dinikmati semua,” –June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd
Berbesar hati abam bila dapat kongsikan menu-menu lazat ni dekat korang. Benda baik kita kongsikan ye dak. Sesuai dengan lagu tema TCSR “Bukan sekadar nasi ayam, kok kok kok -bunyi ayam berkokok”
Korang hanya perlu walk-in dekat mana-mana cawangan The Chicken Rice Shop berhampiran dan terus order menu Flaming Koli.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu-menu di The Chicken Rice Shop :
The Chicken Rice Shop
Facebook : www.facebook.com/thechickenriceshop
Nampak macam ayam masak kicap pedas je. Sama ke??heheh.
wah..nampak sedap je tu..terliur plak. kalau berjalan kat mall memang suka makan kat chicken rice shop je..lebih kenyang.hehe. anak2 pun suka makan sini. lain kali boleh try menu baru plak
One thing yang saya suka harga di TCRC ni berbaloi dengan hidangan dia. Memang ada plan nak rasa flaming koli ni soon. Tak sabarnya! Ramai juga yang suggest cuba juga.
Sedapnya tengok.. Ramai dh mkan ni. Nampaknya kita kene makan juga ni.. Rupa dia macam ayam kicap pedas.. Ehhehe