Harley Davidson Terengganu meriahkan Kampung Jkin Kuala Pilah


Sebagai salah seorang peminat motosikal berkuasa tinggi, abam salah seorang yang teruja melihat konvoi motosikal Harley Davidson mula melangkah masuk ke Kg Jkin Resort ini. Seramai 36 orang rider (solo ride) sertai konvoi kali ini daripada Terengganu termasuklah 5 rider daripada kelantan.

Tujuan konvoi kali ini sempena “Tributes to Frontliners” , dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ismail Bin Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar EXCO & ADUN Labu). Presiden ECMC Harley Davidson Terengganu iaitu Yoeyoe (gambar sebelah kanan) mengetuai konvoi kali ini.

Program 3 hari 2 malam ini berlangsung di Kg Jkin Resort, Kuala Pilah. Pernah viral 2 tahun lepas berkenaan “Rumah Hobbit” , rumah atas pokok, asrama dan juga chalet.

Abam sendiri menghinap di rumah hobbit yang memuatkan 6 orang satu rumah. Ada juga pilihan rumah atas pokok, menggunakan binaan kayu sebenar (muat sehingga 8 orang satu masa – rujuk gambar).

rumah hobbit

rumah atas pokok

AKTIVITI DI KG JKIN RESORT

Jika anda teringin masuk hutan sebenar dan lakukan aktiviti beriadah bersama kawan-kawan dan keluarga, pastinya anda mencari tempat seperti Kg Jkin.

Dikenali sebagai tempat ATV motorsport MURAH serendah RM10, melalui trek hutan sebenar pusing satu resort. Ada beberapa trek mengikut pakej atv yang anda inginkan.

Selain atv, ada juga flying fox, zipline monkey, high rope dan buaian laju. Abam sempat join atv dan flying fox sahaja, buaian tak lepas minima 70kg katanya hehe.

Selain itu, terdapat 58 jenis burung disini. Jika anda minat dengan bird watching, sangat sesuai berkunjung ke Kg Jkin Resort. Tapir, kambing gurun, burung hantu, helang pun boleh jumpa jika bernasib baik.

HOTSPOT BERGAMBAR OOTD

Ada beberapa hotspot yang abam rasakan unik seperti di bandung atau jogjakarta, kini boleh bergambar di Kuala Pilah jang oi. Nak bergambar kena bayar RM5 seorang ya.

Jangan dilupakan spot vespa bahagian restoran (ini free).

 

MASAKAN ASLI NOGORI

Disini ramai juga yang “walk in” untuk breakfast, lunch dan minum petang. Abam sangat tertarik dengan masakan yang mereka sediakan sangat sedap. Memang tidak kecewa jika anda teringinkan masakan asli Negeri Sembilan. Abam minat cucur sambal bilis dan ayam masak lemak disini.

Jika anda datang berkumpul, ingin adakan teambuilding sangat sesuai disini. JANGAN lupa request untuk sesi BBQ sebelah malam ya.

Sebelah malam kebiasaannya ada sesi karaoke, lengkap dengan semua alat disediakan. Meriah habis karaoke sehingga lewat malam. Yelah, dalam hutan tak ada gangguan penduduk disini.

Sesi karaoke bersama rider Harley Davidson

SESI PENUTUP DI KLANA RESORT

Kelab motor Harley Davidson dikenali dengan tema brotherhood mereka. Bilamana ada konvoi, negeri lain akan menyambut mereka dan menjadi tuan rumah. Kali ini Klana Bikers yang menjadi tuan rumah, disertai oleh SDMC, ECMC ,V-Rider MC, Waghih, dan Postcode 7.

Penyerahan sumbangan kepada frontliners, pertukaran ‘Plaque’ sesama kelab dan sesi minum petang serta sesi brotherhood diadakan di Klana Resort Seremban.

Jika anda berminat untuk mengadakan sesi teambuilding bersama syarikat anda, kawan-kawan serta keluarga, boleh pertimbangkan kawasan Kg Jkin Resort. Tak jauh dari bandar Seremban sekitar 10 minit perjalanan sahaja.

Kg Jkin Resort sudah 3 tahun beroperasi. Boleh muatkan 70 orang dalam satu-satu masa. Terdapat 15 unit penghinapan termasuklah chalet. Jika anda berminat untuk camping, disediakan juga khemah serendah RM60 satu malam (siap tilam, kipas dalam khemah).

Tapi kalau korang nak sewa tapak, cuma RM20 satu malam.Modul-modul teambuilding mereka akan sediakan mengikut visi syarikat anda sendiri. Boleh terus hubungi mereka di bawah.

KG JKIN RESORT

HUBUNGI : 017-8833674 / 011-20893883

Facebook Comments
Previous PERCUTIAN DI KAMPUNG,MENGENALI TRADISI – PART 2
Next Menu Baru The Chicken Rice Shop - Flaming Koli Memang Daboom

3 Comments

  1. Avatar
    September 21, 2020
    Reply

    Ni bukan teambuilding je. Reunion pun best juga kat sini ni. Seronok ni banyak aktiviti

  2. Avatar
    September 21, 2020
    Reply

    wahhh nampak seronok semuanya! banyak aktiviti boleh buat. dapat sebjik harley davidson tu best tu tapi kaki tak sampai pulak nanti hahah

  3. Avatar
    September 22, 2020
    Reply

    Pwrgh best gila. Baru tau rumah hobbit semua dekat kuala pilah. Apa yang dipanggang tu besar semacam je.. Cantik tempat dia.. Mmeg utk ootd ni.. Hehe

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *