PERCUTIAN DI KAMPUNG,MENGENALI TRADISI – PART 2


Entry kali ini, abam nak kongsikan tempat makan menarik di Sungai Besar serta masakan tradisi orang kampung di Parit 2, Sungai Haji Dorani – Sungai Besar.

Korang patut baca juga PART 1, di mana abam kongsikan aktiviti kampung yang patut korang cuba dan ‘enjoy’ bila bersama keluarga dan kawan-kawan2. Menarik beb , tengok gambar je mesti korang dah teringin nak cuba sendiri.

LAMAN TEBU AIDIL

Tempat ini pernah viral baru-baru ini , dek kerana keunikan kedainya betul-betul sebelah bendang sawah padi dan ditemani oleh pokok tebu.

Info menarik lagi, walaupun kedai ini dibuka 2petang-7malam , namun menu-menu yang ada akan SOLD OUT dalam masa 3 jam sahaja.

Jadi untuk buatkan anda tidak kecewa, sila datang awal. Makanan yang sediakan seperti nasi lemak, ayam madu, laksa, air tebu dan lain-lain (refer gambar menu dibawah) , rata-rata kawan kami kata SEDAP.

Kedai ini sebenarnya baru sahaja dibuka selepas PKP baru-baru ini. Antara faktor abam rasakan viral dan mendapat sambutan satunya ialah harga makanan yang agak murah, makanan yang fresh (panas-panas dari dapur), dan paling penting suasana tenang di tepi bendang sawah padi ini.

Kami juga sempat melihat demonstrasi pengubahsuaian pokok atau dikenali sebagai “Maharaja Bonzai”. Dengar kata, di Sungai Besar hanya terdapat seorang sahaja yang membuat ukiran bonzai ini.

YB Puan Hajah Rodziah Binti Ismail turut hadir untuk memberikan sumbangan dan sekaligus melawat kawasan Laman Tebu Aidil ini. Sangat teliti gubahan dan teknik yang mereka gunakan, menjadikan harga pokok selepas di’bonzai’kan boleh mencecah ribuan ringgit.

 

suasana meriah adik-adik mandi di parit , sudahlah tak ajak hehe

REWANG DI KAMPUNG

Aktiviti rewang atau merewang, sinonim sangat dengan suasana di kampung. Orang ramai berkumpul gotong-royong menyiapkan juadah dan menu untuk santapan bersama. Kenduri kahwin di kampung-kampung pun masih mengamalkan “rewang” sebenarnya. Selain dari faktor jimat kos, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan saudara.

Kami berpeluang belajar resipi masakan orang jawa kali ini. Resipi dikongsikan oleh Wak Yatim sendiri dan orang kampung.

SAMBAL TAUN

Diberi nama sambal taun disebabkan ia boleh bertahan lama sehingga SETAHUN. Anda cuma perlu panaskan selalu, dan masukkan santan apabila ingin makan sahaja.

SAMBAL CILI HIJAU

Sinonim dengan masakan pedas orang jawa. Jarang jumpa sebenarnya kecuali kedai orang jawa sendiri. Ada beberapa kedai Indonesia jawa juga menjual sambal cili hijau ini.

Ramuan Wak Yatim : Bawang merah, halia, bawang putih, ikan bilis, asam keping, garam,cili api hijau & merah siap blend

PECEL LELE

Popular pecel leleh tiap kali kita makan ayam penyet kan? Wak Yatim masakkan terus untuk kami. Sedap boleh tahan juga.

Walaupun dikatakan pecel lele asalnya dari Indonesia, namun agak popular juga di kalangan masyarakat orang jawa khususnya.

UBI GETUK

Siapa sahaja mesti suka minum petang dengan ubi getuk ni. Jika dilihat dalam gambar, boleh makan terus setelah ditumbok lumat . Gigih abam cuba juga getuk tu haha

Mungkin ada yang biasa makan ubi getuk goreng kan? Kali ini makan fresh tanpa digoreng. Ikot minat masing-masing.

KETIWOL

Mak Iti menunjukkan resipi yang jarang kita jumpa di kedai-kedai sekarang. Ramuan ketiwol ini daripada orang jawa sendiri. Cara memasaknya pula agak lama makan beberapa hari untuk merendam ubi itu sendiri.

Sangat sedap dimakan panas-panas (rasa manis) , sambil pekena air kopi ditepi bendang. Perghhh

PUNTEN JAWA

Rasanya seakan nasi lemak. Gumpalan daripada nasi itu sendiri, dicicah bersama sambal cili hijau (gambar di atas). Sesuai sangat makan untuk sarapan dan minum petang.

Resepi ini agak mudah dan boleh korang cuba dirumah.

KILANG NATA DE COCO

Antara produk bumiputera yang patut diketengahkan lagi. Kami berkunjung terus ke kilangnya di Sungai Besar (betul-betul tepi jalan besar).

Mereka memproses sendiri Nata De Coco dan mengeluarkan untuk dibekalkan ke seluruh Malaysia. Proses pembuatannya agak menarik , bermula dari pembentukan nata itu sendiri dari isi kelapa (rujuk gambar), kemudian barulah dipotongan ‘cube’ sebelum packaging ikut perisa.

Lokasi : Lot 9492, Sungai Limau, Sungai Besar

PASAR JERAMI BAN KENAL

Lokasi yang strategik tepi jalan besar, sebelah Sungai Besar. Disini korang boleh berehat makan dan membeli produk penduduk kampung secara terus.

Lokasi agak cantik untuk bergambar ootd . Banyak spot cantik, terutamanya jerami padi itu sendiri.

Lokasi : Jalan Parit 4 Timur, 45400 Sungai Besar, Selangor

Sekian sahaja perkongsian abam tentang percutian jelajah kampung kali ini. Korang boleh plan bawa keluarga dan kawan-kawan merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti di kampung. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan selain dari duduk rumah main games je.

Terima kasih juga kepada Gaya Travel Magazine , Tourism Malaysia Wilayah Tengah, UPENS dan semua penduduk kampung yang terlibat terutamanya Kampung Parit 2 , Sungai Haji Dorani kerana berkongsi pengalaman indah di kampung. Last but not least, JOM #PUSINGSELANGORDULU

#KitaKeKampung #KitakanSekampung
#travellocal #travelsafe #GayaTravel
#BudayaSelangor #PusingSelangorDulu

Facebook Comments
Previous Percutian di kampung,mengenali tradisi - Part 1
Next Harley Davidson Terengganu meriahkan Kampung Jkin Kuala Pilah

6 Comments

  1. Avatar
    September 16, 2020
    Reply

    wahh bestnya tempat ni, boleh tengok mcm2 then photoshoot dlm ladang tebu tu cantik, mcm ala2 dekat arashiyama plak.. then best part ! boleh pegi kilang nata de coco 🙂 dah la favorite benda tuuuuu

  2. Avatar
    Miedajaz
    September 16, 2020
    Reply

    Bestkan dapat melakukan aktiviti2 menarik.di Kg..Makanan pun simple tapi sedap…memang mendamikan lepak di Kampung

  3. Avatar
    Rahimah
    September 17, 2020
    Reply

    Sekarang ni la masa nya nak promosi makanan2 local khususnya dr kg supaya kita tahu tentang keunikan dan kesedapan makanan kg yg kurang kita tahu.. Memang seronok bercuti di kampung.. Tq for sharing

  4. Avatar
    September 17, 2020
    Reply

    Dekat dengan kampung mertua, dekat sangat dah tu…rindu kampung sebab lama tak balik… lagi-lagi sambal taun tu, mertua mesti buatkan kalau balik sana…

  5. Avatar
    September 19, 2020
    Reply

    Banyak jugak aktiviti dekat boleh buat dekat sungai besar ni. Tak pernah lagi pusing-pusing sana. Nak try la makan dekat laman tebu tu. macam best je.

  6. Avatar
    September 23, 2020
    Reply

    Wah so nice! you all get to experience so many things at the villages. I want to join next round.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *