Percutian di kampung,mengenali tradisi – Part 1


Jom kita jelajahi dan pelajari sendiri tentang tradisi yang terdapat di Malaysia ini. Tradisi yang dimaksudkan termasuklah masakan tradisi,permainan tradisi, dan budaya mereka sendiri. Terdapat banyak keunikan yang abam rasa, kita patut tunjukkan kepada anak-anak generasi kini, supaya mereka tidak lupa asal usul mereka.

Pada 11-14 September 2020, kami turun ke Kampung Parit 2, Sungai Haji Doraini, Sungai Besar. Disini banyak yang abam dapat belajar mengenai masyarakat jawa, lagi-lagi mengenai masakan asli mereka. Orang-orang kampung disini kebanyakan adalah petani, dan untuk makluman pertanian itu adalah perniagaan ya.

Tak perlu ke kedah semata-mata nak tengok sawah padi, datanglah ke Sungai Besar sahaja dah dapat tengok sendiri beratus ekar tanah sawah padi. Oh ya, sistem mereka dah semakin canggih taw, dengar kata dah mula gunakan “DRON’ untuk sembur racun serangga di sini.

MENANGKAP IKAN KELI DI BENDANG

Aktiviti menangkap ikan keli di bendang/sawah padi ini biasanya orang kampung lakukan selepas selesai musim menuai 2 kali setahun. Mereka akan berkumpul di bendang atau parit untuk menangkap ikan air tawar dan sungai. Kebanyakan mereka menggunakan serkap, namun gunakan tangan sebenarnya lebih mudah cuma perlu berhati-hati dengan bisa ikan keli.

Aktiviti kami perlu menangkap ikan keli sebanyak mungkin dalam masa yang ditetapkan. Pelbagai kaedah yang dikongsikan orang kampung supaya mudah mengepung dan menangkap ketika ikan itu leka. Ada juga teknik menunggu sehingga ikan “mabuk” atau pening kerana pergerakan ikan akan menjadi perlahan.

Jangan risau, ikan keli ini sudah dibuang sengat awal-awal.

BOLING KELAPA – Permainan tradisi

Boling sebenarnya merupakan antara olahraga yang tertua di dunia. Di Malaysia sendiri, mereka inovasikan pada zaman dahulu menggunakan botol air atau buluh sebagai “pin”, dan buah kelapa sebagai bola.

Siapa kata orang kampung ketinggalan? Mereka sebenarnya antara terawal yang ceburi permainan ini sebenarnya. Jika dibandingkan permainan boling kelapa dan boling sebenar,boling kelapa lebih mencabar disebabkan permukaan bentuk kelapa itu sendiri.

Jadi, mereka ada teknik-teknik tersendiri bagaimana ingin menumbangkan botol air itu. Cubalah sendiri di rumah anda, ajak anak-anak untuk bertanding.

MEMBUAT TROMPET DARI DAUN KELAPA

Trompet ini dibuat melalui belahan daun pokok kelapa itu sendiri. Teknik menggulung diperlukan, silap gulung bunyi tidak akan keluar langsung. Apa yang abam belajar dari aktiviti ini, perlu kemas dalam membuat gulungan daun itu sendiri.

Anda boleh cipta trompet anda sendiri mengikut size yang anda minat. Ada yang gemar trompet sebenar yang besar, boleh membuat gulungan dengan lebih teliti. Namun, trompet kecil seperti dalam gambar sudah cukup untuk membuatkan jiran anda terbangun awal pada waktu pagi. Cubalah !!!

AKTIVITI MEMBUAT ORANG-ORANG DI SAWAH

Kebiasannya kita dapat melihat ada orang yang berdiri di tengah-tengah sawah padi sepanjang hari,siang dan malam kan? Bukan sebabkan orang tu risau hasil padi dia kena curi, sebaliknya untuk menjaga hasil padi dari dirosakkan oleh haiwan lain seperti burung.

Mereka menggunakan “orang-orang” dari buluh dan bukanlah orang sebenar yang didenda berdiri sepanjang hari hehe. Aktiviti kami pada hari ini untuk belajar cara dan teknik membuat orang-orang yang menakutkan burung dan haiwan lain.

Faktor utama dan penting rupa “orang-orang” itu mestilah menyeramkan, tidak boleh terlalu cantik dan berhias. Di risaukan ada jejaka yang kesunyian yang menyinggah nanti.

Seriusly cantik mata memandang tumbuhan hijau ini, lari sebentar dari kesibukan kotaraya.

MELAWAT LADANG JAGUNG

Kami berpeluang melawat ladang jagung penduduk kampung di Parit 10 Kampung Pasir Panjang. Terdapat lebih 100 hektar tanaman jagung untuk dibekalkan kepada seluruh penduduk di Sungai Besar dan kawasan sekitanya.

Bekalan jagung tidak akan putus kerana mereka menanam secara berperingkat mengikut petani. Sebagai contoh, tanaman jagung mengambil masa selama 70 hari untuk membesar, mereka akan membahagikan masa berlainan mengikut petani dan tidaklah dilakukan serentak supaya bekalan itu sentiasa ada.

Bayangkan sahaja, setiap seorang petani akan mengusahakan 3 ekar tanah. Negara kita khususnya memang terkenal dengan makanan berasaskan jagung seperti bertih jagung (popcorn), jagung rebus, jagung bakar dan lain-lain lagi.

Acah-acah posing kejap. Cantik betul kawasan ini lagi-lagi untuk bergambar ootd. Lokasi bersebelahan saja dengan sawah padi (gambar di bawah).

Ada orang suka tengok laut baru tenang, ada orang suka masuk hutan. Macam abam, suka juga jalan-jalan masuk kampung, naik basikal ronda pusing keliling sawah padi. Cantik beb kawasan ni.

KOMPANG, KUDA KEPANG DAN SILAT

Sudah menjadi budaya khususnya melayu asli dengan persembahan kompang bagi menyambut tetamu atau di kenduri kahwin, dicampur pula dengan pertunjukan silat. Namun abam perasan, kenduri kahwin zaman sekarang lebih banyak yang sajikan dengan lagu-lagu sahaja.

Silat ini perlu diselitkan kembali supaya anak muda sentiasa segar dalam ingatan tentang perjuangan kita terdahulu.

Malam hari pula kami disajikan dengan persembahan kuda kepang oleh penduduk setempat. Cukup teruja kami melihat depan mata bagaimana mereka menyeru dan membuat gimik.

Betullah orang kata, sekadar untuk menambah pengetahuan itu boleh. Jika berminat tengok video penuh bagaimana keadaan mereka selepas upacara dijalan.Boleh terus tekan LINK INI.

Dengar kata, tenaga mereka mampu makan gelas, kupas kelapa gunakan mulut sahaja. Wallahua’lam.

PART 2 – JALAN-JALAN PUSING KAMPUNG

InsyaAllah part 2 akan menyusul , abam kongsikan makanan tradisi masyarakat disini serta tempat makan yang menarik yang patut korang singgah. Negeri Selangor saja dah penuh dengan aktiviti yang boleh korang lawat, jadi JOM KITA #PUSINGSELANGORDULU

 

#KitaKeKampung #KitakanSekampung
#travellocal #travelsafe #GayaTravel
#BudayaSelangor #PusingSelangorDulu

Facebook Comments
Previous Peraduan DONUT PERCUMA untuk 1 tahun dari Big Apple Donuts & Coffee
Next PERCUTIAN DI KAMPUNG,MENGENALI TRADISI – PART 2

5 Comments

  1. Avatar
    September 15, 2020
    Reply

    Meriahnyaaa.. kalau Sis memang teruja laa sebab kleuarga sendiri takde kampung.. sebab tu kalau ikut FAMediatrip ke kampung macam ni, Sis paling teruja heheheh…
    Jagung tu…eeee nampak manis sekali…

  2. Avatar
    September 15, 2020
    Reply

    wah terbaiklah berendam dalam bendang tu. gigih betul hias orang-orang tu bagi cantik..memang terbaik..hahaha

  3. Avatar
    September 16, 2020
    Reply

    Wah… Seronoknya! Beruntung nya awak berpeluang explore tradisi kampung. Kita takde kampung..
    Aktiviti fun giler tengok. Paling mencabar tangkap ikan keli tu.. Hohoooo

  4. Avatar
    September 16, 2020
    Reply

    wahhh syok tu.. Terimbau kenangan masa kecik² dulu…time lepas habis menuai je masuk selut gagau ikan, mandi kat tali air…perghh best… This is my kampung…nak makan ikan fresh tangguk je sebelah rumah…best best

  5. Avatar
    September 18, 2020
    Reply

    Seronoknya tengok gambar. Happening je. Terflashback balik la aura dulu dulu. Nice!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *