Mcdonald’s kini sah tukar kepada MEKDI di seluruh negara


Dahulunya kita dikejutkan dengan berita nama franchise Mcd di Bukit Bintang yang ditukarkan kepada Mekdi. Kini sempena bulan kemerdekaan, dan juga menjelang tahun ke 38 Mcdonalds Malaysia telah bertapak di negara kita, mereka akan menukar nama dari MCD kepada MEKDI di 16 cawangan terpilih satu Malaysia.

Sehingga ke hari ini, Mcdonalds Malaysia telah mempunyai 300 restoran di seluruh Malaysia, merancang akan membuka sehingga 450 cawangan menjelang tahun 2025. Jadi saya rasakan ini adalah peluang yang baik kepada pelabur serta peluang pekerjaan yang agak besar kepada lebih 10,000 orang untuk sertai mereka.

Mcdonalds bagi saya telah memenangi hati rakyat Malaysia. Tidak ada satu cawangan pun yang sendu tiada pelanggan, malah sentiasa penuh dan beratur. Seramai 13.5 juta pelanggan berkunjung di Mcd Malaysia setiap bulan, dan ini menunjukkan jumlah yang agak tinggi bagi sebuah kedai franchise.

Senarai kedai Mcdonalds yang bertukar nama kepada Mekdi

  1. McDonald’s Bukit Bintang
  2. McDonald’s Titiwangsa
  3. McDonald’s KLCC
  4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2
  5. McDonald’s Kuala Selangor
  6. McDonald’s Greenlane, Penang
  7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
  8. McDonald’s Stulang Laut, Johor
  9. McDonald’s Kulai, Johor
  10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
  12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
  13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
  14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
  15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak
  16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah

Senarai kedai di atas sebenarnya adalah pilihan rakyat Malaysia sendiri melalui undian. Jadi anda boleh mencari signage kedai “Mekdi” dan ambil peluang untuk bergambar.

Nasi Lemak MCD di naik taraf lagi ?

Sempena bulan kemerdekaan ini juga mereka keluarkan menu baru kegemaran rakyat Malaysia dengan Nasi Lemak dan ayam rendang, Nasi Lemak dengan kepingan ayam (Spicy Chicken McDeluxe atau GCB)

Saya boleh komen nasi lemak terbaru ini lebih sedap berbanding yang lama, dan ini bukannya komen saya seorang saja. Anda boleh buat carian di google dan facebook tentang ramai yang berkata mengenai nasi lemak terbaru mcd.

Sambalnya kini saya puji lebih sedap, nasinya lebih wangi. Baru sekali cuba minggu lepas, keesokan harinya saya beli sekali lagi sebab teringin lagi haha.

 

Facebook Comments
Previous Maggi mencari 3 mentee untuk Program Mentor Wanita Cukup Berani
Next Peraduan DONUT PERCUMA untuk 1 tahun dari Big Apple Donuts & Coffee

3 Comments

  1. Avatar
    August 27, 2020
    Reply

    Hahaha comel je tukar nama Mekdi! No wonder la ramai yang suka makan McD sebab mesra rakyat.

  2. Avatar
    August 28, 2020
    Reply

    baru ingat ada sekitar Selangor. Jauh lah pulak. Mujur ada dekat Putrajaya, nanti nak singgahlah and bergambar situ.

  3. Avatar
    August 29, 2020
    Reply

    Yeah I like their latest Nasi Lemak with Rendang Ayam also, very satisfying.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *