Maggi mencari 3 mentee untuk Program Mentor Wanita Cukup Berani


Siapa saja mesti cukup teruja untuk bergurukan mereka yang berjaya kan? Apatah lagi dibimbing secara personal untuk terokai diri, supaya melangkah keluar meningkat ke satu tahap yang lain. Program Mentor “WANITA CUKUP BERANI” kali ini mencari 3 orang yang bertuah untuk belajar secara direct ilmu asas perniagaan, ilmu masakan, ilmu keyakinan diri dan lain-lain lagi.

Program anjuran dari Maggi Cukup Rasa Malaysia ini membawakan 3 Mentor yang dikenali di Malaysia seperti Datin Paduka Eina Azman (dikenali sebagai Eina Azman ; instagram @eina_azman ) , Sheila Rusly (instagram @sheilarusly_jspictures ) dan Anne Idris (instagram @mymumsbakery )

Program ini dijalankan secara atas talian “online” melalui google meeting pada 1-3 September 2020. Penyertaan sehingga minggu lepas dimaklumkan sudah mencapai 800 peserta dan masih dibuka lagi gaisss. Cepat ada beberapa hari sahaja lagi sebelum bermula

Penyertaan adalah PERCUMA : https://www.maggi.com.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa#

 

Kenali biografi mentor yang dipilih oleh Maggi kali ini dengan lebih rapat lagi. Masing-masing saya lihat mempunyai kredibiliti dan terbukti sudah mempunyai bukti kejayaan masing-masing. Eina Azman yang kini aktif memasak di media sosialnya, kerap kali muncul dengan resipi baru melalui dapurnya dan tidak dinafikan mempunyai views yang tinggi dan tarikan orang ramai.

Sheila Rusly pula memang kita tahu seorang artis yang terkenal dengan lakonan di TV dan juga pawagam. Aktif juga mengarahkan beberapa filem dan drama serta aktif menjadi pengacara TV. Walaupun sudah lama bergiat aktif di dalam industri, sehingga kini masih lagi aktif dan menjadi rebutan siri rancangan televisyen.

Manakala Anne Idris yang merupakan IKON USAHAWAN MUDA 2019 , Ikon EUsahawan, dan pelbagai anugerah yang diterima membuatkan namanya segar dalam ingatan kalangan usahawan. Sesuai sangat untuk mereka yang minat belajar ilmu perniagaan, khusus dari mereka yang berniaga sendiri, dan bukanlah sekadar jual “air liur”

Melalui sidang media Maggi pada 19/8/2020 , 3 Mentor ini mula dikenalkan buat julung kalinya. Program ini dihadiri dan dirasmikan oleh 3 nama besar seperti  Marc Woo (Country Head, Google Malaysia), Juan Aranols ( CEO Nestle Malaysia dan Region Head Nestle Malaysia, Singapore dan Brunei) , serta Geetha Balakrishna (Business Executive Office, MAGGI).

Melihat kepada tetamu jemputan saja, saya rasakan program ini adalah “something big is coming” . Bukan senang mereka ingin berganding tenaga untuk menjayakan program Mentor “Wanita Cukup Berani” , dengan tagline mereka – TAK KENAL TAK CINTA

Bengkel online ini dijalan selama tiga hari (1-3 September 2020). Pastinya setiap hari adalah modul berlainan. Mereka akan mencari 20 peserta untuk pusingan akhir (dijangka 20-21/10) dan seterusnya 3 peserta terbaik akan dipilih menjadi mantee kepada 3 mentor yang disebut.

Jika anda layak ke pusingan akhir saja dah melayakkan anda untuk terima hadiah berupa RM500 (set kelengkapan memasak) . Manakala 3 mantee yang terpilih akan terima RM1,000 bantuan untuk memulakan perniagaan. Pastinya dibimbing oleh 3 mentor dari pelbagai sudut.

Program ini tidak lain untuk memperkasakan wanita dan menjadikan wanita ini serba boleh serta berdaya saing tidak kira jantina. Aspek yang paling saya suka dan yakin adalah meningkatkan keyakinan wanita itu sendiri dan menyerlahkan potensi masing-masing.

Jomlah sertai selagi masih dibuka, jangan risau ia dibuat secara online.

Bengkel Online (Wanita Cukup Berani)

Link Penyertaan : https://www.maggi.com.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa#

Kelas pada 1 September 2020 sehingga 3 September 2020 SAHAJA

Facebook Comments
Previous Pengalaman merasai MAKAN TANPA HAD di Sunway Putra Hotel - STAY KAWTIM
Next Mcdonald's kini sah tukar kepada MEKDI di seluruh negara

6 Comments

  1. Avatar
    August 25, 2020
    Reply

    Bertuah ni kalau terpilih.
    Kena bersaing nak dapat belajar dengar Mentor2 ni.

  2. Avatar
    August 25, 2020
    Reply

    Bestnya.. Lagend product ni.. Orang Malaysia memang bertuah. Maggie kalau kat overseas mahal gila kot.. Hahhaa..

  3. Avatar
    LampuHijau
    August 25, 2020
    Reply

    Wah, rasa nak join aje. Inspired teruk

  4. Avatar
    August 26, 2020
    Reply

    Serius bagus gt program ni. Mentor pun bukan kaleng2, diaorg dh dikenali dan berjaya.. Memang siapa yang bertuah tu kene buat betul2

  5. Avatar
    August 26, 2020
    Reply

    bagus acara ini bagi mencari 3 peserta yang terbaik untuk dibantu oleh 3 mentor yang berkaliber

  6. Avatar
    August 26, 2020
    Reply

    3 figura wanita yang cukup hebat di persada. masing2 mempunyai kehebatan dan cerita yang sangat memberi isnpirasi.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *