Pengalaman yang PERTAMA KALI abam cuba sepanjang kerjaya abam check in hotel satu Malaysia ni haha. Makan secara PERCUMA (buffet untuk semua sesi – breakfast, lunch, hi-tea, dan dinner) . Belum sempat nak rasa lapar, dah kena makan lagi hehe
Buat makluman, kami sekeluarga memang gemar travel dan check in hotel. Ini caranya kami ingin tenangkan minda, bersantai bersama-sama. Dahulunya hampir tiap minggu kami akan terjah mana-mana hotel. Sekarang dikala PKPP, kami limitkan sebulan sekali wajib check in hotel.
Sunway Putra Hotel sekarang ada juga promosi #FLEXISTAY , di mana anda boleh pilih masa check in & check out anda sendiri. Sebagai contoh, anda sampai di KL jam 8 malam dan terus check in, anda boleh check out pada 8 malam keesokan harinya. Haa, jarang dengar promosi macam ni kan ? Terus semak info lanjut DISINI.
Impian untuk check in di Sunway Putra Hotel memang lama dah sebenarnya. Yelahh siapa yang tak teringin check in di hotel bertaraf 5 bintang ni kan. Mulanya, abam berfikiran hotel ni mesti tak ramai. Yelah sebab tengah KL, orang mesti akan pilih tempat percutian luar bandar sekarang ni. Namun anggapan itu salah, ramai juga yang memilih untuk bercuti di Kuala Lumpur (beratur beb). Mungkin salah satu sebabnya, negara kita baru saja benarkan pelancongan dalam negara selepas pandemik Covid-19 ni kan.
Baiklah, berbalik kepada pakej promosi yang kami ambil kali ini ialah STAY-KAWTIM (MAKAN UNLIMITED) hanya di Sunway Putra Hotel. Anda hanya perlu bayar RM238 (Superior Room) bagi dua orang dewasa & dua kanak-kanak bawah 12 tahun.
- Harga asal pakej ini (RM510) – potongan sehingga 50%
- Dapat juga voucher RM100 membeli-belah di kedai terpilih hanya di Sunway Putra Mall (bawah hotel sahaja – rujuk gambar dibawah)
- Lebih 40 jenis hidangan disediakan (masakan melayu,cina,india dan juga western)
- Promosi ini hanya sah pada hari Jumaat,Sabtu,Ahad serta Public Holiday SAHAJA
Selain brakfast , anda boleh menikmati buffet Lunch (12pm-3pm), buffet Hi-Tea (3pm-6pm), dan buffet dinner (6pm-9pm). Makan UNLIMITED bermaksud anda dibenarkan untuk makan sampai anda kenyang. Mungkin anda boleh bersukan di gym dan swimming pool yang sediakan oleh pihak hotel sementara menunggu masa makan seterusnya (disamping bakar balik kalori makan tadi).
Cuma untuk bermain gym & mandi di swimming pool, anda diwajibkan tempah awal melalui panggilan dari bilik anda. JANGAN SEKALI-SEKALI walk-in kerana anda tidak akan dibenarkan masuk. Ini kerana mereka perlu mengawal supaya disamping anda bersuka-ria, anda wajib patuhi SOP PKPP iaitu jaga penjarakan sosial. Jika berminat untuk mandi keesokan harinya, pastikan sudah booking sehari sebelum kerana kebiasaanya akan penuh.
Untuk lunch , mereka akan sediakan makanan lebih kepada western. Manakala hi-tea pula terdapat kuih-muih serta Mee Goreng & Nasi Goreng. Buat mereka yang minat masakan tempatan, dinner mungkin jadi fevret anda. Abam paling suka Ayam Salted Egg & Kari Ayam disini, serta Dimsum (breakfast).
Walaupun masa untuk check in bermula 3petang, anda patut datang awal untuk terus makan lunch bermula jam 12pm-3pmĀ
AKTIVITI SEKITAR KUALA LUMPUR
Buat mereka yang tertanya-tanya nak berjalan mana sekitar KL ? Mungkin boleh jalan di KL Tower, Klcc, beriadah menggunakan basikal sewa. Buat yang suka bersantai/bersahaja, boleh gunakan perkhidmatan HOP ON BUS di Kuala Lumpur (seperti di dalam gambar).
Banyak sangat tempat makan menarik di KL, cuma persoalannya mampukah anda ? Sebab makan di Sunway Putra Hotel sahaja dah tak cukup ruang.
Selepas pandemik Covid-19, banyak hotel sedang recover dan pulih. Jadi, abam nak ajak rakan-rakan untuk support kembali industri pelancongan kita. Sebenarnya, banyak sangat tempat menarik yang kita sendiri belum pernah lawati pun. Itu pun sibuk kata negara luar lagi best,lagi cantik.
Harga hotel bertaraf 5 bintang ini hanya RM238 untuk satu keluarga sebenarnya cukup murah (berdasarkan pengalaman sendiri check in). Jadi buat mereka yang nak merasai pengalaman makan di hotel TANPA HAD, cepattttt buat tempahan anda sebelum 31 OGOS 2020.
Book Period: 10 August until 31 August 2020
Stay Period: 14 August until 27 December 2020
Boleh terus tempah di website : https://www.sunwayhotels.com/sunway-putra atau
Hubungi talian +603 4040 9888 & Email: [email protected]
#STAYkawtimMAKANunlimited #SPKLRecommends #SunwayPutraHotel #SunwayPutraMall
wahh best sangat tu RM238 untuk bilik besar dan makan unlimited… perghhh kat KL pulak…mmg syok lah jalan²…memang berbaloi
Menarik pakej dia. Harotu suami ade baca pakej sunway putra ni.. Makan unlimited.. Hehehe.. Wah sop betul ye nak mandi swiming.. Bgus
Wah.. mkn tanpa had tapi petut kita kecik jer… haaaa.. xblh mkn byk2 bg yg bdn besar tentu suka kan? Kak klu npk mcm2 terhidang lglah blur nak pilih yg mana satuš
seronoknya tgk pakej dari sunway putra hotel ni..lg best makan tanpa had..lokasi dia strategik kan..next time nak stay sini la pulak..
Oh wow memang best kan boleh staycation in the city and makanan nyer semua sedap sedap.
wahhh sana sini tengah promote buffet ,best betul….sunway ni dah lama tak pergi..biasanya lalu jer tapi tak sempat singgah…memang ada plan nak staycation KL jugak ,mungkin boleh pergi sini sebab nampak besttt