Penyertaan “Selangor Golf Classic 2020” kini dibuka kepada lebih 100 peserta Amatur


SAH! Selangor Golf Classic 2020 akan berlangsung selama tiga hari bermula 28 September 2020 sehingga 30 September 2020. Melalui sidang media yang diadakan di Kota Permai Golf & Country Club pada 13 Ogos 2020 baru-baru ini, menyatakan bahawa kali ini akan disertai lebih dari 100 peserta “amatur” dari seluruh negara.

Kami berbangga Tourism Selangor sekali lagi menjadi Penaja Gelaran kejohanan ini sejak beberapa tahun yang lalu. Diharapkan dengan kembalinya sukan ini selepas pandamik Covid-19, dapat meningkatkan kembali industri pelancongan di Malaysia.

Melihat kepada piala kemenangan ini sudah cukup menaikkan semangat kesukanan dari saya, terutamanya buat pemain-pemain golf seluruh negara. Pendaftaran kini sedang dibuka buat semua yang berminat untuk turut serta di www.libertygolf.com.my/SGC2020 

Anda boleh terus klik link di atas. Penyertaan hanyalah RM999 dan anda turut terima goodies bernilai lebih RM1,300 di dalamnya (termasuk makan pagi & tengah hari). Pertandingan ini akan berlangsung di tiga tempat berbeza iaitu di Glenmarie Golf & Country Club, The Mines Resort & Golf Club, dan tuan rumah kali ini semestinya Kota Permai Golf & Country Club di Selangor.

Juara akan membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 (Golf Holiday Voucher) bagi kategori Hole #17 dan RM15,000 jam tangan Corum bagi Hole #4)

Encik Azrul Shah selaku Pengurus Besar Tourism Selangor yakin bahawa dengan berlangsungnya Selangor Golf Classic 2020 dapat meyemarakkan kembali industri pelancongan kepada 6 juta tanda aras melalui cukai pelancongan. Kebiasaannya setiap kali pertandingan diadakan, mereka akan turut hadir bersama keluarga dan membawa mereka berjalan-jalan sekitar tempat pertandingan. Pertandingan kali ini turut dijayakan atas kerjasama Liberty Golf Services.

Walaupun pertandingan berlangsung, ia masih tertakhluk di bawah SOP bagi mengawal pandamik Covid-19 , pastikan anda dan keluarga ikut arahan dan peraturan yang ditetapkan. #kitajagakita

Buat mereka yang berminat untuk beriadah sambil membawa keluarga berehat, segera daftarkan penyertaan anda di link www.libertygolf.com.my/SGC2020 

Di setiap kelab golf yang dinyatakan di atas mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kota Permai Golf & Country Club sahaja mempunyai kolam renang yang selesa,gym,sauna, ruangan permainan kanak-kanak serta beberapa infrastruktur lain untuk kegunaan ahli kelab.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tempat pelancongan di Selangor ? Anda boleh pertimbangkan berjalan sekitar Sunway Lagoon, Sky Mirror di Kuala Selangor, ParaGliding di Bukit Jugra, berjalan sebelah malam di I-City Shah Alam, permainan air di Kuala Kubu Bharu dan banyak lagi.

Anda boleh terus ke laman web http://www.tourismselangor.my atau Selangor.travel untuk maklumat lanjut. Akhir kata, jom kita PUSING SELANGOR DULU

 

Facebook Comments
Previous Betul ke internet HaloTelco UNLIMITED ?
Next Pengalaman merasai MAKAN TANPA HAD di Sunway Putra Hotel - STAY KAWTIM

6 Comments

  1. Avatar
    August 18, 2020
    Reply

    woow menarik…hadiah dia bot bad untuk hole #17 selangor best bnyak tempat main golf…

  2. Avatar
    August 18, 2020
    Reply

    Dulu selalu pelik macam manalah orang main golf ni pukul-pukul bola masuk lubang. Tapi bila dah besar baru tau sebenarnya bukan senang main golf ni.

  3. Avatar
    August 19, 2020
    Reply

    Hehehe level have-have main Golf ni wakakak kita tak mamapu hanya mampu tengok jer tapi orang yang minat memang best lah dapat pukul bola golf tu puas-puas kan…

  4. Avatar
    August 19, 2020
    Reply

    Woww.. Siapa yang main golf memng patut join ni. Hadiah pun lumayan sangat ni.. Menarik tertarik..

  5. Avatar
    August 21, 2020
    Reply

    Wah kena war warkan untuk pemain golf ni. boleh dorang join setelah lama berehat kan. janji kena ikut SOP yang ditetapkan.

  6. Avatar
    August 24, 2020
    Reply

    lumayan jgak hadiah tu, siapa yang memang main golf bolehlah join contest ni

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *