Betul ke internet HaloTelco UNLIMITED ?


Abam antara orang yang selalu bertukar-tukar internet (tukar telco) . Sebab apa ? Data internet syarikat X selalu habis, lepas tu nak guna internet kena topup lagi. Last-last tengok bil internet HP seorang ni sahaja sudah RM100 ke atas SEBULAN.

Umobile, Maxis, Celcom, Digi, OneXOX antara telco yang pernah abam guna. Tak pernah terlintas dalam hati nak kongsikan tentang pengalaman guna internet, tapi disebabkan kali ini abam berpuas hati, jadi abam nak kongsikan kepada kawan-kawan kelebihan dan pengalaman awesome ni.

Abam mula jadi pengguna HaloTelco ni sejak 2 Feb 2020. Tengok iklan kawan kongsikan dah lama jugak. Cuma masa untuk dapatkan sim tu selalu tertangguh2. Sebabkan nak berjimat, dan dalam masa yang sama nak juga internet yang UNLIMITED kan (tamak haha). Oh ya, HaloTelco guna line Celcom taw. Jadi kalau kawasan korang line Celcom baik, HaloTelco pun sama. Celcom setakat ni sampai dalam hutan pun line baik (ikut pengalaman sendiri masuk hutan).

Jadi abam terus ke Shah Alam jumpa dengan dealer HaloTelco ni & terus tukar ke HaloTelco (kekalkan nombor lama). Berapa caj nak tukar kepada HaloTelco ? RM5 sahaja (harga simcard) , caj pemindahan adalah PERCUMA (dalam 24 jam). Kalau korang nak pilih nombor baru , tak perlu tunggu 24 jam. On the spot terus aktif (Boleh pilih 4 digit terakhir ikut kegemaran korang).

Internet ni umum tahu, mungkin sudah jadi keperluan setiap individu mahupun di bandar atau diluar bandar. Jika diluar bandar, mereka perlukan internet untuk berhubung dengan adik-beradik jauh melalui whatsapp, Facebook dan juga email.

Atas ni pakej yang abam gunakan sampai hari ini. Internet tak pernah habis setakat ni (selalu je ada extra). Cuma tak boleh carry forward, kalau rasa korang guna internet tak banyak, boleh cuba plan RM28 je.

UNLIMITED social chat music tu maksudnya korang boleh layan segala apps seperti Facebook, Whatsapp, Twitter, Instagram, dengan music di Joox dan layan radio di SYOK apps. Paling selalu abam tengok ialah LIVE FB . So semua ini korang dapat layan sebulan sebanyak 2000GB. 

Banyak kan data yang korang dapat ? Nak layan movie di Netflix dan Youtube pun boleh (60GB). Pakej ni yang paling hot iaitu RM48 sebulan (prepaid). Untuk lain2 penggunaan seperti browser dan waze, akan tolak dari 10GB (high speed data), dan jika habis baru ditolak dari 10GB (basic internet).

Part kegemaran semua orang semestinya UNLIMITED CALL to all networks . Call lah sampai tertidur siang malam TANPA HAD, kecuali handphone korang habis bateri lah.

AIR ASIA BIGPOINT

Disebabkan HaloTelco ni partner dengan tunetalk, jadi setiap topup korang dapat Airasia bigpoints. Abam selalu topup RM50, jadi dapat 120points. Points dia bila transfer ke airasia sama sahaja tanpa ditolak beberapa points. Contoh ada 1,000 points dalam apps HaloTelco, nak transfer ke Airasia cuma tekan redeem sahaja , tup-tup dapat 1,000 point airasia. Dapatlah tiket penerbangan secara PERCUMA tanpa korang sedar.

Tak kisah korang topup berapa, tetap dapat point airasia tu.

KELAJUAN INTERNET HALOTELCO

Part ni ,memang HaloTelco paling kedepan setakat yang abam survey. Kalau salah, betulkan dekat komen ya. Kelajuan data internet HaloTelco boleh pergi sehingga 150mbps. Rata-rata telco lain, akan terhenti kelajuan sampai 6mbps (kena check balik telco korang capped sampai berapa).

Kelajuan ni ikut jenis handphone dan kawasan anda juga. Faktor demographic juga mainkan peranan. Setakat ni, abam buat perbandingan dengan kawan2 telco lain, abam sentiasa menang hehe. Lihat gambar dibawah . Lokasi di Shah Alam Seksyen 7 (kelajuan capai 69.5mbps)

KELEBIHAN JADI PENGGUNA HALOTELCO YANG LAIN??

  1. Khirat Kematian : Buat semua pengguna plan internet RM28 dan RM48 , langgan selama 6 bulan tanpa henti layak dapat khirat kematian

Plan RM48 : RM1,200 khirat kematian

Plan RM28 : RM800 khirat kematian

2. Insuran Kemalangan (PA) :

Khas untuk mereka yang melanggan plan RM48 (secara tiga bulan minima) , kena topup RM50 dan         langgan internet.

RM50,000 pampasan kepada anda sekiranya anda kematian akibat kemalangan (beri kepada waris)

Hadiah dari HQ HaloTelco berupa cabutan bertuah setiap hari (hari kerja) berupa wang tunai, topup, Iphone 11 pro, percutian ke Lexis Hisbiscus dan Set Gaming (bernilai RM10ribu).

Tugas anda ? Cuma perlu pastikan jawab panggilan dari HQ HaloTelco (jika terpilih), untuk menang hadiah tersebut. Jika tak angkat, diorang akan cabut lagi pemenang lain.

Nak jadi USER HALOTELCO? RM9.90 sahaja untuk simcard (FREE POS) sampai depan pintu rumah korang, tekan terus gambar whatsapp di bawah ya

Nak jadi agent jual simcard atau dealer tanpa CAJ PENDAFTARAN, diberi group support dan panduan sampai berjaya, tekan gambar whatsapp di bawah.

 

Ini adalah data abam setakat 28/7/2020. Lagi 4 hari nak expired data (30 hari), masih lagi tinggal 3GB (highspeed), tak usik langsung 10GB basic lagi satu.

Jika lihat gambar social media UNLIMITED tu, abam baru guna sikit. Walhal hari-hari buka Facebook ,Instagram dan juga video. Music langsung tak buka

Jadi, berminat nak beli simcard, contact je agent HaloTelco di atas. Seluruh Malaysia penghantaran PERCUMA (RM9.90 sahaja untuk simcard HaloTelco).

Facebook Comments
Previous Dapatkan penjimatan lebih berbelanja di PG Mall
Next Penyertaan "Selangor Golf Classic 2020" kini dibuka kepada lebih 100 peserta Amatur

2 Comments

  1. Avatar
    Hasif maheran
    July 28, 2020
    Reply

    Terbaik, tak sabar nak pakai halo telco

  2. Avatar
    July 29, 2020
    Reply

    wooow speed boleh tahan lajuuuu….kalau dengan kos yg affordable dpat speed mcm ni mmg berbaloi guna Halo….ok nak beli kat abam lah sim halo ni

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *