Perjanjian Sanichi-PDZ disahkan untuk hab logistik bernilai RM1.5 billion


Berita baik buat mereka yang ingin melabur di dalam saham sen yang berdagang secara aktif di seluruh bursa tempatan. Dua kaunter yang kami pilih pada pusingan ini semestinya Sanichi Technology Bhd dan PDZ Holdings Bhd.

Berita tentang PDZ dan Sanichi akan berkerjasama untuk membangunkan hab logistik e-dagang di Johor telah disahkan oleh New Straits Times (NST). NST melaporkan hari ini bahawa mereka berkerjasama untuk membangunkan hab logistik e-dagang serantau di Johor, yang mungkin menelan belanja lebih dari RM1.5 billion.

Dikatakan pusat logistik ini adalah bertujuan untuk aktiviti yang berkaitan dengan pengangkutan, pengasingan, koordinasi, dan pengedaran barang untuk penghantaran tempatan dan juga antarabangsa. Ini juga akan mensasarkan pemain rantaian bekalan dan serupa untuk dikembangkan oleh syarikat gergasi logistik e-dagang China, Alibaba Group Holding Ltd di China

Menurut laporan NST, pihaknya telah melihat dokumen yang menyatakan bahawa hab logistik tersebut dijangka akan dibangunkan di atas tanah seluas 234 ekar di Desaru, Kota Tinggi.

Dikatakan PDZ dan Sanichi akan bersama-sama memohon kelulusan daripada agensi kerajaan yang berkaitan di Johor untuk membangunkan pusat tersebut.

NST memetik pengarah urusan kumpulan Sanichi- Datuk Sri Dr. Pang Chow Huat yang mengesahkan bahawa syarikat itu merancang untuk membangunkan logistik e-dagang bersama PDZ.

Pang mengatakan hab logistik itu merupakan pembangunan campuran, di mana ia terdiri daripada psat e-dagang, pusat pengedaran, gudang dan pusat transit, dan ia berkata “ia akan mencapai nilai jutaan ringgit”.

Pang berkata, kedua PDZ dan Sanichi merancang untuk mengembangkan hab logistik bagi mendorong pertumbuhan yang mengalakkan dalam perniagaan e-dagang seluruh Asia.

Perniagaan e-dagang dikatakan antara perniagaan yang paling menguntungkan sekarang kerana pandemik Covid-19, menjadikan lebih ramai orang ingin membeli-belah dalam talian demi melindungi diri mereka dan keluarga mereka dari Covid-19.

PDZ juga mungkin ingin membina hab logistik kerana mereka telah memenangi kontrak bernilai RM600 juta dari pengendali platform e-dagang besar di China. Pengendali China itu mungkin Alibaba Group atau Tencent Holdings Ltd yang kini mengusai pasaran e-dagang China dengan platform seperti Taobao dan JD.com Inc.

Kemudian berita perbincangan bahawa jutawan Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dapat melihat kepentingan pengusaan PDZ untuk mengembangkan empayarnya.

Tidak lama kemudian, kedua-dua berita mengenai Syed Mokhtar dan RM600 juta itu juga boleh disahkan oleh PDZ. Mari kita segera berharap !

Menurut lama webnya, PDZ beroperasi dengan enam kapal yang meliputi perdagangan domestik dan serantau antara Malaysia, Brunei, Singapura dan Myanmar.

Saham PDZ telah meningkat lebih dari 200 peratus dari 9 sen pada 7 Julai pada harga penutupan 24 sen hari ini. Ia meningkatkan modal pasaran dari RM79.79 juta kepada RM208.35 juta. 

Saham naik 3 sen atau 14.63 peratus lebih tinggi hari ini, dan sejumlah 581 juta saham diniagakan hari ini.

 

 

 

Facebook Comments
Previous Anzo-Permaju mendapatkan J.P. Morgan & Macquarie Group untuk RM500 juta?
Next MLABS turut sertai perniagaan sarung tangan & penjagaan kesihatan untuk pendapatan lebih baik

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *