PDZ-Sanichi akan membina hab logistik bernilai RM1 billion di Johor


PDZ Holdings yang memenangi kontrak bernilai RM600 juta dari pengendali platform e-dagang di China dipercayai sedang dalam proses mewujudkan hab logistik baru di Johor.

Kami faham bahawa kerajaan negeri Johor terlibat dalam projek ini dan PDZ mungkin akan juga memerlukan Sanichi Technology Bhd sebagai rakan teknikalnya untuk pembangunan.

Hab logistik baru ini yang dipercayai bernilai lebih dari RM1 billion akan dibangunkan di keluasan 253 ekar tanah negeri. Mungkin ini dapat menjelaskan mengapa jutawan Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang telah mempunyai banyak perniagaan di pelabuhan logistik berminat pada saham besar dalam PDZ.

Syed Mokhtar, dianggarkan jutawan bernilai USD1.2 billion dan dinilai oleh Forbes sebagai orang ke-13 TERKAYA di Malaysia (50 TERKAYA Malaysia 2020) mungkin memperlihatkan PDZ untuk memperluas empayar logistiknya

PDZ yang sememangnya terlibat di dalam perniagaan barisan kontena di pelabuhan beroperasi dengan enam kapal yang meliputi perdagangan domestik dan serantau antara Malaysia, Brunei, Singapura, dan Myanmar.

PDZ mencatatan pendapatan yang lebih tinggi sebanyak RM1.22 juta untuk suku semasa yang berakhir pada 31 Mac 2020, berbanding tahun lalu yang sama sebanyak RM1.04 juta disebabkan permintaan yang tinggi dalam penghantaran di antara Januari hingga Mac.

PDZ setakat ini mencatatkan keuntungan bersih selama tiga bulan dalam pantauan, berbanding tahun sebelumnya.

Saham PDZ diperdagangkan pada 8 Julai, dengan harganya naik 11.5 sen atau 127.78 peratus kepada 20.5 sen, menjadikan permodalan pasaran sebanyak RM181.75 juta. Sebanyak 1.33 billion saham didagangkan.

Kemudian pada 10 Julai, saham PDZ jatuh kepada 16 sen, tetapi naik semula menjadi 25.5 sen dengan hampir RM1 billion saham diniagakan. Ia ditutup 20 sen pada hari jumaat.

Seorang pengurus dana ada menyebutkan bahawa saham PDZ boleh mencapai gelombang aliran menaik pada minggu yang akan datang, jadi minta diberi perhatian.

Dia juga berpendapat bahawa pembinaan hab logistik di Johor boleh menyebabkan lebih banyak pekerjaan buat PDZ.

Kontrak bernilai RM600 juta dari China yang dimenangi PDZ baru-baru ini adalah dari Alibaba Group Holding Ltd atau Tencent Holdings Ltd yang mengusai pasaran e-dagang China dengan platform seperti Taobao dan JD.com Inc.

PDZ pastinya akan mendapat keuntungan dari situasi Covid-19 semasa kerana harga penghantaran logistik sangat meyakinkan buat masa ini – pengurus dana

 

 

 

 

Facebook Comments
Previous CSTME keluar dari Anzo, memberi laluan kepada dana global untuk masuk
Next Anzo-Permaju mendapatkan J.P. Morgan & Macquarie Group untuk RM500 juta?

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *