AT Systematization menangi kontrak sarung tangan USD200 juta


AT Systematization Bhd mengumumkan akan menyediakan sarung tangan bernilai antara USD150 juta hingga USD200 juta kepada Amerika Syarikat setelah memperoleh perjanjian baru-baru ini.

Menurut sumber, ia mengatakan AT Systematization akan mula membekalkan sarung tangan tidak lama lagi, untuk jangka masa 2 hingga 3 tahun.

Ini mungkin perjanjian yang pertama dari banyak-banyak perjanjian yang diharapkan dapat dicapai oleh AT Systematization, setelah baru-baru ini memperoleh syarikat pembuat sarung tangan industri, Pearl Glove (Malaysia) Sdn Bhd.

Bulan lalu, AT Systematization mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian jualan saham untuk membeli 100% kepentingan di dalam Pearl Glove dengan harga RM22 juta .

Sehari setelah syarikat itu mengumumkan perjanjian itu, saham AT Systematization meningkat lebih 30 peratus pada perdagangan pagi.

Pearl Glove, yang diperbadankan pada tahun 2008, merupakan operator sarung tangan turnkey dimana ia mengeluarkan sarung tangan industri dan keselatamatan dengan tiga barisan pembuatan. Pelanggan sedia ada adalah dari UK, EU, AS, Turki, Kanada, Jepun, Oceania, Thailand dan India.

AT Systematization melihat peluang untuk menambah saluran pembuatan sarung tangan nitril/perubatan . Ia melihat peluang untuk menambah hasil syarikat kerana terdapat permintaan terhadap sarung tangan nitril juga.

Saham itu terus meningkat 3.5 sen kepada 14.5 sen, menjadikan kapitalisasi pasaran kumpulan menjadi RM239 juta.

AT Systematization menyaksikan sekitar 288.14 juta saham diniagakan, melebihi jumlah purata 200 hari pada 39.88 juta. Ia adalah kaunter yang paling aktif diperdagangkan pada sesi perdagangan awal.

Dilaporkan bahawa AT Systematization merancang untuk membelanjakan RM180 juta untuk mengembangkan kapasiti kilang demi menghasilkan sehingga 3 billion kepingan sarung tangan dalam 36 bulan (3 tahun).

Merujuk kepada situasi 67% sarung tangan dunia adalah di eksport dari Malaysia, AT Systematization melihat hasil yang positif dari kerjasama ini.

Asia Tenggara , termasuk Malaysia melihat peluang disebalik perang dagang AS dengan China yang sedang berlangsung, untuk membekalkan sebahagian besar sarung tangan perubatan.

Saham AT Systematization ditutup setengah sen atau 5.6% lebih tinggi semalam untuk mengakhiri hari pada 10 sen.

 

 

 

 

 

Facebook Comments
Previous PDZ terus naik ke tahap baru - Dengan harapan prestasi lebih baik
Next Anzo menunggu pesanan sarung tangan dari Amerika Syarikat

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *