Saham PDZ mencecah 23 sen hari ini, mampu menuju 30 sen seterusnya?


PDZ merupakan saham paling aktif didagangkan hari ini di bursa Malaysia (8/7/2020) . Sebanyak 1.3 billion saham telah bertukar tangan. Tahniah diucapkan.

Adakah saham kumpulan logistik PDZ Holdings Bhd akan meningkat esok sehingga melebihi 30 sen? Iaitu had yang dijangka? Melihat kepada trend minggu ini, 30 sen atau lebih boleh diharapkan.

Saham PDZ naik ke paras tertinggi hari ini, naik setinggi 23 sen sebelum ditutup pada 20.5 sen. Saham PDZ telah menarik minat pelabur luar sehingga ke Amerika Syarikat.

Kami mendengar di pasaran bahawa platform dana Amerika Syarikat atau e-dagang berasaskan AS yang besar membeli saham PDZ dan ini mungkin termasuk platform Amazon atau eBay. Ia merupakan platform besar yang beroperasi melalui banyak segmen.

Kami berfikir mereka membeli saham PDZ mungkin kerana baru-baru ini terdapat perbincangan bahawa kumpulan logistik yang berpusat di Klang ini telah memenangi kontrak logistik bernilai RM600 juta dengan pengendali platform e-dagang yang berpusat di China.

Nama-nama besar yang muncul termasuklah Alibaba Group Holdings Ltd dan Tencent Holdings Ltd yang kini mengusai pasaran e-dagang China dengan platform seperti Taobao dan JD.com Inc

PDZ merupakan syarikat yang menguntungkan dan kontrak bernilai RM600 juta ini hanya akan percepatkan pendapatan dan keuntungan bersihnya.

PDZ mencatatkan keuntungan bersih selama tiga bulan dalam tinjauan, berbanding tahun sebelumnya yang sama . Ini disebabkan oleh pendapatan syarikat yang lebih tinggi dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.

Syarikat logistik di seluruh dunia sedang menikmati keuntungan kerana perniagaan mereka paling tidak terjejas oleh wabak Covid-19. Malah, sejak wabak ini melanda, semakin ramai orang yang beralih kepada pembelian barangan dalam talian (online).

Mereka lebih gemar belian dalam talian disebabkan takut akan berkunjung ke pusat membeli-belah.

Pasaran logistik dunia telah menyumbang $11.68 billion pada tahun 2020, dan dijangka mencecah $15.88 billion pada tahun 2027, tumbuh pada CAGR sebanyak 4.5 peratus dalam tempoh ramalan.

Perniagaan logistik di Asia kini berkembang secara pesat dan dana-dana dunia yang ingin mengembangkan portfolio mereka sedang mengintai firma logistik di Asia, termasuklah Malaysia.

PDZ adalah salah satu firma logistik terbesar di Malaysia

 

Facebook Comments
Previous Anzo terima tawaran pesanan tembaga bernilai RM500 JUTA dari India
Next Promosi besar-besaran di Adventure Waterpark Desaru, Johor

2 Comments

  1. Avatar
    July 8, 2020
    Reply

    wooow PDZ mmg kena masuk dlam watchlist ni, moga kekal momentum

  2. Avatar
    July 9, 2020
    Reply

    So sekarang ni abam kalo nak beli saham PDZ, kita kena beli saham tu dekat acc CDS dengan nilai 23sen x 1lot la eh ??

    konfius jap ..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *