Anzo mendapat pesanan USD200 juta untuk sarung tangan dari AS & Eropah


Dikatakan Anzo Holdings telah menerima pesanan dari Amerika Syarikat & Eropah bernilai sekitar USD200 juta untuk membekalkan lebih dari 1 billion sarung tangan perubatan/nitril. Ini adalah berikutan permintaan dari Amerika Syarikat dan Eropah kian meningkat kerana wabak coronavirus semakin menular, melebihi kemampuan mereka.

Meskipun pengeluaran sarung tangan perubatan oleh pembuat sarung tangan di Malaysia masih kurang, Malaysia terus dilihat mampu memenuhi permintaan luar ini.

Anzo terdahulu telah menceburkan diri di dalam pembuatan sarung tangan dengan memperoleh syarikat pembuat sarung tangan di Manjung, Perak dengan harga RM55 juta. Ia membeli aset Wintrade World Sdn Bhd termasuk tanah dan kilang yang mampu menghasilkan 1.2 billion sarung tangan perubatan/nitril setahun.

Anzo juga dilihat sedang pertimbangkan untuk menambah barisan pengeluaran sedia ada ( 9 barisan ) kepada 12 atau 15 barisan pengeluaran untuk menghasilkan lebih dari 2 billion sarung tangan perubatan setahun.

Sekiranya permintaan melebihi 2 billion, Anzo juga boleh memperoleh tanah di sekitar kilang untuk membuat lebih banyak sarung tangan.

Di fahamkan, Anzo dapat menyediakan sarung tangan perubatan ke Amerika Syarikat dan Eropah seawal suku keempat tahun ini. Ini bermaksud, pendapatan syarikat dan keuntungan bersih untuk tahun kewangan berikutnya yang akan berakhir pada 31 Julai 2021 dijangka meningkat.

Saham Anzo ditutup 5 sen lebih tinggi semalam kepada 23 sen, berbanding harga penutupan Jumaat lalu sebanyak 18 sen. Ini menunjukkan jumlah dagangan yang tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana pengumuman besar oleh syarikat.

Sebelum pengumuman Anzo telah mendapatkan Wintrade World, Anzo juga mengumumkan telah memenangi kontrak bernilai RM1.3 billion untuk membekalkan sekerap tembaga kepada sebuah syarikat Korea Selatan.

Terdahulu, terdapat juga berita mengenai dana pelabur asing utama yang masuk ke Anzo sebagai pemegang saham yang besar. Pelabur institusi serta bank juga melihat syarikat itu, diharapkan mempunyai saham dalam perniagaan sarung tangan Anzo.

 

Facebook Comments
Previous Permintaan stok sarung tangan meningkat termasuk Anzo, isu kes covid-19 di US
Next PDZ menang perjanjian RM600 juta dengan syarikat E-Dagang China

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *