Permintaan stok sarung tangan meningkat termasuk Anzo, isu kes covid-19 di US


Berikutan kes coronavirus di seluruh dunia pada 6 Julai 2020 telah meningkat agak tinggi pada 11.57 juta , sementara jumlah kematian adalah 537,045 & jumlahnya meningkat secara drastik.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 39,379 kes coronavirus di dalam 24jam pada hari ahad (hari ini di Malaysia), merupakan hari keempat berturut-turut meningkatnya jumlah jangkitan baru, termasuk yang tinggi pada 57,683 pada jumaat lalu.

Jumlah kes di AS adalah seramai 2,876,143 dan jangkitan terus meningkat di negara itu. AS juga mencatatkan 234 kematian baru, menjadikan jumlah kematian di AS menjadi 129,891. Beberapa negara lain di seluruh dunia juga dilanda wabak ini termasuk India, Kanada, Rusia, dan UK.

Tidak hairan sekali jika kita lihat beberapa negera lain di seluruh dunia telah melihat Malaysia sebagai pengeluar sarung tangan perubatan/nitril terbesar di dunia.

Diharapkan dengan meningkatnya permintaan sarung tangan ini, pengilang-pengilang di Malaysia dapat menampung dan terima lebih banyak pesanan.

Setelah AS mengumumkan jumlah terbaru di dalam kes coronavirus, pengeluar sarung tangan di Malaysia seperti Top Glove Corp Bhd, Supermax Crop Bhd dan Hartalega Holdings Bhd meningkat dengan ketara mencapai tahap tertinggi baru-baru ini.

Bagi syarikat-syarikat ini walaupun pengeluar besar, kapasiti pengeluaran mereka tidak cukup untuk memenuhi permintaan global. Disebabkan itu juga walaupun pemain baru memasuki pasaran, kek itu masih cukup besar untuk dikongsi oleh semua orang.

Pendatang baru dalam industri ini adalah Anzo Holdings Bhd yang minggu lalu mengumumkan bahawa ia akan membeli sebuah kilang di Manjung, Perak dengan harga RM55 juta untuk memenuhi permintaan sarung tangan perubatan.

Kilang ini diharapkan dapat menghasilkan hingga 1.2 billion helai sarung tangan perubatan/nitril setahun (100 juta keping sebulan), dan ini akan menghasilkan pendapatan sekitar RM400 juta untuk Anzo.

Sekiranya Anzo mahu meningkatkan pengeluaran , mereka boleh menambah kerana ada tanah yang tersedia untuk pembangunan. Dari 9 barisan pengeluaran semasa (1.2 billion helai setahun), Anzo dapat memiliki 12 atau 15 barisan pengeluaran untuk membuat lebih dari 2 billion sarung tangan perubatan setahun.

Saham Anzo naik setinggi 24 sen pada jam 3 petang hari ini dan lebih 300 juta saham diniagakan. Tahniah diucapkan

 

Facebook Comments
Previous Dana runcit dan institusi sedang memerhatikan Anzo Holdings??
Next Anzo mendapat pesanan USD200 juta untuk sarung tangan dari AS & Eropah

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *