Saham ConnectCountry bakal melonjak naik lagi ??


Statistik menunjukkan saham ConnectCountry terdapat pergerakan kuat sejak pertengahan bulan lalu. Sejak 12 Mei , saham ini meningkat dari 9 sen kepada 35 sen (hampir 400%) hanya dalam 4 minggu.

Khabar angin mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan kontrak pekerjaan ini kepada 5S Systems Sdn Bhd kembali. Cuma persoalannya, adakah kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (IIS) bernilai RM1.5 billion akan diberikan dalam minggu ini ?

Untuk makluman juga, S5 Systems telah dianugerahkan dengan status Multimedia Super Corridor ( MSC ) Pioneer dan merupakan pemenang “Best of Security” dalam International ICT Awards (APICTA) 2008 serta MSC Malaysia APICTA 2013 Best of e-Government & Services

Bercakap dengan penganalisa, mereka percaya bahawa dengan melihat trend kenaikan saham ini, ia mengesahkan bahawa kesepakatan itu hampir selesai. “Kami tidak mempunyai harga sasaran untuk stok kerana ia tidak berada di bawah liputan kami, tetapi KAMI YAKIN stok akan naik, ” kata penganalisa.

 

S5 Systems, unit di dalam S5 Holdings menyediakan kepakaran dan penyelesaian untuk memenuhi cabaran nasional di dalam keselamatan, pertahanan, dan perisikan tanah air (bidang yang sangat penting untuk kepentingan negara.

Dilaporkan bahawa S5 Systems mungkin menjadi pemenang kontrak ISS, sekaligus mengalahkan beberapa syarikat lain yang juga mengawasi projek tersebut kerana memiliki catatan prestasi yang baik. Kontrak ISS adalah selama 4.5 tahun termasuk tiga pembangunan, enam bulan pemantauan dan satu tahun terakhir tempoh penyelenggaraan.

Kontrak ISS juga akan menggantikan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bernilai RM3.5 billion, yang sebelum ini diberikan kepada Prestariang Bhd melalui rundingan langsung pada tahun 2017.

 

 

 

 

Facebook Comments
Previous Anzo Holdings Bhd terus merancakkan strategi perniagannya di Bursa Malaysia
Next Pernah guna apps Shopback tak ? Apps lagi satu ni bagi 5X ganda cashback !!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *