Lexis Hisbiscus PD. Bongkar kelebihan & kekurangan tempat ini


Bayangkan petang-petang, anda dapat bersantai seperti di dalam gambar atas ni.. Sungguh tenang berbaring di atas pelampung menghadap laut. Tapiiiii, kalau dapat bilik macam abam ni , beratus orang intai dari atas tu. Haa entry kali ini abam nak kongsikan pengalaman sendiri menghinap di sini , tips mencari harga bilik yang murah, kedai makan yang sedap dan popular.

Jumaat lepas (19/6/2020) abam & keluarga terus ke Lexis Hisbiscus untuk merasai percutian ala premium , tapi harga rakyat marhaen. Yelah sebab murah sangat dari harga normal mahu seribu lebih.

Seperti biasa, kena patuhi SOP penjarakan sosial. Cuti-cuti juga, pastikan anda memakai mask untuk masuk ke lobby hotel & jarakkan diri anda dengan orang lain. Nanti tak memasal kena sound/tegur. Cuma mereka tak galakkan untuk datang hujung minggu sebab terlalu pack, jadi risiko untuk berjangkit penyakit itu tinggi, tambahan lagi anda bawa kanak2 serta orang tua.

Apa yang menarik di Lexis Hisbiscus ????

1- “Transportation” yang meluas

Di sebabkan jarak untuk bergerak dari bilik ke lobby dan mana-mana lokasi anda ingin berjalan agak jauh. Buggy di sediakan secara PERCUMA. Cuma kena tunggu & beratur sekiranya dari lobby hotel. Dari bilik pula anda kena dail 0 melalui telefon bilik anda.

Cumanya dari bilik ni lambat sikit menunggu (30 minit-45 minit), bergantung kepada waktu peak. Boleh rujuk gambar di bawah untuk lokasi bilik anda pilih. Jika pilih bahagian daun, dekat je jalan kaki (2-3 minit berjalan).

Berkenaan parking pula, walaupun terlalu pack abam tengok banyak parking kosong (parking bertingkat) . Jika nak parking bawah kemungkinan sentiasa penuh & tambahan lagi musim hujan ni elok parking atas tak perlu gunakan payung untuk ke lobby.

2- Harga bilik yang murah jika gunakan voucher

Tahun-tahun sebelum ini, bila tengok orang berjalan ke Lexis Hisbiscus PD, abam rasa jeles sebab harganya agak tinggi bagi abam dalam seribu lebih. Sekarang harga dalam ratusan ringgit sahaja.

Jumaat lepas abam dapat bilik Executive Pool Villa (RM380) . Sepatutnya harga semasa RM410 (rujuk website). Sebabnya sebab beli awal (2minggu awal). Jadi nasihat abam beli je voucher awal2 , sebab expired Januari 2021 . Tarikh untuk check in anda tentukan kemudian bila FREE. Booking melalui email sahaja di  [email protected] dan [email protected]  atau call terus (+6066532000) . Walaupun call tak membantu pun, kena melalui email sahaja untuk booking

Jika nak beli voucher direct website HQ , boleh klik link di https://stg.lexishibiscuspd.com/hotels

Nak lagi jimat , abam cadangkan contact agent seperti nombor di bawah , klik SINI (GERBANG TRAVEL) untuk order voucher. Trusted dan lagi senang urusan & yang penting harga murah sikit dari website HQ

Ini pula harga direct agent , murah la RM1 & proses mudah untuk dapatkan voucher

3- Kedai makan yang banyak di PD (abam kongsikan 3 list yang dicadangkan)

Pertama sekali Lexis Hisbiscus & Grand Lexis ni tempat berlainan. Pastikan anda booking yang mana satu sebelum tersalah lokasi. Lokasi kedai makan di Lexis Hisbiscus ni agak jauh (3km ke atas). Di sebabkan lokasi resort yang agak hujung dari bandar & teluk kemang. Untuk makan siang (10.30 pagi – 4 petang) anda boleh cuba kedai makan ayam & daging bakar PD

Agak popular kedai ni ramai sangat pelanggan. Satu portion besar ayam tu RM10 sahaja termasuk nasi. Lokasi (400m sebelah kanan dari exit Lexis PD). Cuma kena bertabah untuk tunggu ayam & daging siap bakar sekitar 40 minit

Sebelah malam pula, ada 3 restoran yang dicadangkan oleh rakan-rakan abam di Facebook.

  1.   Restoran Pantai Ria ( Chinese Muslim ) – Udang nestum favorite
  2. Double QUEUE Thai Cusion – Klik SINI untuk lokasi dalam google maps
  3. Warung Salai Port Dickson – KLIK SINI untuk info lanjut
  4. Nasi Lemak Wak Rahman – Link order di SINI

Pengalaman tak best semasa di Lexis Hisbiscus Port Dickson

Ada beberapa pengalaman tak best semasa di sini adalah seperti dapat bilik menghadap bangunan. Pada mulanya kami order Grand Lexis (private pool) , bila di tukarkan kepada Executive Pool Villa kami terus setuju tanpa selidik jenis bilik ni..

Jadinya bila korang mandi , beratus orang dari bangunan depan itu boleh tengok anda. Bukan private pool dah jadinya haha. Buat mereka yang jenis menjaga aurat terutamanya bila mandi kolam, elok pilih bilik jenis tulis private pool. Alternative boleh request semasa email mereka untuk booking minta upgrade bilik ke seaview (additional charge rm100).

Sebelah kolam ini pulak ada steam room. Selalu orang kata sauna/steam ni untuk kuruskan badan. Mengarut je ayat tu, sebenarnya untuk buang air dalam badan je. Okay berbalik pada steam room kami, temperature tidak panas sangat. Suam-suam sahaja

Seterusnya water heater dalam bilik mandi rosak (rujuk gambar). Aircond bilik kami pun tak sejuk sangat (mungkin sebab panas atas laut). Kami call teknikal untuk bantu kami pun tak datang. Disebabkan malas call banyak kali, kali layankan aja kekurangan ini – bilik 059

Last sekali untuk tempahan boogie , anda perlukan masa yang lama untuk tempah. Seeloknya booking 45-1jam awal jika perlukan kenderaan. Seperti situasi kami, terlalu ramai yang masih que untuk naik boogie , kami terus redah jalan sahaja walaupun hujan renyai . Pengalaman ini kami kongsikan supaya ada persiapan awal korang buat.

Oh yaa, pengalaman untuk booking pun mencabar. Nak beli vocuher sekejap je proses , tapi untuk booking bilik ambil masa beberapa hari untuk mereka reply email anda. Jadi cuba untuk booking 1-2 minggu awal lagi-lagi musim orang giat bercuti sekarang. Elakkan booking last minit, takut anda kecewa je menunggu

Suasana pada malam hari di sini agak cantik & santai untuk berjalan-jalan. Banyak lampu2 seperti di I-city disini. InsyaAllah next trip nak booking lagi, cuma kena request sea view atau cari private pool bagi abam. Untuk yang selesa mandi depan orang ramai, okay je kot

Facebook Comments
Previous Peminat Salted Egg patut cuba menu baru MarryBrown ni !!
Next Pelabur luar kian intai peluang di dalam sumber berasaskan SOLAR di Malaysia

4 Comments

  1. Avatar
    June 22, 2020
    Reply

    Lama betul mengindam nak bawak anak-anak datang sini . Harga pun rasa macam berbaloi sangat dah ni. Boleh la try booking .

  2. Avatar
    June 23, 2020
    Reply

    ramai jugak yang pergi ye semasa pkpp ni. tetapi tak perlu risau kalau kita ikut segala sop yang telah ditetapkan.

  3. Avatar
    June 23, 2020
    Reply

    Thank you share. Memang tempat ni ada dalam senarai nak pergi. Cantik tempat dia

  4. Avatar
    June 23, 2020
    Reply

    Ramai kadang konpius kan, Lexis dan Avani…dulu Sis pun sama..kalau Sis Avani dah stay, Suami dan anak sulung dah stay Lexis, Sis aje belum sampai…nanti one day nak juga ke sini …tengok view cantik giler semua..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *